About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, November 5, 2010

hampir maut.

seat motosikal aku tu dah koyak. serabai. jadi aku buat keputusan nak tuka kulit yang baru. takla malu aku nak pegi padang main bola. abang aku tu pun satu. pakai moto pandai, jaga nya tidak.

jadi petang tu lepas aku tidur petang, aku pakai track suit hitam berjenama cheetah dengan jersi hitam alfarab aku. aku pergi satu kedai ni. entah la kenapa aku nak pegi jugak kedai tu. masa aku datang situ, aku tak tau ada anjing. tiba-tiba aku nampak seekor anjing. (gulp). sebentar. tapi dia kena ikat kat pokok. haha. dengan rantai besi lak tu. kui3. kesian ko anjing. aku lepak tengok anjing tu sampai la tokei tu siap tukar kulit seat moto aku.

bila dah settle semua, aku pun bayar la. rm 15 tu. tapi takpa. lepas tu aku start motoikal aku. tiba-tiba ada anjing kecik ni menyalak. dahla tak diikat. saiz dia macam chihuahua. hua hua hua. aku macam biasala. cool. buat tak tahu. padahal dalam hati dah boom kedaboom ni. aku pulas la minyak moto aku nak kasi anjing durjana tu takut. tapi makin kuat dia menyalak.

tak boleh tunggu lama ni. aku pecut motor aku nak keluar simpang tapi aning tu kejar aku pulak! woof! woof! woof! sial! bayangkan ko memecut kat simpang. nasib baik tak dak kereta. kalau tak mampuih aku. tapi aku punya takut ni aku pecut sampai nak masuk dalam parit ni. aku brek.. sreeeeetttttt!!!
aku drift sikit kat situ.. alah.. macam dalam cerita rempit tu. macam tu la kot. haha. aku pecut terus tinggalkan anjing tu dengan mulut terkumat-kamit menyumpah. aku sempat tengok tokei kedai tu. benci betol. dia buat bodoh je. kalau aku, aku dah tanam dah anjing tu hidup-hidup!

aku balik rumah dengan automatik nya aku menyumpah seranah. memang aku tak suka sangat benda macam ni. kalau aku kena gigit ke, kena langgar kereta ke, masuk dalam parit ke.. siapa nak tanggung seksa dia. ada anjing tu nak mintak maaf? ada tokei dia nak ambik muet untuk aku minggu depan? tak mungkin nye lahh..

anjing bodoh. pergi mampus lah!

malas aku nak letak gamba anjing. kena samak blog aku.

dulu saya pernah kata saya makin bodoh.

ni saya tulis saja nak bagi naik semangat saya. kasi mantain sikit. tak nak la semangat saya pudar sebab cuti sebulan lebih ni kan. okay.

haritu saya ada post yang saya gagal kertas matematik ujian 1. masa tu punya la hampa sampai rasa nak quit study. tapi saya bermuhasabah diri dan berjanji kat diri saya yang saya mesti bangkit. sejak itu saya kerap buat latihan maths. saya rasa itu saja cara yang berkesan nak belajar maths. buat latihan. cikgu dari ceruk rantau mana pun aka cakap benda yang sama kot. praktis. exercise. latih tubi etc.

Jadi, daripada usaha serta doa anda semua, saya berjaya buat kebangkitan untuk test2. Saya berjaya kalahkan markah kawan-kawan yang lulus waktu test 1. Alhamdulillah. boleh lah saya bawak markah ni untuk carry mark. tak lama lagi result final exam nak keluar. 17 november kot. tipu lah tak cuak. waktu final exam tu entah apa saya jawab kat kertas jawapan. tapi saya tak risau sangat sebab ada carry mark.

awak yang tengah baca blog saya ni tolong la doa kan kami semua pelajar asasi unimas dapat result yang baik la kay. tak mintak lebih. doa je pun. kawan-kawan pun ramai yang insaf sebab banyak sangat main-main waktu semester 1 ni. saya pun. belajar pun saat-saat akhir. sangat tidak bagus.

Ya Allah, anugerahkanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat. amin.

aku pun nak berjiwang.




masa saya mula-mula mengorat awak dulu, saya ada kata awak ni macam playgirl. masa tu saya main-main je lah. saya nak kasi awak perasan sikit. tapi tak sangka awak simpan kata-kata saya tu. sedangkan dari mata saya, awak la wanita yang paling lemah lembut saya pernah jumpa. awak penyayang. pemalu. memang itu yang jadi idaman saya.
saya menyesal sebab awak selalu kata awak jahat kat saya. kadang-kadang awak buat jahat kat saya tapi awak jujur kat saya. awak mengaku awak ada buat salah kat saya. tapi awak tak tahu saya lagi banyak buat salah kat belakang awak. awak tolong la jangan asyik salahkan awak sendiri. saya tak sanggup nak tengok. maafkan saya kay.

mungkin kita belum biasa berjauhan. dulu masa saya ada dekat dengan awak kita tak tengok orang lain. saya dok skodeng awak. dan saya rasa awak pun skodeng saya. haha. perasan. tapi kita tahu benda ni kan. benda tak elok selalu jadi bila kita mula berjauhan. waktu sebulan terakhir kita hidup bersama di mrsm, saya sepatutnya menghargai masa tu. tapi saya abaikan awak. mungkin sebab tu awak ingat saya tak sayang kat awak lagi. saya menyesal sekali lagi. sigh.

tapi saya nak awak tahu, saya tetap gila kat awak sorang. saya tak pernah berniat nak tinggalkan awak sebab saya pernah try bayangkan hidup tanpa awak. memang perit. biarpun saya buang semua gambar awak, remove awak dari facebook saya, awak tetap segar dalam memori saya. saya taknak jadi orang gila. saya tak nak masuk hospital gila.
mungkin awak tak percaya tapi sayangnya saya kat awak memang sampai ke tahap macam tu. apa yang saya dapat buat sekarang cuma bersabar dan bersabar. saya selalu berdoa semoga cinta kita tetap suci dan akan mempunyai kesudahan yang baik. Amin.





Wednesday, November 3, 2010

Jadilah orang pertama!





tuan-tuan dan puan-puan, jadilah orang pertama yang akan menumbok sekaligus merasmikan butang like facebook di blog ini terimakasih.. : )

Tuesday, November 2, 2010

saya akan bangun

sudah beberapa saat aku tak menulis blog. cop! tak mungkin beberapa saat. dah berjuta saat dah tak post. haha.

jadi mulai hari ini aku nak mula aktif balik tulis blog. aku akan cuba bawak cerita yang tak bosan atau klise. mungkin cerita yang lain dari orang lain. jadi kepada pengikut-pengikut, keep your eyes to the dashboard okay.

makluman: saya dah cuti semester satu. sampai awal disember. lepas tu nanti masuk balik ke asasi unimas. sigh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...