About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

mak

Waktu sembang2 dengan family members, kitorang sembang la pasal bazaar Ramadhan kat betong ni yang tak berapa menyelerakan. makanan yang dijual
  • biasa2 sahaja. tak ada yang special macam hari biasa
  • tak sedap
  • orang yang jual mkanan pun tak banyak, agak2 dalam 20 gerai je.
  • tu je la kot. hua2
so, haritu aku komplen la kat mak. aku kata tak ada ayam percik. memang mengidam ni bai. kalau terkenang mesti terlioq sampai basah. haha

tiba-tiba hari ni mak masak ayam percik. this happened beyond my expectations! semua benda mak aku boleh masak beb. memang aku meremang bulu roma la bila tengok ayam percik sedang menggelegak kepanasan dalam kuali tadi.

waktu berbuka tadi aku bantai ayam je. until now the taste of the ayam percik still lingers on my tastebud. 
see you again ayam percik. lepas taraweh ok?? =D


look ak that! 

tq mak. nang pande mak masak. sayang mak eh! :)


Thursday, August 11, 2011

Rahmat Ramadhan, rezeki.

Alhamdulillah. segala pujian hanya untuk Allah. Yang memberikan rezeki tidak henti-henti kepada hamba-Nya. terima kasih YA Allah...

Sepanjang Julai, aku dah dikurniakan nikmat bersenang-lenang melancong ke sana ke mari di bumi semenanjung malaysia. Walaupun tak da tujuan yang benar-benar berfaedah selain dari melawat keluarga di tanah sana. apa yang paling aku bersyukur sangat sebab tiada kesulitan yang aku dapat dalam tempoh tu. Segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah Ya Allah..

baru seminggu aku memanaskan sofa di rumah setelah pulang, satu panggilan telefon yang menawarkan aku menjadi guru ganti sebuah sekolah menengah di tempat aku ini memang tidak aku tolak. lantas mulut mengiyakan tawaran itu.

Semua ini adalah rezeki. Aku patut lebih bersyukur dengan semua ini. menjadi seorang guru walaupun hanya sepurnama, aku tetap merasa bahagia dapat mencedok sedikit pengalaman. 

Yang benar, 
Hati yang bersyukur. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...