About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, June 17, 2011

keldai dadah

kenapa kau bodoh sangat nak jadi keldai dadah? setakat dapat duit yang beribu tu, sanggup kau nak kasi negara rugi berjuta-juta? aku tak sokong sangat kerajaan tapi tak juga pembangkang. aku bebas. hmm, bukan juga parti bebas. tapi demi maruah negara, aku akan tampil bersuara. cukup la kan? kuasa aku setakat bersuara. itupun di atas keyboard.

hoi. jadi keldai dadah, ko boleh mati bila-bila masa. dan apa faedah nya mati buat benda yang sial dan berdosa? cukup lah brader n sister. kau nak mati sia-sia? mesti kau tak nak kan? tolonglah fikir pasal benda lain. banyak lagi benda yang boleh kau buat atas dunia ni seperti  memberi lembu makan lalu dihadiahkan seekor lembu betina, seekor jantan. dari situ kau boleh jadi penternak lembu yang berjaya di mata dunia. kannn??

hmm, kalau dah pemalas sangat, hidup je dengan mak ayah sampai mati, lepas tu mintak duit tiap2 malam beli burger lmbu tambah cheese. perhhh ( tak la mak ayah pening sangat pikiaq pasal anak jadi keldai dadah.)

saya tak sepak kote abang.

abi dah lama takda kat kampung. to be exact, padang dekat kampung tu. abi demam lately sebab penat lepas jadi LO harituh. jadi budak-budak yang lain mungkin tak pandang abi main dan pandang rendah kat abi. 

tapi jangan lupa abi ada ke-optimis-an yang tinggi untuk membuktikan sesuatu. maafkan abi sebab rampas bola dari abang-abang. tak cukup dengan tu, abi bawak bola pegi dekat dengan tiang gol dan sepak bola tu dengan kejam. sori sebab tunjok muka slumber kat abang-abang lepas gol. abang-abang kata takpa, bagi chance.

okay, takpa.

abi usaha lagi untuk satu gol. abi tahu abang-abang marah sebab abang-abang diam lepas abi gol. 

abang, jangan pandang rendah!

p/s: abi ada banyak tengok goal celebration kat utube tapi abi tetap pilih celebrate tunjuk muka blur.

Monday, June 13, 2011

penat sampai takleh nak becakap

mula-mula aku rasa malas nak join MInngu Aluan Pelajar Asasi Unimas 2011 sebagai Liaison Officer(LO). sebab dah selesa sangat duduk kat rumah kan. tapi tiba-tiba pada hari itu hati aku kata pergi je la. ambik experience. lagipun dah confirmed dengan mr.ikhwan.

okay. sampai kat kolej seroja, 1jun 2011 lepas check out dari hotel dengan abang aku, Fakhri waktu tengahari. aku LO yang paling awal sampai kot! haha.. semangat giler kan. aku dibagi bilik M01 oleh cik Sharifah. lepas menghalau debu2 yang ada, aku pun online la dengan kelajuan wifi maksimum. lepas tu aku ambik apip jadi roomate aku, bestfriend aku. wee..

direct to the contain that it supposed to be, I wanna share with you guys that it is such an honor to handle this job. Since the first day that I worked, the spirit suddenly rose up to the peak that I ignored the tiredness that burden me.

memang penat sangat2. dahla kena suroh angkat beg budak2 ni.. tapi tak apa, aku fikir positif, mana tahu boleh jadi tough kan? bolehlah misi cuti aku tercapai.. hehehe.. waktu adik-adik ni sampai memang seronok la tengok. ramai giler. memang giler la. paling tak boleh blah ada yang muka macho tapi waktu berpisah dengan parents jadi macam anak manja la pulak.. nak nanges.. haha

aku diamanahkan jadi ketua unit sukan so kenalah handle senaman pagi dengan riadah petang. riadah petang tak boleh jalan sangat sebab masa riadah tu banyak diambik oleh persiapan kebudayaan. sigh. potong line siot. dah ada masa free, hari hujan pulak. tapi takpe. waktu senam pagi aku try yang terbaik. sorry lah adik2 kalau banyak sangat kelemahan. saya ni baru belajar jugak. hehe. 

 pagi khamis
aku paling tak boleh lupa pagi khamis. entah macam mana, aku tak tahu nak buat apa masa tu. sepatutnya ada chicken dance tapi PA system tak complete lagi sebab laptop belum sampai. jadi aku hesitate la kat depan adik-adik asasi tu. aku tak plan pun nak cakap apa tapi benda tu jadi spontan lak. agak seronok la sebab adik-adik semua bagi respons yang baik kat talk aku. asyik gelak je kan. haha. itu kenangan paling manis kot masa MAP tu. dibantu lak oleh doman yang asyik kena bahan ngan aku. haha. tapi sumpah aku tak tahu aku boleh melawak depan orang. gila lah! haha.

kepada group aku group 26, korang memang best dan sempoi. aku suka tengok korang senyum. manis-manis semuanya. rasa macam adik-beradik sungguh. dahla aku tak ada adik. korang la adik aku. haha. sorry sekali lagi sebab jarang jumpa korang okay? tapi korang kuat kan. takyah lah manja sangat. ;p

LOs

group 26 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...