About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, August 25, 2010

Aku ditangkap polis

Aidilfitri dah semakin hampir. Aku tak sabar nak balik dah ni. Tiap-tiap malam aku dah dengar bunyi mercun. teringat waktu zaman aku nakal-nakal dulu..
waktu umur baru nak menginjak remaja.
waktu sibuk-sibuk nak picit bila tengok jerawat.
waktu mula-mula pakai hp dan mula nak menggatal.
waktu aku suka nak ponteng-ponteng puasa.
waktu kerjarumah dan kerja kursus semua nak ditiru dari kawan.
waktu itu orang buat sembahyang taraweh 8-20 rakaat, aku tunggu kat luar masjid nak makan murih..
waktu aku bercinta monyet seminggu dua sahaja dan terus "break"..
waktu aku asyik tahu melayan lagu OAG..
waktu itu bercita-cita nak menjadi mat rempit kerana kehebatan mereka.
waktu itu bila cikgu tanya nak jadi apa, aku jawab nak jadi pemain bola MU..
pendek kata, hormon masih di peringkat terumbang-ambing..

terutama masa aku form 2.. masa tu memang terok gila.. waktu form 1 aku leh score 5, 6 A tapi bila masok form 2 ni satu A pun tak muncul. satu perubahan drastik masa tu. aku bagaikan budak-budak yang tak ada arah tuju. kalau aku nak kenang balik semua benda yang aku dah buat masa tu mengucap aku. tapi aku bangga aku tak hisap rokok. tak minum arak. tak tekan pil. aku clean okay. alhamdulillah. :) dan sebelum aku masuk asrama jugak, dalam kenakalan aku, aku tak pernah miss ikut tadarus kat masjid.. semalam dapat seringgit wo.. hahahaha..

8 ramadhan 2006 ( maaf tak ingat berapa hijrah)

lepas berbuka puasa aku mandi dan terus bergegas keluar dari rumah. solat maghrib sahaja aku tinggalkan kerana malas.. pergi jumpa kaer yang ada banyak mercun di dalam plastiknya. kaer kata abang jali kat hujong kampung ada jual banyak mercun. perh! bebekalkan duit rm5 aku memecut ex5 biru aku ke hujung kampung. tengo mercun abang jali. banyak. sebagai perasmian aku beli mercun mancis saja. esok boleh beli lagi.

azan isyak....

aku tunggu sehingga azan habis dan aku menguji mercun pertama dengan penuh ke-eksaitesan. gahaha..tapi aku agak besemangat nak bertaraweh malam tu. aku ikut orang sampai 8 rakaat. standart la kan. hehe..
lepas tu, aku pegi kat luar masjid. tangan aku gatal sangat nak main mercun kat dalam poket baju melayu aku. aku pun mula la menggosok kepala mercun mancis yang berharga seringgit sekotak tu dan membaling ikut gerak hati aku.. masa umur tu, punya la seronok.. haha.. memang seronok la aku main sampai aku terbaling dekat tepi jalan.
kawan aku namanya ajis pun dengan gelabah cakap aku baling dekat kereta CID(mata-mata polis yang tak pakai baju polis tu.. yang selalu pakai jaket jeans tu, tau kan? ) haha..

aku tak kesah sampai la kawan-kawan aku semua lari masuk dalam masjid. aku dengan kehairanan pun ikut diaorang lari. cuak jugak aku. diorang suruh stay kat dalam kawasan masjid untuk beberapa ketika dan aku batalkan niat untuk menghabiskan mercun-mercun aku. aku nak gi tadarus terus la..

dalam fikiran aku, polis tu dah blah dah tapi sebenarnya dia cari aku! ntah budak mana yang dengki kat aku tipu aku cakap polis tu dah blah. dia ajak la lepak kat depan masjid tu tapi sebenarnya polis tu dah ready nak tangkap aku. dia sembunyi kat belakang pokok bunga raya ke bunga kertas. dengan tidak semena-mena, satu tamparan polis singgah di pipi aku dan aku tergamam. polis tu tarik baju aku masuk dalam kenari dia. aku memang tak dapat fikir apa-apa masa tu. polis tu paksa aku cakap kat dia, sapa yang main mercun ngan aku tadi. kerana mental yang belum matang, aku pecah tembelang gak. aku cakap nama ajis dan asri.. dua-dua kena angkut sekali ngan aku g balai..
hahaha
cuak habis la..

tapi..

kat balai..

kita 3 orang disuruh duduk tengok tv cerita bulan puasa.. pukul 10.30 kami disuruh balik seperti biasa tanpa apa-apa tindakan. hahahaha.. tapi aku tetap cuak la. tak pernah terfikir aku kena tangkap. nasib baik tak tidur lokap. aku balik rumah seperti biasa tanpa menimbulkan syak wasangka dari family aku.. haha.. dan aku miss tadarus satu malam.. hehe

KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA!



Monday, August 23, 2010

I just thought you should know...

You are beautiful. Every morning, there should be a little alarm that chants that to you. “You are beautiful, so very beautiful, so very, very, very beautiful…” And so on and so forth. And you should smile, a meek lovely little smile, both embarrassed and thrilled that someone should think such a wonderful thing about you. Because it’s true— your veins are beautiful, your thoughts are beautiful, your breath is beautiful; You are beautiful.

Sunday, August 22, 2010

oh kampong!



aku tak boleh nak duduk diam. aku tak tahan jadi orang yang pasif dan tak buat apa-apa kerja. tapi sekarang ni bulan puasa jadi aktiviti kebiasaan aku iaitu futsal/bola sepak tak dapat nak jalan sangat. bukan la aku nak jadikan alasan berpuasa terus tak boleh nak buat kerja tu semua tapi aku takut sangat aku dah tak jadi orang dah nanti. jadi tengkorak pulak. aku dahla kurus, kalau waktu puasa pun nak bersukan, makin kurus la aku.. taknak aku. nanti orang takut tengok aku. lagipun lepas puasa kan raya. mesti la semua orang nak nampak segak kan. why not i take this chance to light up my skin. hehe.. how i want to be more good looking than my brothers though. some of my friends always said that my brother Farhan and Fakhri are more good-looking than me. I don't know if that is a facts or they just want to make my motivation down. ahha.. kidding. I know i am not handsome. that is a true confession okay. :p but my sayang always told me that i am 'macho' by the way i look.. ayayayaya.. :D okay. i know i have to stop making writing compliments about myself. i know! i know! haha..

hmm.. but people ALWAYS told me to build some fats or if can, go to gym or eat some weight-gain product, vitamin A-Z, bla3.. maybe they imagine me to be a person that have more protein. i hope that i have actually. but, how ah.. until now i failed to gain 10 kilos. (now i am 53/54 for you to believe it or not by the way i look..)



cannot wait for Hari Raya holiday where i want to bite and swallow and gulp all the food at home.. usually cooked by mom, sis ida, sis zana, nekwan.. huhu...



do comment for any tips in gaining protein.. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...