About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, July 21, 2023

Tips menjadi midfielder

 Ada suatu teknik yang rasanya sorang pun coach aku kat sekolah atau universiti tak pernah ajar atau tekankan. Teknik ni lah yang membezakan pemain pro dan amateur kalau hanya mengambil kira teknik sebagai skop perbandingan. 

Agak terkilan sebab bila umur dah senja dalam bolasepak baru aku discover dan praktikkan teknik ni dan betul2 bagi perbezaan bila diaplikasikan dalam liga jabatan ataupun Sunday league. Kalau aku tahu teknik ni masa umur belasan mungkin dah jadi Toni Kroos sekarang. Realitinya cukupla sekadar menjadi 1st eleven di midfield dalam liga2 tempatan  walaupun dah 30an  


Teknik tersebut tak lain tak bukan adalah scanning atau checking. Benda ni kena sentiasa buat terutamanya sewaktu off ball dan receiving. Saat2 akhir sebelum terima bola adalah genting untuk scan kat mana marker kita, arah mana yang dia lari dan kita quickly respon dengan menahan bola ke suatu arah yang sukar untuk marker rampas bola, atau one touch pass kepada rakan. Kalau yang set2 iniesta zidane tu bolehla terus tolak dan dribble sampai abang jamil menang world cup. Paling menarik pada pandangan aku adalah menonton video Sergio Bosquet menyerap tekanan di tengah padang waima pressing bertubi2 ke arah beliau.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...