About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan menyapa kita.



Kadang dan kadang aku akui aku ada mempersoalkan kelebihan yang dimiliki oleh sang Ramadhan.

(Aku lebih suka menganggap Ia sebagai julat masa yang tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain. Tak logik lah bila kita tak makan tapi badan jadi sehat. PELIK! tipu! aaaahhhh!! mengarut lahhh...)





itu aku punya monolog pada tiap-tiap hari sebelum masuk 1 ramadhan. tapi bisikan macam itu tak bertapa dalam hati. ia silih berganti dengan kegembiraan hatiku menyambut bulan yang penuh keberkatan ni. bila takbir tarawih( aku pilih taraweh sebab kita taraweh dulu baru puasa) yang pertama diangkat aku mesti sebak dengan sendirinya. agama allah ini punya sejuta lemon hikmahnya. malahan tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata.. mungkin boleh..

bayangkan kau sedang minum air kosong waktu kau kehausan, lepas tu aku tanya kau, macam mana rasa air tu?? mesti kau kata sedap kan?? tapi rasa dia macam mana?? mesti susah nak cakap..
macam tu la rasa nikmatnya menyambut ramadhan. setiap kali itu juga prasangka buruk yang aku taip seperti di atas tadi terus hilang. ini menambahkan kepercayaan aku terhadap agama Allah ini. Dikatakan bahawa syaitan itu dirantai apabila masuk bulan Ramadhan. kau sendiri mesti faham apa saya rasa kan kan kan? tak perlu aku ulas lagi. kau setuju atau tak, terpulang pada keimanan masing-masing. tapi pandangan aku sangat jelas dan indah bila memandang Ramadhan. Aku turut perasan kalau masuk bulan puasa ni, semua masalah yang kita hadapi senang sangat nak settle. bagi aku, masalah aku macam dibantu satu kuasa pulak.hehehe.. Itu Allah la yang tolong. mana ada kuasa lain yang boleh tolong kita kan? MEMANG TAK ADA!
apa-apa pun, aku menulis dari hati aku sahaja. kalau salah, betulkan aku. aku bukan orang alim ulama. tapi aku juga manusia. yang biasa.

semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya.

semoga kita berkesempatan menemui Ramadhan yang akan datang. Insya
Allah
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...