About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, May 11, 2011

4 bulan berlalu dan tak akan sama.

setiap kali aku bangun dari tidur, aku sedar. 4 bulan bukanlah satu masa yang pendek. 4 bulan itu sangat lama. kemudian aku akan sedar, walaupun kita cuba untuk memendekkan 4 bulan itu dengan membuatkan diri kita sibuk, kita tidak akan sama selepas 4 bulan. kita tak akan berjumpa di tempat yang sama lagi.

  • kita tak akan lepak di bilik yang sempit di blok m lagi.  
  • kita tak akan main futsal di kandang hijau lagi setiap petang selepas kuliah yang menyeksakan.
  • kita tak akan beratur panjang di kafe ranimas itu lagi, tak akan lupa pada air gelas besarnya.
  • kita tak akan lepak di pakdol lagi setiap pagi waktu rehat. ada, tapi jarang.
  • kita tak lagi diajar oleh mr chieng, lecturer yang banyak bersabar dengan kita
  • kita tak lagi diajar mr dhana jay, kita semua suka kan?
  • pelajar fizikal pasti rindu pada miss aa dan miss azie
  • pelajar hayat pula rindu pada tutor2 mereka. 
  • mungkin kita tak akan lagi mendengar leteran prof taj.ada, sebahagian.
semua rambut ala2 askar
apa yang, pasti, semuanya tak akan sama. aku terkilan. sebab kita semua kenal agak lambat. ketika sampai di penghujungnya, baru kita rasa manisnya. aku masih belum puas dengan kamu semua. di tempat itu. tempat yang pada mulanya aku sendiri rasa hina fizikalnya. namun semakin hari semakin disayangi. 
jejaka jambu jeng6 blok m 2010/2011








jadi engineer semua okay??

1 comment:

Harris Ramsey said...

and i am surely sure. everything will not be the same. lala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...