About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, November 16, 2011

drop by to leave a message.

What do I see today is we are more afraid to be hypocrite than being a sinner. I don't know what to say but our generation is more likely to choose those irrelevant quotes from the internet rather than using Al-Quran Al-Karim as the main manual of life. for now, I just wanna say this. I don't know if people still read my blog or not but I hope at least one get this message. we are being manipulated by the western people. they are poisoning our mind and it is sad to see this in front of our eyes everyday, don't you?

Wednesday, November 9, 2011

Thursday, October 6, 2011

I Love My Mom

Mak adalah orang yang paling sayang dekat aku, kaklong, kak ida, bang an and bangri. 

Mak dah bawak aku dalam perut dia plus minus 9 bulan; 19 tahun yang dulu. Mak adalah orang pertama yang memberi sentuhan fizikal dan mental kat aku. 

melalui rahimnya.

Rahim itu.

Rahim itu akan dibuang terus dari badan mak hari ni. Yang pada pemikiran aku adalah sesuatu yang kejam. Tapi benda tu harus dibedah dan dibuang sebelum ia terus memudaratkan mak. 

secara biologikal, bagi aku aku berasal dari tempat tu.

aku rasa sebak. bila teringat balik waktu SPM dulu mak pernah masuk wad tapi satu family taknak bagitau aku sebab takut aku tak boleh fokus. Aku rasa sedih tapi diaorang buat semua tu untuk aku. aku faham. tapi aku tetap sedih. aku hanya tahu bila tahun ni masa cuti penyakit mak(ketumbuhan rahim) tu datang balik masa aku cuti panjang tu dulu.. 

kalau mak korang masih sihat, Alhamdulillah. jaga mak korang betul-betul. jangan abaikan mak. jangan sakitkan hati mak. jangan tinggikan suara dekat mak.

“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.” (an-Nisaa: 36)

doakan Mak akan sihat, bahgia dan panjang umur. :)

Wednesday, October 5, 2011

rasa yang lain


semakin umur meningkat, makin aku rasa lain.

sudut yang aku nak cakap adalah rasa tanggungjawab lagi-lagi kat diri sendiri.

kalau beberapa ketika dulu aku pernah rasa nak enjoy setiap kali jarum saat dekat jam tu bergerak dan aku rasa sebagai orang muda aku perlu enjoy selagi mak bapak bagi duit.

tapi sekarang rasa tu semakin hilang dan semangat enjoy tu entah lesap ke mana. kalau dulu aku nak mintak ayah bank-in duit bukan main senang hati tapi sekarang setiap kali nak mintak tu aku rasa ada sesuatu yang tak merelakan aku tulis sms kat ayah cakap; "duit dah habis."



tapi sampai sekarang, aku mengaku yang tak pernah lagi aku tunggu sampai ayah aku sendiri yang bank-in kan duit untuk aku. memang duit aku akan habis sebelum tiba masanya. aku harap korang faham.

mungkin aku boleh buang rasa serba salah tu dengan buat pinjaman dekat ptptn etc. tapi ayah aku kata tak payah. mungkin sebab aku satu-satunya zuriatnya yang masih belajar jadi tak jadi masalah baginya. mungkin.

aku tak tahu. kita tak pernah masuk dalam dunia seorang bapa. tak pernah rasa apa yang dia orang rasa. mungkin ada empati dalam diri ni tapi takkan sama apa yang kita rasa dengan rasa yang mereka rasa. 

dalam dunia ada banyak misteri yang kita sendiri susah nak solve. kadang-kadang kita cuma boleh luahkan kat orang kat sekeliling kita. mana tahu, disebabkan oleh background yang dari pelbagai dimensi, akan ada someone yang dapat lihat masalah kita dari angle yang tepat dan kemudian akan bagi step yang kita sendiri susah nak fikir.

*definisi enjoy bagi aku adalah habiskan duit makan sedap-sedap. pegi tengok wayang. shopping baju baru, pegi sewa court futsal. benda yang simple.

Wednesday, September 14, 2011

happy birthday to me~~ blueberry~~ my favret~~

Thank You Allah for everything. everything. whatever it is, it was a help from you. it was a test from you. I just want to thank you Allah. Alhamdulillah. Happy birthday to me!!!! i am officially 19!!

By the way to bloggers, I am now enrol in unimas as 1st year student in civil engineering department despite the fact that this is my 2nd year in Unimas. confuse? my 1st year was as one of the pre-u students here. :)

I'll try to blog regularly. keep in touch lovely blogos!

Friday, September 2, 2011

Monday, August 22, 2011

Rahmat Ramadhan, rezeki. part II

Harini hari yang paling gembira dalam hidup. Setelah rasa agak sugul sejak dapat tahu aku dapat course finance. Bukan nak kata cos tu tak bagus. tapi dah aku tak ada basic pasal benda tu, pasal ekonomi, akaun dan sebagainya. Kat sekolah pun belaja benda sains memanjang. waktu asasi pun asyik kena expose dengan engineering so mindset memang nak masok engineering la.

tapi harini waktu aku tengah dalam kelas, baru nak mula mengajar subjek sains gunaan, tiba2 ada call. instinct aku kuat mengatakan itu adalah dari Unimas dan memang tak syak. aku meluru keluar kelas dan menjawab call tu. memeng terharu rasa di hati sebab wanita dalam talian kata aku dapat masok civil engineering. SYUKUR ALHAMDULILLAH,

Aku tak tahu nak kata apa dah. benda ni memang aku minat sangat nak belajar. aku harap kali ini aku berjaya betul-betul. Aku nak prove something dekat diri aku sendiri.

berdoalah dari hati, bukan sekadar melafazkan,

gunakanlah Ramadhan sebaik mungkin untuk berdoa.

Thursday, August 18, 2011

Mesut Ozil berang sebab tak dapat taraweh?

Aku seorang yang agak anti-Barcelona. memang diorang hebat tapi player diorang banyak kerek dan ego gila. yang hebat macam Messi, Iniesta dan Xavi tu tak pulak kerek sangat. tapi pemain lain yang seperti menumpang kelicikan trio hebat ni pulak yang lebih-lebih eksyen. lagi2 mascherano, joao pinto ngan semualah! haha pfft!

Aku berani jamin, kalau salah seorang dari trio ni tak ada, Barcelona tak akan ke mana-mana.

pagi tadi, satu insiden yang sangat kontroversi apabila 3 pemain dilayangkan kad merah. apa yang paling mengejutkan, mesut Ozil, one of the calmest player ever exist tiba2 mengamuk. dalam siaran jelas menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan David Villa.



Dari research yang aku buat, David Villa dikatakan menghina agama Islam. tapi kita tak boleh nak percaya sangat. boleh jadi benda ni khabar angin. but, who knows? Ozil was surprisingly mad with him. mesti ada something yang over kan? moreover, mesut ozil tak pernah dapat redcard dalam liga.

tapi aku harap david villa hina islam tu tak betul.


Wednesday, August 17, 2011

hipotesis:cara nak naik berat badan :D

If it is more rice, less chicken, then it will be the usual way of me having my stomach full.

orang kita selalu pesan, "makan nasik sikit sangat, macam mana nak besar?"

there you go, the mistake!

Terpengaruh dengan mitos ni, aku memang kuat makan tapi aku makan banyak nasi, ayamnya sikit. kadang2, sebab banyak sangat telan nasi, seketul ayam tu pun aku tak boleh habiskan. mungkin sebab tu badan aku maintain kurus. berat tak naik, tak turun.

kita semua tau kan nasi tu karbohidrat, ayam tu protein. karbohidrat lebih kepada penghasilan tenaga. protein pulak untuk membina tisu badan. bingo!

sebab makan banyak nasik jugak la aku kadang-kadang rasa hiperaktif. kalau kau duduk sama sekolah dengan aku/sama kolej, mesti kau perasan yang aku ni paling awal pegi main bola/futsal. ni sebab aku rasa teruja tau tak. kenapa? mungkin sebab aku terlalu bertenaga lepas makan nasi yang banyak. haha!

benda simple kan? tapi aku tak sedar. memang aku patut makan daging lebih banyak. tak semestinya ayam. ikan, lembu pun boleh jugak tapi ngot2, oh tidak! ~_~

kalau kita tengok makanan ruji orang asia dengan barat,
  • orang asia makan nasik
  • orang barat/arab makan roti
Tapi kan, badan siapa lebih besar? orang barat/pak arab. am I right? yes!


bukan roti yang menjadikan mereka besar sebenarnya. tapi pecahan dalam satu pinggan mereka adalah lebih kepada daging/protein ma. itu pasai la depa besaq2.


jadi bagi kawan-kawan yang nak naik berat badan/saiz badan tu, apa kata kita mula lebihkan makan daging ayam, lembu dan ikan dan bukan ngot ngot mulai sekarang. cubala. aku dah mula dah. rasa improvenya kok!


p/s waktu medical check up aritu, tinggi aku dah naik dr 1.75 kepada 1.76. haha. banyak2la minum susu dutch lady. =)


Tuesday, August 16, 2011

another day of being a teacher

Selasa.

This is the most avoidable day in my life! as if I could avoid it. -.- 

gahhh. 


I don't like Tuesday at all for this month only actually. The only reason is because I have to 'teach' a lot of classes. It is so tiring you know. you have to speak out loud in front of the class. I even did not sit in the class because I saw it my teacher never sit when they were teaching. That impressed me so much.

And it is Ramadhan. the student is a huge challenge for me. maybe that is the reason God wants me to do this. This is my test perhaps.What is left for me is that I must keep being patience and carry this responsibilities at my best. :)

Just so you know, I will have classes until 4pm today. fortunately, I don't have to enter class for afternoon session! yippeee! wohoo!! glad that the teacher told me about it. The form 5 students have a workshop. So now I'm doing my undone work, yet blogging this! :D

Monday, August 15, 2011

cerita awal pagi

 

asalamualaikum.

ada dua options:
  • sembahyang subuh lepas sahur
  • sembahyang subuh lepas tido lepas sahur.
sejak dah start keja ni aku selalu pilih option ke-2. lepas sahur aku taknak lengah-lengah. dengan perut yang separa kenyang, biasanya aku terus tersembam layu di slumberland itu. empuk, lembut, hangat, memang layak untuk badan bertulang seperti aku menikmatinya.haha.

tiap-tiap hari jugak ayah yang kejut aku. bunyi alarm tu tak jadi ape dah kat aku. abang aku pulak yang bangun lepas tu maki-maki aku. hahaha.

sesungguhnya aku malas. tapi kena jugak buat. ini tanggungjawab orang bagi. amanah dari Allah. semoga aku tabah sehingga penghujung karier ini. haha




Sunday, August 14, 2011

Saturday, August 13, 2011

EPL dah start!

English Premier league.
walaupun sekarang dah dikenali sebagai Barclays Premier league sejak 2-3 tahun lalu.

Musim bola antarabangsa dah mula. Mungkin boleh mengubati kecewa terhadap kekalahan Malaysia di kelayakan piala Dunia yang lalu. boleh sokong mana-mana pasukan yang anda mahu. Tapi ingat. sokongan terhadap malaysia jangan dihentikan. Kalau bukan kita sendiri sebagai orang Malaysia tak sokong, sapa lagi? habaq mai meh? mana ada orang lain kan?

okay, aku fans Manchester United. =)


mak

Waktu sembang2 dengan family members, kitorang sembang la pasal bazaar Ramadhan kat betong ni yang tak berapa menyelerakan. makanan yang dijual
  • biasa2 sahaja. tak ada yang special macam hari biasa
  • tak sedap
  • orang yang jual mkanan pun tak banyak, agak2 dalam 20 gerai je.
  • tu je la kot. hua2
so, haritu aku komplen la kat mak. aku kata tak ada ayam percik. memang mengidam ni bai. kalau terkenang mesti terlioq sampai basah. haha

tiba-tiba hari ni mak masak ayam percik. this happened beyond my expectations! semua benda mak aku boleh masak beb. memang aku meremang bulu roma la bila tengok ayam percik sedang menggelegak kepanasan dalam kuali tadi.

waktu berbuka tadi aku bantai ayam je. until now the taste of the ayam percik still lingers on my tastebud. 
see you again ayam percik. lepas taraweh ok?? =D


look ak that! 

tq mak. nang pande mak masak. sayang mak eh! :)


welcome bassist

sekarang irwan dah ada blog. hahahaha. 


ini pulak gamba irwan.
gai. hahaha

Friday, August 12, 2011

nak belanja follower ke 100

haritu aku pernah tweet, sapa yang jadik follower yang ke-100, aku akan topup RM10 untuk beliau. Agak lama aku tunggu follower ke-100 dan akhirnya tiba jua dan dia adalah kawan aku sendiri. Congratulation Fatin Farzana Hamid! nasib aku ada no hp kau.. hahahaha.

korang kena alert dengan tweet aku. @farabiie :)

Thursday, August 11, 2011

Rahmat Ramadhan, rezeki.

Alhamdulillah. segala pujian hanya untuk Allah. Yang memberikan rezeki tidak henti-henti kepada hamba-Nya. terima kasih YA Allah...

Sepanjang Julai, aku dah dikurniakan nikmat bersenang-lenang melancong ke sana ke mari di bumi semenanjung malaysia. Walaupun tak da tujuan yang benar-benar berfaedah selain dari melawat keluarga di tanah sana. apa yang paling aku bersyukur sangat sebab tiada kesulitan yang aku dapat dalam tempoh tu. Segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah Ya Allah..

baru seminggu aku memanaskan sofa di rumah setelah pulang, satu panggilan telefon yang menawarkan aku menjadi guru ganti sebuah sekolah menengah di tempat aku ini memang tidak aku tolak. lantas mulut mengiyakan tawaran itu.

Semua ini adalah rezeki. Aku patut lebih bersyukur dengan semua ini. menjadi seorang guru walaupun hanya sepurnama, aku tetap merasa bahagia dapat mencedok sedikit pengalaman. 

Yang benar, 
Hati yang bersyukur. :)

Friday, July 8, 2011

Malaysia vs Arsenal; dream coms true.

dari tadi dah try reload page facebook dengan tweetdeck. tapi masih slow. so aku try bukak youtube. surprisingly, buffer sepantas kilat! dan juga blog. okay je.

kesimpulan spontan, gov kasi slow server fb n twitter kat malaysia KOT. ada KOT di situ. jangan buat2 tak nampak. pasal esok hari perhimpunan bersih tu kan. maybe gov taknak rakyat kecoh kat laman sesawang. bagi aku yang neutral, gov tampak lebih provokasi dalam hal ni. dah malas nak cerita masalah orang tua. maslah yang depa buat sendiri.

tadi petang, main bola. main kali terakhir sebelum 2 bulan cuti. sebab esok aku nak pegi ke tanah semenanjung Malaysia. agak lama mungkin. 3 minggu. sebelum ramadhan bermula, insha Allah aku dah ada kat Sarawak. berpuasa bersama keluarga. bahagia. so, memang tak da chance dah nak main bola kat kampung. makanya, sampai sarawak je terus puasa. takkan nak main bola waktu puasa, kurus kering aku nanti. sedih do. sebab padang kat tempat aku sedap gila. takpa, next holiday baby!

seminggu di KL, seminggu di Newcastle(KB), seminggu di terengganu. justeru, aku mungkin tak berdaya nak update blog. sebab aku tak tau lagi kat destinasi aku ada wifi atau tak. aku tak da broadband. terbiasa dengan wifi. dibesarkan dengan wifi. HAHA.

benda paling aku tak sabar adalah tengok match Harimau Malaya lawan Arsenal. aku kalau boleh nak join ultra malaya tu. nak chant pecah tekak dengan diorang. lepas tu nak tengok jugak perbezaan permainan orang Malaysia dengan pemain eropah. tak pernah lagi depan mata. aku nak tengok! nak tengok! tak sabar doh. entah macam mana la fitness player arsenal. dahla walcott dengan arshavin lari laju. kena tinggal jugak la player malaysia nanti.haha. tapi kalau Malaysia boleh seri, aku dah cukup bangga dah.

esok dah nak ke kuching. macam biasa, standard aku, belom packing. demmit. kla, kalau aku ada masa, aku update blog k. jaga diri elok2 blog..

p/s I miss Suhaida..

Thursday, July 7, 2011

keputusan undian kelayakan olimpik london 2012-zon asia

Kumpulan A
  •  Korea Selatan
  • Qatar
  • Saudi Arabia
  • Oman
Kumpulan B
  •  Australia
  •  Iraq
  • Uzbekistan
  • UAE
Kumpulan C
  •  Japan
  •  Bahrain
  • Syria
  • MALAYSIA

Monday, July 4, 2011

reminiscing a lot of morning.


I really wanna go back. To that lively moment.

Usually, I am the last person to arrive bathroom in the morning. While the others already combing their hair in front of the mirror. some just use their hands, want to look a bit messy. 

maybe that was just describing myself?

yet, there are boys spiking up their hair.

at the same time, we can hear the voices of girls.

giggling.

chattering.

passing in front of the boys dormitory.
 
heading to the lecture hall. everyone wants to look nice. me either. but I always choose flannel over t-shirt. which for me look casual, but still smart. don't you think so?

with black jeans. looking good in my eyes. I am just confident about that. add on; my light brown kappa shoes. by the way, the lecturers encourage student to wear shoes. so, why not?

I am sure that actually there is a sound that haunting everyone. not in the mind, nor the ears but it comes from the stomach.

food.. food.. pakdol.. hehe..


those who managed their time well, will succesfully bought those delicious stuffs from pakdol's place. 


me? loser. will only pass my rm5 notes (only for breakfast??) during class interval at 1000.


arghh!! I miss waking up early in the morning for that though I hate it.


every moment taught us, at least a lesson. 


thanks for reading. now hit that blue button!!

Saturday, July 2, 2011

26 minggu,

26 minggu sudah pergi begitu sahaja,
26 minggu pergi meninggalkan kita tanpa kembali,

26 minggu yang lainnya menunggu kita,
26 minggu yang bagi kita panjang padahal tidak,

apakah kita sudah sangat cemerlang dalam menggunakan masa?

"demi masa. sesungguhnya manusia kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." 

Thursday, June 30, 2011

pecah laju!


Asalamualaikum!

Cuti aku macam tak ada lah bosan sangat pun. Tapi rasa macam tak terurus pulak. Kadang-kadang bangun awal, kadang-kadang bangun lewat. dan aku memang benci gila kat diri aku kalau bangun lewat. kalau bangun lewat, tak boleh lah nak breakfast kenyang-kenyang. nanti orang dah lunch makan nasik sedap2, aku masih kenyang. tu yang tak best.

sebab tu aku try disiplinkan diri nak bangun pukol 8. hehe. apa barang bangun kol 12. tumbuh jerawat ada la kot. kalau aku bangun kol8, aku boleh masak mi segera ke, masak sandwich telor ke. perhh! layan beb.


kalau nak bangun terus waktu subuh tu memang payah lah. aku bangun memang nak semayang je lepas tu terus menyembamkan balik muka kat atas bantal yang empuk lagi pejal. sedap sungguh rasanya. haha.
 
lepas balik dari kuching hari tu pun aku tak main bola lagi. tak nak lah bakar lemak dulu. misi 60 kg aku mesti tercapai! :D




Wednesday, June 22, 2011

fixie

  
sekarang ramai budak-budak main fixie. tapi kat tempat aku takdak lagi kot. tak pernah nampak lagi.


bagi yang tak tau apa itu fixie, fixie tu basikal lah. ada ke aku tunjuk gamba lain? semua gamba basikal la kan? haha. fixie ni berasal dari perkataan "fixed-gear bicycle". kalau aku kecik2 dulu main basikal, kitorang panggil 'basikal gear mati.' 



apa yang unik pasal fixie ni, kalau basikal ni jalan, pedal dia akan terus rotate mengikut pergerakan tayar. maknanya, kita tak boleh kayuh pedal ke belakang dengan free. kalau kita mengayuh ke belakang, ia akan menyebabkan basikal menjadi perlahan. dan mengayuh ke belakang merupakan salah satu cara untuk membrek fixie. jarang orang pakai fixie ada brek tangan. aku pun tak faham kenapa tapi mungkin sebab nak stail kot. tapi memang bahaya la kan kalau tak ada brek. sebab tu orang perempuan main fixie selalu jatuh. sebab tak ada brek dan depa tak reti nak brek. lalala~



gamba kat atas ni merupakan cara kedua membrek fixie. entah, aku pun tak reti kot. sebab aku tak pernah cuba lagi. :p tapi basically, kaki yang kat belakang tu akan bagi resistance la kat tayar belakang tu. manual dan mekanikal bukan?




 sebenarnya, apa2 basikal pun boleh dipanggil fixie as long as asalkan dia pakai fixed-gear. cuma trend sekarang la pakai fixie dengan body basikal yang lawa dan berwarna-warni macam ni.






kalau kat Malaysia ni, kat main cities ada la fixie lawa macam dalam gambar kat atas tu. lagi-lagi anak orang kaya. sebab hari tu aku pegi mekdi kat kuching waktu malam, aku nampak la beberapa helai fixie yang lawa park depan mekdi tu. owners die pulak dudok lepak2 kat meja kat lua tuh tunjuk muka bangga. huh! belagak. sebenanya aku jeles. okay. loser kan aku. kawan aku cakap tu member dia. anak orang berada jugak la. takpa2. rezeki depa. alhamdulillah.. hehe

nanti kalau aku ada duit, nak angkat satu la fixie warna ungu. boleh pegi kuliah naik basikal. kan bagus. selain dapat menyihatkan badan, boleh jugak menjayakan prinsip mesra alam. kan? okay, kalau entri ni tak betul, tak cukup, ataupun korang tak puas hati ke ape jom la gaduh. haha. takdela. komen kat bawah, terimekaseh. :)


*mekdi=Mc Donalds

Tuesday, June 21, 2011

cita-cita sampingan

dulu sebelum cuti, aku ada pasang niat tau. 

"kalau aku balik rumah ni, aku nak belajar masak dengan mak.."

okay. aku memang suka memasak. tapi sejak masuk sekolah asrama, hilang pulak skill aku. nak masak nasik goreng pun aku dah lupa. kalau zaman kegemilangan aku dulu, aku la yang masak nasik goreng untk family aku malam2.hahaha. ko bayangkan la budak laki form2 form3 boleh masak untuk family dia. haha. 

tapi tak la sehebat mana pun. just okay2 la kan untuk umur aku masa tu.

lepas habis spm, aku hairan pulak kenapa aku boleh hilang minat nak memasak. in fact, aku lebih suka tengok orang kat dalam tv memasak. robert reinford, anna olson, jamie oliver. 

mak aii.. bukan main sedap lagi diorang masak. (nampak sedap, entah rasa dia sedap ke tak kan?)

impian gua nak masak lasagna beb!
arggghhhh,,, aku laporrrr.. I wish I know how to cook everything.

Monday, June 20, 2011

Kejohanan Futsal Pelajar UNIMAS 2011: A-team vs Ben10 FC



Alhamdulillah. ada jugak masa aku nak tulih. aku ni malas nak buat intro so we straight forward la kayh.

ketakutan kami terhadap sistem kalah mati sedikit sangat menolong doh. ye lah, sapa nak kalah kan? so, setiap match yang dihadapi kitorang main mati-matian tapi tak la sampai mati. haha. 

unfortunately, 1st match lagi dah jumpa team ben-10, team asasi jugak. nak tak nak kena jugak lawan doe. tapi macam salah aku je sebab terpaksa lawan diorang awal2.
kenapa?

masa cabut undi tu, team diorang tak hantar wakil. so, waktu cabut undi team diorang, aku wakil la tolong cabutkan. malang sekali! masa aku bukak kertas undi tu, diorang dapat match nombor  1. lawan team aku! argghhh..

aku rasa bersalah sangat2 sampai sekarang sebab team diorang power dan boleh pegi jauh. tapi macam aku cakap tadi, ni kalah mati. so, salah satu terpaksa keluar kalau kalah. kalau ada dari ben-10 yang baca ni, aku mintak maaf okay. ni semua salah tangan aku yang mencabut undi.. huk huk huk.. :(

A-team:hitam, ben10:biru





bagi aku secara personal, match ni la paling tough sebab agak susah nak lawan kawan sendiri.tu sendiri faham la.

After all, I think A-Team menang 1st match by chance. thanks for the memorable game, ben 10! 

to be continued..

untuk mengenali players, sila klik a-team

superb7

asalamualaikum.

tadi tengah bosan2 yang agak over, overhauled, aku pegi la bukak gamba yang ada dalam laptop aku. bila bukak folder yang aku bagi nama "gambar2 klmj", memang senyum gak la aku. gambar2 kenangan dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, mrsm, sampailah asasi.

tapi post ni aku nak cerita sikit pasal satu gambar. gambar group aku masa Minggu Aluan Pelajar 2010 Asasi UNIMAS. hehe. memang goosebumps jugak la tengok gambar ni. rasa macam tak percaya lak aku dah abis asasi. lagi2 minggu lepas aku baru habis jadi Liaison Officer (LO) untuk 2nd batch. aku dulu 1st batch. memang cepat gila masa berlalu kan? sumpah laju!


superb7
haha. ni lah group aku dulu. paling best sebab group aku menang cheers/yell terbaik masa tu. lepas tu group kitorang dapat kumpulan terbaik keseluruhan. tepuk2!

clap3! hahaha

okay. ketua goup ni dulu adalah Haris Sharim. memang layak jadi ketualah sebab lepastu dia jadi presiden Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPPU) Unimas yang pertama. perhh.. terbaaaa la ko haris.

tapi kan, bila aku tengok gambar ni, aku rasa bersalah pulak sebab ahli perempuan dalam ni aku tak ingat nama. haha. mungkin sebab seminggu tu tak cukup untuk kenal. lagipun aku tak bercakap sangat dengan perempuan. I pemalu kan. :p tapi taklah semua aku tak ingat. sorang dua je. hee..

member paling best, kelakar dan gila dalam group tak ada dalam gambar ni. nama dia azuan roslan. entah la dia pi mana. cari awek kot. dia hotsetap. hahahaha.

tapi banyak kan cerita kat dalam dunia ni yang boleh kita ceritakan. dari satu gambar, macam2 kita boleh ingat. :)

"ikan kekek mak iloi iloi.. ikan gelama mak ilai ilai.. superb seven lagaknya amboi.. kumpulan lain terkulai-kulai..
CUAK CUAK CUAK! 
SIK CUAK! SIK CUAK!
TAKUT TAKUT TAKUT!
SIK TAKUT! SIK TAKUT!
SEMPEK SEMPEK SEMPEK!
SIK SEMPEK! SIK SEMPEK!
SUPEEEEEEERRRRRRRRRBBBBB SEVENNNNN!!" -SUPERB SEVEN.

Sunday, June 19, 2011

hidup ini dipalat

kadang-kadang aku memang rasa disabotaj kat sini. DUA KALI SUDAH! okay, dulu aku diajak oleh seorang budak ni untuk masuk team futsal dia. aku terima je lah. bila ada team lain ajak aku. aku tolak la tawaran team lain tu. 

lepas tu, team yang awal-awal ambik aku tu cakap team dah penuh dan aku tak boleh main. ok, sekarang aku takda team nak main. team yang  tadi pulak dah cukup orang dan tak memerlukan aku dah. jadi, aku tak ada team dan tak dapat main tournament. 


kecewa.

itu kali pertama dan aku take it positive. lagipun aku jarang ada kat kampung jadi aku faham kedudukan aku. siapalah aku kan?

unf*cktunately, benda tu jadi sekali lagi. keadaan yang sama. situasi yang sama. aku tak expect dia akan cakap sekali lagi kat aku macam tu. 

"sori, cikgu **** kata team dah cukup. kau takleh main, sorry. " 

cop cop! cikgu?

baiklah. 2 tahun lepas masa aku belom sambong study, aku ada lawan team under cikgu tu. masa match tu, dipendekkan cerita, diorang main kasar gila sampai kaki aku patah! cikgu tu pulak, boleh senyum sinis tengok aku jalan terhincut-hincut depan dia. tak ada pulak dia nak tunjuk muka kesian kat aku. at least la kan?

rupa-rupanya cikgu tu antara orang yang tak suka ayah aku pegang jawatan kat kampung ni. Astaghfirullahalazim. tipikal jenis manusia ni. sebijik macam dalam drama. sampai aku kena tempias dia.

aku tak ambik port sangat hal orang tua ni. sebab tu tahun ni aku tak kisah nak main dengan team dia. tapi bila tengok nama aku, terus dia reject. budak lain yang tak terer nak pulak dia ambik(jujur).

aku bukan nak puji diri sendiri. tapi aku nak show so korang boleh nampak. kalau main kat kampung ni, memang aku lah yang selalu sumbat gol. hari-hari muka aku je la. tapi, aku ada instinct yang tinggi bahwa budak2 tak nak aku menonjol dari diorang. what a life!
 salam dari kpg.

the new myvi

semalam lepas mandi aku lepak kat ruang tamu. macam biasa la, membuang masa dengan online. lepas tu aku terpandang la dekat katalog kat sebelah laptop aku. "The New Myvi". perghh. nang kacak bak kata orang sarawak. paling aku suka sebab dia kaler purple. kaler favorite makwe den. hehehe. okay sila tengok gambar The New Myvi kat bawah ni.
source:www.perodua.com.my

lawa tak? mamang lawa kan? ayah aku pakai myvi. bagi aku yang baru 2,3 tahun bawak kereta ni, memang sedap la kalau drive myvi. dia tak bagi banyak masalah macam kereta local yang lain. aku ni tak la tahu sangat pasal spesifikasi kereta ni. tapi kalau setakat nak jalan-jalan, pergi kerja, pergi kuliah memang comel kot kereta ni. tak kesah la lelaki atau wanita. kalau aku dah kerja nanti, or kalau tiba2 Allah bagi rezeki duit selepok kat kat aku, maybe aku nak beli The new Myvi ni.. hehehe

source:www.perodua.com.my

 ni interior design dia. benda yang buat the new myvi ni lain dari myvi versi lama. antara faktor utama aku jatuh cinta kat kereta ni. mungkin position gear tu yang lain dari kereta local lain yang buat dia gempak bagi aku. sorrylah kalau ada kereta local lain yang macam ni. aku tak tahu. tapi smart, sleek n stylish. shukernyer.. shukernyerr.. muahahaha. okay, kepada siapa2 yang nak belanja aku kereta ni, mehla.. hahaha.. bajetnyewww.. macam la ada orang nak belanja kereta.

by the way, hari tu rio ferdinand ada buat contest thru twitter dia tau. dia nak bagi mini cooper kat follower dia. perhhh!! memang gila lah punya kaya. aku pun ada gak join. mana tau rezeki aku. insha Allah. haha. tapi dah ada pemenang ke? kalau belum, doakan aku dapat okay? 

nah, more info about The New Myvi

Friday, June 17, 2011

keldai dadah

kenapa kau bodoh sangat nak jadi keldai dadah? setakat dapat duit yang beribu tu, sanggup kau nak kasi negara rugi berjuta-juta? aku tak sokong sangat kerajaan tapi tak juga pembangkang. aku bebas. hmm, bukan juga parti bebas. tapi demi maruah negara, aku akan tampil bersuara. cukup la kan? kuasa aku setakat bersuara. itupun di atas keyboard.

hoi. jadi keldai dadah, ko boleh mati bila-bila masa. dan apa faedah nya mati buat benda yang sial dan berdosa? cukup lah brader n sister. kau nak mati sia-sia? mesti kau tak nak kan? tolonglah fikir pasal benda lain. banyak lagi benda yang boleh kau buat atas dunia ni seperti  memberi lembu makan lalu dihadiahkan seekor lembu betina, seekor jantan. dari situ kau boleh jadi penternak lembu yang berjaya di mata dunia. kannn??

hmm, kalau dah pemalas sangat, hidup je dengan mak ayah sampai mati, lepas tu mintak duit tiap2 malam beli burger lmbu tambah cheese. perhhh ( tak la mak ayah pening sangat pikiaq pasal anak jadi keldai dadah.)

saya tak sepak kote abang.

abi dah lama takda kat kampung. to be exact, padang dekat kampung tu. abi demam lately sebab penat lepas jadi LO harituh. jadi budak-budak yang lain mungkin tak pandang abi main dan pandang rendah kat abi. 

tapi jangan lupa abi ada ke-optimis-an yang tinggi untuk membuktikan sesuatu. maafkan abi sebab rampas bola dari abang-abang. tak cukup dengan tu, abi bawak bola pegi dekat dengan tiang gol dan sepak bola tu dengan kejam. sori sebab tunjok muka slumber kat abang-abang lepas gol. abang-abang kata takpa, bagi chance.

okay, takpa.

abi usaha lagi untuk satu gol. abi tahu abang-abang marah sebab abang-abang diam lepas abi gol. 

abang, jangan pandang rendah!

p/s: abi ada banyak tengok goal celebration kat utube tapi abi tetap pilih celebrate tunjuk muka blur.

Monday, June 13, 2011

penat sampai takleh nak becakap

mula-mula aku rasa malas nak join MInngu Aluan Pelajar Asasi Unimas 2011 sebagai Liaison Officer(LO). sebab dah selesa sangat duduk kat rumah kan. tapi tiba-tiba pada hari itu hati aku kata pergi je la. ambik experience. lagipun dah confirmed dengan mr.ikhwan.

okay. sampai kat kolej seroja, 1jun 2011 lepas check out dari hotel dengan abang aku, Fakhri waktu tengahari. aku LO yang paling awal sampai kot! haha.. semangat giler kan. aku dibagi bilik M01 oleh cik Sharifah. lepas menghalau debu2 yang ada, aku pun online la dengan kelajuan wifi maksimum. lepas tu aku ambik apip jadi roomate aku, bestfriend aku. wee..

direct to the contain that it supposed to be, I wanna share with you guys that it is such an honor to handle this job. Since the first day that I worked, the spirit suddenly rose up to the peak that I ignored the tiredness that burden me.

memang penat sangat2. dahla kena suroh angkat beg budak2 ni.. tapi tak apa, aku fikir positif, mana tahu boleh jadi tough kan? bolehlah misi cuti aku tercapai.. hehehe.. waktu adik-adik ni sampai memang seronok la tengok. ramai giler. memang giler la. paling tak boleh blah ada yang muka macho tapi waktu berpisah dengan parents jadi macam anak manja la pulak.. nak nanges.. haha

aku diamanahkan jadi ketua unit sukan so kenalah handle senaman pagi dengan riadah petang. riadah petang tak boleh jalan sangat sebab masa riadah tu banyak diambik oleh persiapan kebudayaan. sigh. potong line siot. dah ada masa free, hari hujan pulak. tapi takpe. waktu senam pagi aku try yang terbaik. sorry lah adik2 kalau banyak sangat kelemahan. saya ni baru belajar jugak. hehe. 

 pagi khamis
aku paling tak boleh lupa pagi khamis. entah macam mana, aku tak tahu nak buat apa masa tu. sepatutnya ada chicken dance tapi PA system tak complete lagi sebab laptop belum sampai. jadi aku hesitate la kat depan adik-adik asasi tu. aku tak plan pun nak cakap apa tapi benda tu jadi spontan lak. agak seronok la sebab adik-adik semua bagi respons yang baik kat talk aku. asyik gelak je kan. haha. itu kenangan paling manis kot masa MAP tu. dibantu lak oleh doman yang asyik kena bahan ngan aku. haha. tapi sumpah aku tak tahu aku boleh melawak depan orang. gila lah! haha.

kepada group aku group 26, korang memang best dan sempoi. aku suka tengok korang senyum. manis-manis semuanya. rasa macam adik-beradik sungguh. dahla aku tak ada adik. korang la adik aku. haha. sorry sekali lagi sebab jarang jumpa korang okay? tapi korang kuat kan. takyah lah manja sangat. ;p

LOs

group 26 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...