About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, July 8, 2011

Malaysia vs Arsenal; dream coms true.

dari tadi dah try reload page facebook dengan tweetdeck. tapi masih slow. so aku try bukak youtube. surprisingly, buffer sepantas kilat! dan juga blog. okay je.

kesimpulan spontan, gov kasi slow server fb n twitter kat malaysia KOT. ada KOT di situ. jangan buat2 tak nampak. pasal esok hari perhimpunan bersih tu kan. maybe gov taknak rakyat kecoh kat laman sesawang. bagi aku yang neutral, gov tampak lebih provokasi dalam hal ni. dah malas nak cerita masalah orang tua. maslah yang depa buat sendiri.

tadi petang, main bola. main kali terakhir sebelum 2 bulan cuti. sebab esok aku nak pegi ke tanah semenanjung Malaysia. agak lama mungkin. 3 minggu. sebelum ramadhan bermula, insha Allah aku dah ada kat Sarawak. berpuasa bersama keluarga. bahagia. so, memang tak da chance dah nak main bola kat kampung. makanya, sampai sarawak je terus puasa. takkan nak main bola waktu puasa, kurus kering aku nanti. sedih do. sebab padang kat tempat aku sedap gila. takpa, next holiday baby!

seminggu di KL, seminggu di Newcastle(KB), seminggu di terengganu. justeru, aku mungkin tak berdaya nak update blog. sebab aku tak tau lagi kat destinasi aku ada wifi atau tak. aku tak da broadband. terbiasa dengan wifi. dibesarkan dengan wifi. HAHA.

benda paling aku tak sabar adalah tengok match Harimau Malaya lawan Arsenal. aku kalau boleh nak join ultra malaya tu. nak chant pecah tekak dengan diorang. lepas tu nak tengok jugak perbezaan permainan orang Malaysia dengan pemain eropah. tak pernah lagi depan mata. aku nak tengok! nak tengok! tak sabar doh. entah macam mana la fitness player arsenal. dahla walcott dengan arshavin lari laju. kena tinggal jugak la player malaysia nanti.haha. tapi kalau Malaysia boleh seri, aku dah cukup bangga dah.

esok dah nak ke kuching. macam biasa, standard aku, belom packing. demmit. kla, kalau aku ada masa, aku update blog k. jaga diri elok2 blog..

p/s I miss Suhaida..

1 comment:

beliajb said...

peh jealous uhh!!dpt gak tgk pemain arsenal dpn mata...kim salam kt SAMIR NASRI ea..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...