About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, July 2, 2011

26 minggu,

26 minggu sudah pergi begitu sahaja,
26 minggu pergi meninggalkan kita tanpa kembali,

26 minggu yang lainnya menunggu kita,
26 minggu yang bagi kita panjang padahal tidak,

apakah kita sudah sangat cemerlang dalam menggunakan masa?

"demi masa. sesungguhnya manusia kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." 

Thursday, June 30, 2011

pecah laju!


Asalamualaikum!

Cuti aku macam tak ada lah bosan sangat pun. Tapi rasa macam tak terurus pulak. Kadang-kadang bangun awal, kadang-kadang bangun lewat. dan aku memang benci gila kat diri aku kalau bangun lewat. kalau bangun lewat, tak boleh lah nak breakfast kenyang-kenyang. nanti orang dah lunch makan nasik sedap2, aku masih kenyang. tu yang tak best.

sebab tu aku try disiplinkan diri nak bangun pukol 8. hehe. apa barang bangun kol 12. tumbuh jerawat ada la kot. kalau aku bangun kol8, aku boleh masak mi segera ke, masak sandwich telor ke. perhh! layan beb.


kalau nak bangun terus waktu subuh tu memang payah lah. aku bangun memang nak semayang je lepas tu terus menyembamkan balik muka kat atas bantal yang empuk lagi pejal. sedap sungguh rasanya. haha.
 
lepas balik dari kuching hari tu pun aku tak main bola lagi. tak nak lah bakar lemak dulu. misi 60 kg aku mesti tercapai! :D




Wednesday, June 22, 2011

fixie

  
sekarang ramai budak-budak main fixie. tapi kat tempat aku takdak lagi kot. tak pernah nampak lagi.


bagi yang tak tau apa itu fixie, fixie tu basikal lah. ada ke aku tunjuk gamba lain? semua gamba basikal la kan? haha. fixie ni berasal dari perkataan "fixed-gear bicycle". kalau aku kecik2 dulu main basikal, kitorang panggil 'basikal gear mati.' 



apa yang unik pasal fixie ni, kalau basikal ni jalan, pedal dia akan terus rotate mengikut pergerakan tayar. maknanya, kita tak boleh kayuh pedal ke belakang dengan free. kalau kita mengayuh ke belakang, ia akan menyebabkan basikal menjadi perlahan. dan mengayuh ke belakang merupakan salah satu cara untuk membrek fixie. jarang orang pakai fixie ada brek tangan. aku pun tak faham kenapa tapi mungkin sebab nak stail kot. tapi memang bahaya la kan kalau tak ada brek. sebab tu orang perempuan main fixie selalu jatuh. sebab tak ada brek dan depa tak reti nak brek. lalala~



gamba kat atas ni merupakan cara kedua membrek fixie. entah, aku pun tak reti kot. sebab aku tak pernah cuba lagi. :p tapi basically, kaki yang kat belakang tu akan bagi resistance la kat tayar belakang tu. manual dan mekanikal bukan?




 sebenarnya, apa2 basikal pun boleh dipanggil fixie as long as asalkan dia pakai fixed-gear. cuma trend sekarang la pakai fixie dengan body basikal yang lawa dan berwarna-warni macam ni.






kalau kat Malaysia ni, kat main cities ada la fixie lawa macam dalam gambar kat atas tu. lagi-lagi anak orang kaya. sebab hari tu aku pegi mekdi kat kuching waktu malam, aku nampak la beberapa helai fixie yang lawa park depan mekdi tu. owners die pulak dudok lepak2 kat meja kat lua tuh tunjuk muka bangga. huh! belagak. sebenanya aku jeles. okay. loser kan aku. kawan aku cakap tu member dia. anak orang berada jugak la. takpa2. rezeki depa. alhamdulillah.. hehe

nanti kalau aku ada duit, nak angkat satu la fixie warna ungu. boleh pegi kuliah naik basikal. kan bagus. selain dapat menyihatkan badan, boleh jugak menjayakan prinsip mesra alam. kan? okay, kalau entri ni tak betul, tak cukup, ataupun korang tak puas hati ke ape jom la gaduh. haha. takdela. komen kat bawah, terimekaseh. :)


*mekdi=Mc Donalds

Tuesday, June 21, 2011

cita-cita sampingan

dulu sebelum cuti, aku ada pasang niat tau. 

"kalau aku balik rumah ni, aku nak belajar masak dengan mak.."

okay. aku memang suka memasak. tapi sejak masuk sekolah asrama, hilang pulak skill aku. nak masak nasik goreng pun aku dah lupa. kalau zaman kegemilangan aku dulu, aku la yang masak nasik goreng untk family aku malam2.hahaha. ko bayangkan la budak laki form2 form3 boleh masak untuk family dia. haha. 

tapi tak la sehebat mana pun. just okay2 la kan untuk umur aku masa tu.

lepas habis spm, aku hairan pulak kenapa aku boleh hilang minat nak memasak. in fact, aku lebih suka tengok orang kat dalam tv memasak. robert reinford, anna olson, jamie oliver. 

mak aii.. bukan main sedap lagi diorang masak. (nampak sedap, entah rasa dia sedap ke tak kan?)

impian gua nak masak lasagna beb!
arggghhhh,,, aku laporrrr.. I wish I know how to cook everything.

Monday, June 20, 2011

Kejohanan Futsal Pelajar UNIMAS 2011: A-team vs Ben10 FC



Alhamdulillah. ada jugak masa aku nak tulih. aku ni malas nak buat intro so we straight forward la kayh.

ketakutan kami terhadap sistem kalah mati sedikit sangat menolong doh. ye lah, sapa nak kalah kan? so, setiap match yang dihadapi kitorang main mati-matian tapi tak la sampai mati. haha. 

unfortunately, 1st match lagi dah jumpa team ben-10, team asasi jugak. nak tak nak kena jugak lawan doe. tapi macam salah aku je sebab terpaksa lawan diorang awal2.
kenapa?

masa cabut undi tu, team diorang tak hantar wakil. so, waktu cabut undi team diorang, aku wakil la tolong cabutkan. malang sekali! masa aku bukak kertas undi tu, diorang dapat match nombor  1. lawan team aku! argghhh..

aku rasa bersalah sangat2 sampai sekarang sebab team diorang power dan boleh pegi jauh. tapi macam aku cakap tadi, ni kalah mati. so, salah satu terpaksa keluar kalau kalah. kalau ada dari ben-10 yang baca ni, aku mintak maaf okay. ni semua salah tangan aku yang mencabut undi.. huk huk huk.. :(

A-team:hitam, ben10:biru





bagi aku secara personal, match ni la paling tough sebab agak susah nak lawan kawan sendiri.tu sendiri faham la.

After all, I think A-Team menang 1st match by chance. thanks for the memorable game, ben 10! 

to be continued..

untuk mengenali players, sila klik a-team

superb7

asalamualaikum.

tadi tengah bosan2 yang agak over, overhauled, aku pegi la bukak gamba yang ada dalam laptop aku. bila bukak folder yang aku bagi nama "gambar2 klmj", memang senyum gak la aku. gambar2 kenangan dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, mrsm, sampailah asasi.

tapi post ni aku nak cerita sikit pasal satu gambar. gambar group aku masa Minggu Aluan Pelajar 2010 Asasi UNIMAS. hehe. memang goosebumps jugak la tengok gambar ni. rasa macam tak percaya lak aku dah abis asasi. lagi2 minggu lepas aku baru habis jadi Liaison Officer (LO) untuk 2nd batch. aku dulu 1st batch. memang cepat gila masa berlalu kan? sumpah laju!


superb7
haha. ni lah group aku dulu. paling best sebab group aku menang cheers/yell terbaik masa tu. lepas tu group kitorang dapat kumpulan terbaik keseluruhan. tepuk2!

clap3! hahaha

okay. ketua goup ni dulu adalah Haris Sharim. memang layak jadi ketualah sebab lepastu dia jadi presiden Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPPU) Unimas yang pertama. perhh.. terbaaaa la ko haris.

tapi kan, bila aku tengok gambar ni, aku rasa bersalah pulak sebab ahli perempuan dalam ni aku tak ingat nama. haha. mungkin sebab seminggu tu tak cukup untuk kenal. lagipun aku tak bercakap sangat dengan perempuan. I pemalu kan. :p tapi taklah semua aku tak ingat. sorang dua je. hee..

member paling best, kelakar dan gila dalam group tak ada dalam gambar ni. nama dia azuan roslan. entah la dia pi mana. cari awek kot. dia hotsetap. hahahaha.

tapi banyak kan cerita kat dalam dunia ni yang boleh kita ceritakan. dari satu gambar, macam2 kita boleh ingat. :)

"ikan kekek mak iloi iloi.. ikan gelama mak ilai ilai.. superb seven lagaknya amboi.. kumpulan lain terkulai-kulai..
CUAK CUAK CUAK! 
SIK CUAK! SIK CUAK!
TAKUT TAKUT TAKUT!
SIK TAKUT! SIK TAKUT!
SEMPEK SEMPEK SEMPEK!
SIK SEMPEK! SIK SEMPEK!
SUPEEEEEEERRRRRRRRRBBBBB SEVENNNNN!!" -SUPERB SEVEN.

Sunday, June 19, 2011

hidup ini dipalat

kadang-kadang aku memang rasa disabotaj kat sini. DUA KALI SUDAH! okay, dulu aku diajak oleh seorang budak ni untuk masuk team futsal dia. aku terima je lah. bila ada team lain ajak aku. aku tolak la tawaran team lain tu. 

lepas tu, team yang awal-awal ambik aku tu cakap team dah penuh dan aku tak boleh main. ok, sekarang aku takda team nak main. team yang  tadi pulak dah cukup orang dan tak memerlukan aku dah. jadi, aku tak ada team dan tak dapat main tournament. 


kecewa.

itu kali pertama dan aku take it positive. lagipun aku jarang ada kat kampung jadi aku faham kedudukan aku. siapalah aku kan?

unf*cktunately, benda tu jadi sekali lagi. keadaan yang sama. situasi yang sama. aku tak expect dia akan cakap sekali lagi kat aku macam tu. 

"sori, cikgu **** kata team dah cukup. kau takleh main, sorry. " 

cop cop! cikgu?

baiklah. 2 tahun lepas masa aku belom sambong study, aku ada lawan team under cikgu tu. masa match tu, dipendekkan cerita, diorang main kasar gila sampai kaki aku patah! cikgu tu pulak, boleh senyum sinis tengok aku jalan terhincut-hincut depan dia. tak ada pulak dia nak tunjuk muka kesian kat aku. at least la kan?

rupa-rupanya cikgu tu antara orang yang tak suka ayah aku pegang jawatan kat kampung ni. Astaghfirullahalazim. tipikal jenis manusia ni. sebijik macam dalam drama. sampai aku kena tempias dia.

aku tak ambik port sangat hal orang tua ni. sebab tu tahun ni aku tak kisah nak main dengan team dia. tapi bila tengok nama aku, terus dia reject. budak lain yang tak terer nak pulak dia ambik(jujur).

aku bukan nak puji diri sendiri. tapi aku nak show so korang boleh nampak. kalau main kat kampung ni, memang aku lah yang selalu sumbat gol. hari-hari muka aku je la. tapi, aku ada instinct yang tinggi bahwa budak2 tak nak aku menonjol dari diorang. what a life!
 salam dari kpg.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...