About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, May 14, 2011

Saifulhadri telah bertunang.

Setelah tamat pengajian asasi di UNIMAS beberapa minggu lepas, Saifulhadri atau lebih dikenali sebagai epul oleh rakan-rakannya mendapat rezeki yang mencurah-curah ke ladang gandum dan pooofff!! jadilah koko krunch!!

epul dalam drama juvana

semoga berbahagia epul
mengejutkan kita dengan penampilannya dalam drama juvana di tv3, epul kini telah bertunang pula secara sembunyi-sembunyi. haihh.. epul.. epul..

Thursday, May 12, 2011

I ain't catch a grenade for you because I'll die and you will cry for the rest of your life.

Jiwa mula meronta. Dua tabiat tegar yang aku selalu lakukan secara silih berganti tiba-tiba terhenti. 

Gitar.

Masuk ke MRSM sewaktu tingkatan 4, aku mula didedahkan dengan gitar oleh rakan-rakan seasrama. Obsesi aku memuncak hingga menjurus aku bersuara untuk membeli gitar. namun. Gitar yang aku beli  itu terpaksa aku hentikan bunyinya. Bunyi lembu di seberang sana lebih enak didengari mungkin. Gitar yang aku beli di Kuching. Aku masih ingat saat aku masuk ke kedai itu, pemilik kedai yang berbangsa cina itu sangat peramah. Mununjukkan gitar-gitar dan memberi aku peluang memegangnya. sekaligus aku cuba memainkannya.

aku seronok. harapan tinggi langit.

ayah masuk ke kedai.

''taukeh, mahu beli gitar,"


"ow, lu punya anak ka? pilih saja, semua bagus"


"ya,ya, baru belajar main gitar. mana gitar paling murah?"

"paling murah ada, tapi bunyi tarak bagus wo.."

"takpa2, angkat saja.."

"okay boss, ini gitar, 80 ringgit"


dialog antara ayah dan tauke gitar. aku redha, kerana itu bukan duit aku. bunyi gitar hanya sedap didengar, aku kira, setahun yang pertama sahaja. sekarang, sudah hampir 3 tahun mungkin. bunyinya sangat off tune. dan aku sangat memerlukan gitar baru.






bolasepak.


kita jumpa lain kali. kau hanya membakar lemakku. lemak adalah apa yang aku perlukan sekarang. lemak adalah segala-galanya bagiku. sebab itu aku aku bersikap mementingkan diri dan meninggalkan engkau bola. kita jumpa di tv dan youtube saja okay? 


mengeram, mengharapkan eureka ketika saat aku kembali nanti,

pause, don't stop.

Wednesday, May 11, 2011

monolog sepi

ni aku tulis masa belum mandi ni. padahal jam dah pukul 12 tengahari. kuaja betol. ni semua bala la ni, lepas aku baca blog kawan-kawan, aku rasa rajin balik nak tulis. sampai takleh tunggu nak mandi dulu ni. haha. tapi walaupun aku tak mandi lagi, aku dah turun kerja.

pelik tak? tak de lah pelik pon, aku kerja kat rumah je sekarang ni. no, bukan kerja internet bagai semua tu. aku kerja menggemokkan badan. bes kan kerja aku? Alhamdulillah, memang best gila lah. aku hari tu nak cari kerja, tapi mak cakap tak payah lah, dok rumah makan je, biar gemok sikit. teheeeeheeee.. yelah, aku ni kurus kering, tapi kuat sukan, futsal ngan bola, memang aku hero lah. wekk.. jangan jeles okay?




tapi aku pun stop main futsal dengan bola sepanjang cuti ni kot. sebab aku nak pastikan badan aku betul-betul naik. barulah boleh tough macam cristiano ronaldo kan? perghh, seksa gila kot. tak pernah dalam hidup aku stop main bola lebih dari 2 hari, kecuali bulan puasa. bulan puasa haram la nak maen, ntah jadi tulang rangka je aku nanti. kalau aku tengok match kat dalam tv, sumpah kaki aku rasa bergegar dan terkinja-kinja ingin menyepak bola. tu sebab malam tadi aku mimpi aku main bola. aku memang selalu pun mimpi main bola sampai satu hari tu aku pernah tersepak kayu katil sebab mengigau main bola. haha. okay, I'm back bloggers!


 di kampung, tiada kawan. =(

4 bulan berlalu dan tak akan sama.

setiap kali aku bangun dari tidur, aku sedar. 4 bulan bukanlah satu masa yang pendek. 4 bulan itu sangat lama. kemudian aku akan sedar, walaupun kita cuba untuk memendekkan 4 bulan itu dengan membuatkan diri kita sibuk, kita tidak akan sama selepas 4 bulan. kita tak akan berjumpa di tempat yang sama lagi.

  • kita tak akan lepak di bilik yang sempit di blok m lagi.  
  • kita tak akan main futsal di kandang hijau lagi setiap petang selepas kuliah yang menyeksakan.
  • kita tak akan beratur panjang di kafe ranimas itu lagi, tak akan lupa pada air gelas besarnya.
  • kita tak akan lepak di pakdol lagi setiap pagi waktu rehat. ada, tapi jarang.
  • kita tak lagi diajar oleh mr chieng, lecturer yang banyak bersabar dengan kita
  • kita tak lagi diajar mr dhana jay, kita semua suka kan?
  • pelajar fizikal pasti rindu pada miss aa dan miss azie
  • pelajar hayat pula rindu pada tutor2 mereka. 
  • mungkin kita tak akan lagi mendengar leteran prof taj.ada, sebahagian.
semua rambut ala2 askar
apa yang, pasti, semuanya tak akan sama. aku terkilan. sebab kita semua kenal agak lambat. ketika sampai di penghujungnya, baru kita rasa manisnya. aku masih belum puas dengan kamu semua. di tempat itu. tempat yang pada mulanya aku sendiri rasa hina fizikalnya. namun semakin hari semakin disayangi. 
jejaka jambu jeng6 blok m 2010/2011








jadi engineer semua okay??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...