Oh yeah! dah mula rindu dah nak tengok pasukan juara asia tenggara kita ni beraksi. pasukan negara kita, pasukan kesayangan kita. siapa-siapa yang tak sayang pasukan negara sendiri boleh pergi terjun tingkap sekarang. booo!
baiklah, aku agak cuak dengan perlawanan ni sebab orang Hong Kong kan sangat banyak aksi dalam filem-filem nya. nanti diorang kung fu dengan player kita, kan sakit tu. betol tak? betol kan? kan kan kan???? *mengarut.
Apa yang aku agak tertarik adalah penjaga gol yang semakin digilai makcik-makcik di Malaysia, dengan anak-anak dara diorang pun minat sekali iaitu siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat baru sahaja mendapat tajaan dari Nike Malaysia. perghhhhhhh.. dulu-dulu tak terer tak nak sponsor, dah naik sikit baru terhegeh-hegeh nak bagi kasut kat dia.
Khairul Fahmi dengan kasut baru Nike CTR360 Maestri
sumber:Nike Football Malaysia
Kepada officers Nike yang baca blog aku ni, apa lagi, bagi la aku kasut tu satu.aku dah tolong promote ni. Kalau tak nak bagi jugak, memang taik idong masak kicap betol la.
Malaysia vs Hong Kong
Stadium Shah Alam, 9malam
9 februari 2011(rabu)
Live Astro Arena.
Live Astro Arena.
tarikh dan masa yang sangat mendilemakan aku. dahla hari khamis aku ada test fizik. tapi hati berat nak miss match ni. Nak jugak tengok aksi pertama Malaysia lepas dah menang AFF Suzuki hari tu. Tapi test Physics tu lagi penting kot.