About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, December 18, 2010

jersi baru malaysia bawa tuah

post aku dulu ada sentoh pasal jersi baru malaysia ni yang aku expect akan dipakai waktu sukan asia guangzhou. tapi diorang still pakai jersi lama untuk tournanment tu. soi doe. kalah awal. 2nd round.

tapi piala aff suzuki ni baru la skuad negara betol-betol menyarung jersi baru tu dan ternyata agak bertuah. skuad negara baru sahaja membuktikan bahwa pingat emas sukan sea beberapa tahun lepas di laos bukan lah nasib semata-mata apabila MALAYSIA merjaya menjinakkan skuad vietnam pada first leg di bukit jalil. vietnam tu juara bertahan piala suzuki tu. bukan senang nak menang okay. pujian keada wira-wira negara! semoga berjaya ke final!

Wednesday, December 8, 2010

meraikan follower ke 50.

welcome Afif Ashfia.
buuuuuuuuuuuuu

Tuesday, December 7, 2010

penghijrahan versi aku

semester 2 ini akan memerlukan perubahan drastik yang gila tahap langit ke tujoh! disebabkan pointer yang sangat memalukan yang aku dapat waktu sem 1, aku nak dapat 4 flat sem 2 ni. oh yeah.. 4 flat baby! aku tahu aku berangan je lebih tapi aku pun nak dapat tinggi macam korang. aku tak genius macam korang. belajar sikit je dah boleh skor. ni bukan marah tapi pujian dalam kecemburuan. haha. tak salah cemburu sebab pelajaran, cikgu aku cakap. jangan salahkan aku okay. haha

aku memang bukan jenis kebanyakan orang kot. aku jenis yang perlu usaha lebih sikit baru boleh setanding dengan engkau. engkau tu hebat. tapi harap kau tak megah dan bangga sebab tu semua kelebihan tuhan bagi. macam aku, tuhan tak bagi aku genius macam engkau tapi dia bagi aku banyak kelebihan lain. dia bagi aku bakat dalam sukan. lepas tu aku boleh main alat muzik dengan cepat macam gitar ngan dram. kau ada? takda kan? jadi kau kena ingat yang kita ni sama rata. jangan bangga. jangan. 

garis panduan untuk aku.

  • setiap malam aku mesti revise balik apa yang lecturer ajar waktu kuliah waktu siang. baru la melekat kat dalam. dulu aku buat cara lain. hari ni kuliah, malam nak exam baru revise. ko gilo apo? aku tak rase satu bende pun masuk dalam kepala ni. (sikpa lah orang nak madah aku gai nak, janji aku dapat 4 flat ya) haha
  • aku mesti buat latihan, tutorial and anything yang boleh membantu. sem lepas aku maen baca je. sangat tidak berkesan. tak cukup kalau setakat buat input tapi takdak output. macam zaman spm tu, cikgu bagi ko handout selepuk nah ambik ko! sampai ko dah boleh jawap sambil makan burger kot. haa.. bagi aku latihan menjawab soalan memang penting nak kasi aku biasa dengan soalan yang akan keluar waktu exam. aku kan slow learner! haha..
  • aku mesti konsisten buat benda-benda ni. kalau hangat-hangat taik ayam je, pegi jadi kuli lagi baik la.. dapat gak duit. haha. 
wish me luck friends. muah!

Sunday, December 5, 2010

kenapa girls post pasal spongebob, squidward ngan patrick?

can anyone tell me about this thing? huhu.. curios do.

Friday, November 19, 2010

FAILED.

aku dah gagal.
aku terpaksa pulang awal.
aku hampa.
rasa sakit. sangat sakit.

Monday, November 15, 2010

sekali imbas macam muka aku kan?

ini adalah post perasan yang ditulis ketika berkipas mengeringkan peluh selepas bermain bola. haha. petang tadi lepas tengok Malaysia vs Iran, aku bersemangat to dash to the field to burst the ball. berkobar-kobar dan kobar. huh. memang melampau. 

semangat yang aku dapat waktu tengok cristiano ronaldo dalam tv hari tu pun masih lagi jadi catalyst aku. haha.. tak habis-habis. jadi waktu aku sampai ke padang tu tanpa buang masa, kitaorang terus main. sangat enjoy. sampai lah satu moment tu aku dapat bola kat tengah padang dan ilham untuk merembat seperti mesut ozil( dalam gambar) tiba-tiba datang. perh, main bola pun ada ilham. melihat ke pintu gol lalu melepaskan rembatan! burssssttt!!! rembatan kaki kanan aku kembali bisa dan menerjah tinggi ke dalam pintu gol.! wuhoooooo!! hahaha. macam bodo je post ni.

itu saja lah saat-saat kemilangan yang aku ingat untuk hari ni. nak maghrib. ciao.

ada macam aku tak? macam ni la ilham aku dapat tadi. haha

sila klik mesut ozil.(20 saat je)

Thursday, November 11, 2010

pemain bola sepak MU yang tersesat kat ipta.

MUET. aku sangat la tak ready(wah, english word!) nak amik muet. Aku bukan nak bagi alasan tapi takdak semangat weh. mana entah pegi semangat aku. aku rasa sekarang ni aku semangat nak push up ngan sit up je tiap2 hari kot. wakakaka. serius do. aku sangat desperate nak ada badan yang tough macam cristiano ronaldo. tv punya pasal la. aku saja2 nak tengok tv kan sebelum lunch sambil tunggu ayah aku balik dari sekolah. boleh pulak tv tu tunjuk cristiano ronaldo ni menggelecek ke kotak penalti lalu meledakkan rembatan kai kanan nya dan goll!! wuyoo.. dengan gampangnya TV itu telah memotivate aku untuk workout badan aku ni. aku pernah dapat banyak gelaran la macam... ehh, asal aku cita lain lak ni. aiyoo.. tengok. nampak sangat aku tak fokus kat MUET. takpa. nanti aku nak post jugak pasal perjalanan hidupku menjadi tough. wakakaka.

masalah pulak buku muet aku tinggal kat kolej seroja tercinta. macam mana aku nak blaja? ha? balaja kat internet. cis. banyak la. aku tengok yang kat internet ni tak sama pun macam penceramah hari tu ajar. tu yang aku takut aku muet bawak mazhab lain. nanti dapat result band 100. haa. macam mana tu. tak salah aku ada band 1-6 je kot. aku tak tahu dan aku malas nak tahu. nah. amik ko. typical malay betol la aku ni. pemalas. kakaka. tapi aku nak berubah jadi rajin. hmm. semester 2 nanti lah. (satu lagi tipikal melayu). haisshh. kenapa la banyak sangat setan menghasut aku ni. mungkin sebab aku suka sangat pakai baju MU kot. ada lambang red devil. haa. terpaksa la aku bakar semua jersi MU ku nanti. cis. nak kasi orang pinjam pun aku lokek. nak bakar? gigit lidah aku dulu sampai putus. adeh! adeh! sakit nye!. tapi kan, aku ada bagi kat manusia tercinta dua bilah baju MU. ha. dua bilah. sapa aja ko simpulan bahasa 2 bilah? eh, simpulan bahasa ke penjodoh bilangan? haha. bes lak lagu shahir ni (now playing) . mentang-mentang masuk ajl. nak menyemak lak kat playlist aku. haha. eh, aku bagi kat si dia 2 helai baju MU. satu biru dan satu merah. baik tak aku? abang aku lagi kelaka. hadiah birthday ex dia dulu kan, dia bagi jersi MU. hahaha. aku tak. aku bagi kat si dia untuk penghargaan sahaja. kerana telah sabar dengan aku yang tak layan sms dia setiap kali match MU. boo. tipikal lelaki malaysia. tengok bola je terus mengabaikan awek. tapi aku tak. tadi aku acah je kot. haha.

okay. esok aku gerak ke kuching. kalau sempat, nak jugak jumpa kawan. paling penting, mestila nak tengok si dia tercinta. wahh. rindunya nak tengok muka comel budak tu. tapi paling penting aku nak singgah unimas dulu ambik slip MUET  dan buku ACE muet yang sengaja ditinggal di asrama. haha. malam aku nak tibai satu buku tu. insha Allah. beberapa hari ni aku asyik doa je nak mintak dapat jawab exam muet dengan mudah tapi usaha takda, tak boleh jalan kan. tapi, usaha last minute pun kira usaha jugak. (typical malaysian student). semua benda nak buat last minute. tapi antara usaha dengan doa, aku lebih percaya kepada doa. kenapa? cuba sendiri. wallahu alam.



                                       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...