About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Thursday, May 12, 2011

I ain't catch a grenade for you because I'll die and you will cry for the rest of your life.

Jiwa mula meronta. Dua tabiat tegar yang aku selalu lakukan secara silih berganti tiba-tiba terhenti. 

Gitar.

Masuk ke MRSM sewaktu tingkatan 4, aku mula didedahkan dengan gitar oleh rakan-rakan seasrama. Obsesi aku memuncak hingga menjurus aku bersuara untuk membeli gitar. namun. Gitar yang aku beli  itu terpaksa aku hentikan bunyinya. Bunyi lembu di seberang sana lebih enak didengari mungkin. Gitar yang aku beli di Kuching. Aku masih ingat saat aku masuk ke kedai itu, pemilik kedai yang berbangsa cina itu sangat peramah. Mununjukkan gitar-gitar dan memberi aku peluang memegangnya. sekaligus aku cuba memainkannya.

aku seronok. harapan tinggi langit.

ayah masuk ke kedai.

''taukeh, mahu beli gitar,"


"ow, lu punya anak ka? pilih saja, semua bagus"


"ya,ya, baru belajar main gitar. mana gitar paling murah?"

"paling murah ada, tapi bunyi tarak bagus wo.."

"takpa2, angkat saja.."

"okay boss, ini gitar, 80 ringgit"


dialog antara ayah dan tauke gitar. aku redha, kerana itu bukan duit aku. bunyi gitar hanya sedap didengar, aku kira, setahun yang pertama sahaja. sekarang, sudah hampir 3 tahun mungkin. bunyinya sangat off tune. dan aku sangat memerlukan gitar baru.






bolasepak.


kita jumpa lain kali. kau hanya membakar lemakku. lemak adalah apa yang aku perlukan sekarang. lemak adalah segala-galanya bagiku. sebab itu aku aku bersikap mementingkan diri dan meninggalkan engkau bola. kita jumpa di tv dan youtube saja okay? 


mengeram, mengharapkan eureka ketika saat aku kembali nanti,

pause, don't stop.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...