About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.
Showing posts with label mystory. Show all posts
Showing posts with label mystory. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

anggapan orang di sekeliling

bila kita dah lama tak muncul di mata orang, orang akan sedikit demi sedikit melupakan kita. jadi bila kita muncul balik, orang akan ada first impression semula dekat kita. dia kenal kita. dalam pemkiran dia mungkin kita dah berubah. sebab itu bila kita jumpa balik orang yang dah lama kita tak jumpa, kita akan rasa malu-malu taik kucing. orang pun sama.

itu pengajaran yang aku dapat sebab jarang balik kampung. kawan-kawan yang dulu selalu main tarik2 seluar samapai bogel dah jadi kawan yang awkward. tak tahu nak cakap apa sesama sendiri. mungkin jugak semua dah besar.

tapi aku rindu kawan-kawan aku tu yang dulu. lepak sama-sama, main bola sama-sama. ya, terutamanya kawan main bola. dulu sebelum masuk padang gelak sampai puas semuanya. sekarang diam je masing-masing. terutama dekat aku. haha. mungkin salah aku jugak. sebab aku sekarang pendiam. aku takut terlepas cakap. terutama sekali cakap besar. 

 ni kanak2 kampung aku. credit to azrul sharkawi


kawan-kawan aku kat kampung tak semua pandai-pandai macam korang. tak semua bernasib baik dapat masuk menara gading. aku ni tak menunjuk tapi aku dapat rasa diorang ada rasa rendah diri bila jumpa aku. aku taknak tapi realiti ekarang macam tu.

tapi yang masih kekal adalah chemistry atas padang bola tak jauh berubah. aku harap benda ni lah yang menyatukan kita. komunikasi tak semestinya melalui perkataan dan dialog bukan? :)

Thursday, October 6, 2011

I Love My Mom

Mak adalah orang yang paling sayang dekat aku, kaklong, kak ida, bang an and bangri. 

Mak dah bawak aku dalam perut dia plus minus 9 bulan; 19 tahun yang dulu. Mak adalah orang pertama yang memberi sentuhan fizikal dan mental kat aku. 

melalui rahimnya.

Rahim itu.

Rahim itu akan dibuang terus dari badan mak hari ni. Yang pada pemikiran aku adalah sesuatu yang kejam. Tapi benda tu harus dibedah dan dibuang sebelum ia terus memudaratkan mak. 

secara biologikal, bagi aku aku berasal dari tempat tu.

aku rasa sebak. bila teringat balik waktu SPM dulu mak pernah masuk wad tapi satu family taknak bagitau aku sebab takut aku tak boleh fokus. Aku rasa sedih tapi diaorang buat semua tu untuk aku. aku faham. tapi aku tetap sedih. aku hanya tahu bila tahun ni masa cuti penyakit mak(ketumbuhan rahim) tu datang balik masa aku cuti panjang tu dulu.. 

kalau mak korang masih sihat, Alhamdulillah. jaga mak korang betul-betul. jangan abaikan mak. jangan sakitkan hati mak. jangan tinggikan suara dekat mak.

“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.” (an-Nisaa: 36)

doakan Mak akan sihat, bahgia dan panjang umur. :)

Monday, August 15, 2011

cerita awal pagi

 

asalamualaikum.

ada dua options:
  • sembahyang subuh lepas sahur
  • sembahyang subuh lepas tido lepas sahur.
sejak dah start keja ni aku selalu pilih option ke-2. lepas sahur aku taknak lengah-lengah. dengan perut yang separa kenyang, biasanya aku terus tersembam layu di slumberland itu. empuk, lembut, hangat, memang layak untuk badan bertulang seperti aku menikmatinya.haha.

tiap-tiap hari jugak ayah yang kejut aku. bunyi alarm tu tak jadi ape dah kat aku. abang aku pulak yang bangun lepas tu maki-maki aku. hahaha.

sesungguhnya aku malas. tapi kena jugak buat. ini tanggungjawab orang bagi. amanah dari Allah. semoga aku tabah sehingga penghujung karier ini. haha




Saturday, August 13, 2011

mak

Waktu sembang2 dengan family members, kitorang sembang la pasal bazaar Ramadhan kat betong ni yang tak berapa menyelerakan. makanan yang dijual
  • biasa2 sahaja. tak ada yang special macam hari biasa
  • tak sedap
  • orang yang jual mkanan pun tak banyak, agak2 dalam 20 gerai je.
  • tu je la kot. hua2
so, haritu aku komplen la kat mak. aku kata tak ada ayam percik. memang mengidam ni bai. kalau terkenang mesti terlioq sampai basah. haha

tiba-tiba hari ni mak masak ayam percik. this happened beyond my expectations! semua benda mak aku boleh masak beb. memang aku meremang bulu roma la bila tengok ayam percik sedang menggelegak kepanasan dalam kuali tadi.

waktu berbuka tadi aku bantai ayam je. until now the taste of the ayam percik still lingers on my tastebud. 
see you again ayam percik. lepas taraweh ok?? =D


look ak that! 

tq mak. nang pande mak masak. sayang mak eh! :)


Tuesday, June 21, 2011

cita-cita sampingan

dulu sebelum cuti, aku ada pasang niat tau. 

"kalau aku balik rumah ni, aku nak belajar masak dengan mak.."

okay. aku memang suka memasak. tapi sejak masuk sekolah asrama, hilang pulak skill aku. nak masak nasik goreng pun aku dah lupa. kalau zaman kegemilangan aku dulu, aku la yang masak nasik goreng untk family aku malam2.hahaha. ko bayangkan la budak laki form2 form3 boleh masak untuk family dia. haha. 

tapi tak la sehebat mana pun. just okay2 la kan untuk umur aku masa tu.

lepas habis spm, aku hairan pulak kenapa aku boleh hilang minat nak memasak. in fact, aku lebih suka tengok orang kat dalam tv memasak. robert reinford, anna olson, jamie oliver. 

mak aii.. bukan main sedap lagi diorang masak. (nampak sedap, entah rasa dia sedap ke tak kan?)

impian gua nak masak lasagna beb!
arggghhhh,,, aku laporrrr.. I wish I know how to cook everything.

Monday, June 13, 2011

penat sampai takleh nak becakap

mula-mula aku rasa malas nak join MInngu Aluan Pelajar Asasi Unimas 2011 sebagai Liaison Officer(LO). sebab dah selesa sangat duduk kat rumah kan. tapi tiba-tiba pada hari itu hati aku kata pergi je la. ambik experience. lagipun dah confirmed dengan mr.ikhwan.

okay. sampai kat kolej seroja, 1jun 2011 lepas check out dari hotel dengan abang aku, Fakhri waktu tengahari. aku LO yang paling awal sampai kot! haha.. semangat giler kan. aku dibagi bilik M01 oleh cik Sharifah. lepas menghalau debu2 yang ada, aku pun online la dengan kelajuan wifi maksimum. lepas tu aku ambik apip jadi roomate aku, bestfriend aku. wee..

direct to the contain that it supposed to be, I wanna share with you guys that it is such an honor to handle this job. Since the first day that I worked, the spirit suddenly rose up to the peak that I ignored the tiredness that burden me.

memang penat sangat2. dahla kena suroh angkat beg budak2 ni.. tapi tak apa, aku fikir positif, mana tahu boleh jadi tough kan? bolehlah misi cuti aku tercapai.. hehehe.. waktu adik-adik ni sampai memang seronok la tengok. ramai giler. memang giler la. paling tak boleh blah ada yang muka macho tapi waktu berpisah dengan parents jadi macam anak manja la pulak.. nak nanges.. haha

aku diamanahkan jadi ketua unit sukan so kenalah handle senaman pagi dengan riadah petang. riadah petang tak boleh jalan sangat sebab masa riadah tu banyak diambik oleh persiapan kebudayaan. sigh. potong line siot. dah ada masa free, hari hujan pulak. tapi takpe. waktu senam pagi aku try yang terbaik. sorry lah adik2 kalau banyak sangat kelemahan. saya ni baru belajar jugak. hehe. 

 pagi khamis
aku paling tak boleh lupa pagi khamis. entah macam mana, aku tak tahu nak buat apa masa tu. sepatutnya ada chicken dance tapi PA system tak complete lagi sebab laptop belum sampai. jadi aku hesitate la kat depan adik-adik asasi tu. aku tak plan pun nak cakap apa tapi benda tu jadi spontan lak. agak seronok la sebab adik-adik semua bagi respons yang baik kat talk aku. asyik gelak je kan. haha. itu kenangan paling manis kot masa MAP tu. dibantu lak oleh doman yang asyik kena bahan ngan aku. haha. tapi sumpah aku tak tahu aku boleh melawak depan orang. gila lah! haha.

kepada group aku group 26, korang memang best dan sempoi. aku suka tengok korang senyum. manis-manis semuanya. rasa macam adik-beradik sungguh. dahla aku tak ada adik. korang la adik aku. haha. sorry sekali lagi sebab jarang jumpa korang okay? tapi korang kuat kan. takyah lah manja sangat. ;p

LOs

group 26 :)

Monday, March 16, 2009

bolasepak di mrsm kuching

bolasepak di mrsm cam makin pupus.. especially among upper formers.. they often play rugby instead of men bola.. yg main bola ada p ckit la.. this situation kadang2 menyedihkan aku n menimbulkan kekesalan terhadap perpindahan aku ke mrsm but of course i will never leave this school before the time i must leave it laa..
kadang2 meluat+bencik to see ma frens playing rugby but when i joined them play, bezla pulak.. haha.. tapi bez men rugby masih x dapat lawan bez men bola.. d passion is absolutely different tauk x.. men bola jauh lbih layan.. haha..
tapi okla sebab bola masih hidup dalam kalangan lower formers.. terpaksa la aku layan jak main ngan mereka2 yg kecil2 ya.. tp lincah la.. hoho.. kadang2 knak ayam juak.. hahaha.. k la.. byk g nak cta pasal bola but enough 4 this post lah.. tata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...