About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Thursday, August 11, 2011

Rahmat Ramadhan, rezeki.

Alhamdulillah. segala pujian hanya untuk Allah. Yang memberikan rezeki tidak henti-henti kepada hamba-Nya. terima kasih YA Allah...

Sepanjang Julai, aku dah dikurniakan nikmat bersenang-lenang melancong ke sana ke mari di bumi semenanjung malaysia. Walaupun tak da tujuan yang benar-benar berfaedah selain dari melawat keluarga di tanah sana. apa yang paling aku bersyukur sangat sebab tiada kesulitan yang aku dapat dalam tempoh tu. Segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah Ya Allah..

baru seminggu aku memanaskan sofa di rumah setelah pulang, satu panggilan telefon yang menawarkan aku menjadi guru ganti sebuah sekolah menengah di tempat aku ini memang tidak aku tolak. lantas mulut mengiyakan tawaran itu.

Semua ini adalah rezeki. Aku patut lebih bersyukur dengan semua ini. menjadi seorang guru walaupun hanya sepurnama, aku tetap merasa bahagia dapat mencedok sedikit pengalaman. 

Yang benar, 
Hati yang bersyukur. :)

1 comment:

ain hazirah said...

go cikgu abby ! :)

alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...