About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.
Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

I Love My Mom

Mak adalah orang yang paling sayang dekat aku, kaklong, kak ida, bang an and bangri. 

Mak dah bawak aku dalam perut dia plus minus 9 bulan; 19 tahun yang dulu. Mak adalah orang pertama yang memberi sentuhan fizikal dan mental kat aku. 

melalui rahimnya.

Rahim itu.

Rahim itu akan dibuang terus dari badan mak hari ni. Yang pada pemikiran aku adalah sesuatu yang kejam. Tapi benda tu harus dibedah dan dibuang sebelum ia terus memudaratkan mak. 

secara biologikal, bagi aku aku berasal dari tempat tu.

aku rasa sebak. bila teringat balik waktu SPM dulu mak pernah masuk wad tapi satu family taknak bagitau aku sebab takut aku tak boleh fokus. Aku rasa sedih tapi diaorang buat semua tu untuk aku. aku faham. tapi aku tetap sedih. aku hanya tahu bila tahun ni masa cuti penyakit mak(ketumbuhan rahim) tu datang balik masa aku cuti panjang tu dulu.. 

kalau mak korang masih sihat, Alhamdulillah. jaga mak korang betul-betul. jangan abaikan mak. jangan sakitkan hati mak. jangan tinggikan suara dekat mak.

“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.” (an-Nisaa: 36)

doakan Mak akan sihat, bahgia dan panjang umur. :)

Saturday, August 13, 2011

mak

Waktu sembang2 dengan family members, kitorang sembang la pasal bazaar Ramadhan kat betong ni yang tak berapa menyelerakan. makanan yang dijual
  • biasa2 sahaja. tak ada yang special macam hari biasa
  • tak sedap
  • orang yang jual mkanan pun tak banyak, agak2 dalam 20 gerai je.
  • tu je la kot. hua2
so, haritu aku komplen la kat mak. aku kata tak ada ayam percik. memang mengidam ni bai. kalau terkenang mesti terlioq sampai basah. haha

tiba-tiba hari ni mak masak ayam percik. this happened beyond my expectations! semua benda mak aku boleh masak beb. memang aku meremang bulu roma la bila tengok ayam percik sedang menggelegak kepanasan dalam kuali tadi.

waktu berbuka tadi aku bantai ayam je. until now the taste of the ayam percik still lingers on my tastebud. 
see you again ayam percik. lepas taraweh ok?? =D


look ak that! 

tq mak. nang pande mak masak. sayang mak eh! :)


Wednesday, March 2, 2011

aku tak boleh derma darah. :(

tadi tergerak jugak hati aku nak pergi ke kampus barat nun. nak derma darah kat sana. diorang buat kempen. aku pun nak juga tahu apa jenis darah aku sebab aku belum tahu lagi darah jenis apa ntah kat dalam badan ni. tapi before aku pegi, aku tanya mak. mak aku kata jangan. so, muktamad. kalau mak aku dah bagi keputusan, aku takkan bantah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...