About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, March 10, 2010

hari itu tiba jua.. part 1

bismillahirrahmanirrahim..
asalamualaikum, salam sejahtera teman-teman ku..


hmm.. sekarang aku tengah berdebar-debar menunggu hari esok.. hari yang bakal menentukan arah tuju hidup aku selepas ini.. entah macam mana la result spm aku ni.. macam-macam yang aku tengah dok pikiq kat dalam kepala ni.. Tapi, aku masih dapat rasa ketenangan yang mendalam kat dalam hati aku.. Alhamdulillah.. aku yakin doa aku nak dapat ketenangan hati sedang dimakbulkan.. harap-harap, doa supaya aku mendapat kecemerlangan SPM turut dimakbulkan oleh-Nya

amin..


Spm.. hmm.. kadang-kadang aku rasa macam tak pcaye je zaman aku dah berlalu.. betapa pantasnya masa memintas.. langsung tak menunggu sesiapapun termasuk kita.. tapi kalau aku kenang balik hari-hari menjelang SPM dulu, memang best! kemanisan dalam pesahabatan, suka duka dalam percintaan remaja yang memang susah untuk tidak terjebak, dan kenakalan yang memang biasa bagi darah muda macam aku.. semua benda tu tak pernah aku salahkan dalam kesibukan persiapan bagi berjuang dalam dewan peperiksaan.. aku anggap semua tu ramuan yang sangat diperlukan untuk aku menikmati kehidupan dengan sepuasnya.. aku nak hidup secara menyeluruh! aku tak pernah menyesal pun buat benda-benda yang orang kata melalaikan ni... bagi aku, itulah hidup aku.. aku suka sangat hidup cara aku.. aku tak perlu dengar ssangat apa orang nak kata sebab ini dunia aku.. hehe..



tapi dalam keseronokan, aku dan para sahabat yang lain tak lupa pada Sang Pencipta, Sang Pentadbir, Yang Satu iaitu Allah ta'ala.. tanggungjawab 5 waktu ditunaikan seadanya.. hampir setiap malam selepas isyak, kitorang buat sembahyang hajat ramai2.. Aku masih ingat kegelapan surau waktu sembahyang hajat tu sebab nak tambah kekhusyukan atau org kata, feel.. hehe.. Lampu2 memang sengaja ditutup kat surau tu.. hehe.. indah sangat masa tu.. kat rumah jarang sekali aku nak buat sembahyang hajat ni.. sebulan 2 kali je kot.. haha



hmm..



entahla apa yang berlaku hari esok.. hari yang telah ditetapkan.. 11 mac 2010.. sejak beberapa bulan dah aku kerap menerima sms doa dri kawan-kawan aku.. aku sagat tertarik dengan satu ayat dalam doa tu ; "janganlah ada di kami yang kecewa sendiri.." bagi aku doa tu cukup menggambaran kasih di antara kita semua wahai sahabat.. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua wahai sahabat ku.. segala usaha yang termampu telah kita lakukan bersama.. Aku kagum dengan semangat kalian.. Aku yakin, esok kita semua akan berjaya..


Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...