About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Sunday, August 22, 2010

oh kampong!



aku tak boleh nak duduk diam. aku tak tahan jadi orang yang pasif dan tak buat apa-apa kerja. tapi sekarang ni bulan puasa jadi aktiviti kebiasaan aku iaitu futsal/bola sepak tak dapat nak jalan sangat. bukan la aku nak jadikan alasan berpuasa terus tak boleh nak buat kerja tu semua tapi aku takut sangat aku dah tak jadi orang dah nanti. jadi tengkorak pulak. aku dahla kurus, kalau waktu puasa pun nak bersukan, makin kurus la aku.. taknak aku. nanti orang takut tengok aku. lagipun lepas puasa kan raya. mesti la semua orang nak nampak segak kan. why not i take this chance to light up my skin. hehe.. how i want to be more good looking than my brothers though. some of my friends always said that my brother Farhan and Fakhri are more good-looking than me. I don't know if that is a facts or they just want to make my motivation down. ahha.. kidding. I know i am not handsome. that is a true confession okay. :p but my sayang always told me that i am 'macho' by the way i look.. ayayayaya.. :D okay. i know i have to stop making writing compliments about myself. i know! i know! haha..

hmm.. but people ALWAYS told me to build some fats or if can, go to gym or eat some weight-gain product, vitamin A-Z, bla3.. maybe they imagine me to be a person that have more protein. i hope that i have actually. but, how ah.. until now i failed to gain 10 kilos. (now i am 53/54 for you to believe it or not by the way i look..)



cannot wait for Hari Raya holiday where i want to bite and swallow and gulp all the food at home.. usually cooked by mom, sis ida, sis zana, nekwan.. huhu...



do comment for any tips in gaining protein.. :p

Friday, August 13, 2010

Ramadhan menyapa kita.



Kadang dan kadang aku akui aku ada mempersoalkan kelebihan yang dimiliki oleh sang Ramadhan.

(Aku lebih suka menganggap Ia sebagai julat masa yang tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain. Tak logik lah bila kita tak makan tapi badan jadi sehat. PELIK! tipu! aaaahhhh!! mengarut lahhh...)





itu aku punya monolog pada tiap-tiap hari sebelum masuk 1 ramadhan. tapi bisikan macam itu tak bertapa dalam hati. ia silih berganti dengan kegembiraan hatiku menyambut bulan yang penuh keberkatan ni. bila takbir tarawih( aku pilih taraweh sebab kita taraweh dulu baru puasa) yang pertama diangkat aku mesti sebak dengan sendirinya. agama allah ini punya sejuta lemon hikmahnya. malahan tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata.. mungkin boleh..

bayangkan kau sedang minum air kosong waktu kau kehausan, lepas tu aku tanya kau, macam mana rasa air tu?? mesti kau kata sedap kan?? tapi rasa dia macam mana?? mesti susah nak cakap..
macam tu la rasa nikmatnya menyambut ramadhan. setiap kali itu juga prasangka buruk yang aku taip seperti di atas tadi terus hilang. ini menambahkan kepercayaan aku terhadap agama Allah ini. Dikatakan bahawa syaitan itu dirantai apabila masuk bulan Ramadhan. kau sendiri mesti faham apa saya rasa kan kan kan? tak perlu aku ulas lagi. kau setuju atau tak, terpulang pada keimanan masing-masing. tapi pandangan aku sangat jelas dan indah bila memandang Ramadhan. Aku turut perasan kalau masuk bulan puasa ni, semua masalah yang kita hadapi senang sangat nak settle. bagi aku, masalah aku macam dibantu satu kuasa pulak.hehehe.. Itu Allah la yang tolong. mana ada kuasa lain yang boleh tolong kita kan? MEMANG TAK ADA!
apa-apa pun, aku menulis dari hati aku sahaja. kalau salah, betulkan aku. aku bukan orang alim ulama. tapi aku juga manusia. yang biasa.

semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya.

semoga kita berkesempatan menemui Ramadhan yang akan datang. Insya
Allah
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!. :)

Saturday, July 31, 2010

hari ini.

bangun kul 6.
solat.
tido.
bangun 8.30.
timbalan dekan attack dorm! (mental kene hentam dow, terus pergi sukaneka)
~sukaneka~
balik!
tido!
zzzz..smpai kol 4 ptg..

bes kan cerite aku.. sume kawan aku dah cerite.. rajin2 la mengusya blog mereka kat tepi tuh.. haha

chemistry mode.

Monday, July 26, 2010

dan saya makin bodoh kot.

aku buka pintu dewan kuliah asasi itu untuk kelas Mr phang dan mendapati dia sedang sibuk mengembalikan kertas test mathematics minggu lepas. waktu aku lalu sebelah dia aku perasan markah kertas yang dia bagi semuanya tinggi-tinggi. aku duduk terus kat tempat duduk aku menunggu nama aku disebut.

aku duduk..

duduk..

tunggu..

aku intai markah kawan aku.. perghh.. semua macam terer gila.. tapi aku masih tak dipanggil lagi..
paling aku kecewa bila sahabat aku yang tak belajar kebanyakannya dipanggil lebih awal dari aku..
kecewa yang pertama telah tiba..

makin banyak nama disebut dan aku lihat kertas yang dipegang mr p semakin menipis. dan tidak semena-mena mr p menyebut;
"starting from here...''
kami semua faham bahawa nama yang akan disebut selepas itu adalah pelajar yang gagal dalam ujian itu.
kecewa yang kedua telah tiba..

beberapa nama mula disebut sehinggalah nama aku menjadi giliran. mr p mencari2 tuan empunya nama itu dan aku perasan mukanya terkejut dan dia menggeleng kepala. mungkin tidak percaya. mungkin sudah mengagak. aku tidak tahu.. markah aku memang teruk habis.. aku terdiam uuntuk beberapa minit sambil tangan menyalin laju jawapan2 soalan yang diberikan....

-sigh-

si dia ni.. adoai..

dah masuk 3 kali aku membaca salah satu example yang tertulis kat dalam buku physics aku tapi tak dapat gak. bukan aku tak faham cuma aku rasa macam otak aku nak tak nak je belajar. niat dan semangat dah ada. banyak ni. tapi memang tak boleh. tak tahu kenapa.
mungkin mind set tak betul kot. sepatutnya aku nak study sambil mesej dengan si dia malam nih. tapi tak boleh sebab hp si dia tu masuk air petang tadi. hujan kan. terus rosak! adoh2.. si dia memang macam budak kecik. hari tu mak dia bagi hp mahal gila kat si dia tapi belum hilang lagi bau kedai hp kat hp tu, dah kena rampas ngan warden cikgu aisyah yang comel dari segi saiz nya. cikgu tu baik sebenarnya tapi dah tanggungjawab dia kena gak ambik hp si dia. warghh.. si dia2..
lepas tu, si di keluar dengan kwan2 sambut birthday sweet 16 nya yang jatuh pada 6 jun. dekat riverside. entah kenapa instinct aku nak pegi ambush dia kuat sangat. bukan la ambush tak diundang, aku cakap la kat dia aku nak pegi jumpa dia. tak pasal2, aku paksa nas keluar masa tu. niat asal nas nak study tapi aku nak gak pegi. hahah. tapi cik adik kepada nas pun ada jugak masa tu. kena sangat la. masa tengah bawak moto nas tu dengan kelajuan yang tak layak dipanggil kelajuan, sebab moto nas baru lagi, tengah running. tak boleh bawak laju tau.. aku pun tak tahu kenapa. haha.. panjang giler repekan.. datang satu meses.. meses itu berbunyi begini.. tit2, tit2.. hahaha
hp si dia hilang dalam hall cinema.. adoai! dahla waktu birthday. aku belum puas lagi menikmati call free bersama si dia2 tiap2 malam.. baru 3 malam yang indah dinikmati.. haa.. tu lah, sembang sampai x ingat subuh.. huhu.. hilang macam tu je. aku siap bawak nizam (si giant) yang ak terjumpa kat depan mcd tu pegi tanya pekerja kat wayang tu tapi tak berhasil.. adoh2.. si dia ni memang buat aku nak jentik je telinga dia. jadi aku pun bagi la pinjam hp aku kat dia..
tapi sekarang, hp aku lak rosak dibuatnya.. hahaha... hp afif ashia menjadi mangsa aku!

Thursday, July 22, 2010

buku yang ada muka tak dapat dibukak



berkali-kali eden torai bukak buku nih.. tapi x berjaya... huhuh..
petang ni ada subjek critical thinking yang bosan 100 %.. wah.. jujur nih.. kalau pensyarah baca blog aku, abeh la.. haha.. macam la pensyarah nak bukak blog budak2..

ada beberapa pesanan dari mak aku yang aku selalu ingat..

-kalau nak belanja untuk makan, jangan lokek dengan diri sendiri.
mungkin sebab mak aku kesian sangat tengok aku kurus sangat kot. dia nak aku makan banyak-banyak-banyak.. haha. semalam kan, aku masuk satu kedai yang jual weight gain. aku pun pantau lah harga barang tuh.. perhh.. mahal gak la.. tapi kalau elaun dah masuk nanti au nak beli kot. aku minum susu tu lepas tu hari-hari aku akan pergi ke gym kat sebelah tu. dapat jugak aku memanfaatkan kemudahan yang dibagi oleh UNIMAS ni.. hehe.. terkejut nanti family aku tengok aku tough balik raya.. waaa...

-kalau duit habis, cepat2 mintak ngan ayah..
hahaha.. ini lah pesanan yang paling aku suka. kalau kawan aku dah kena bebel dengan parents dia kalau mintak duit banyak-banyak.. tapi parents aku tak kesah.. aku bersyukur sangat2 sebab Mereka bagi biasiswa yang lebih pantas tuntas dan banyak daripada JPA.. :p sayang betol kat mak dan ayah!

-jangan amalkan pinjam duit orang. (aku utang ijat yusop rm5) hahaha..

ni memang betul la. banyak sangat keburukan kalau pinjam duit orang ni. kalau dah lupa nak bayar tu, kan dah tambah dosa. kita kan banyak benda yang nak difikirkan jadi kadang2 tu sampai lupa benda2 kecik macamni. paling tak best bila kita terpaksa bayar hutang lepas cocok kat atm.. huhu..

Wednesday, July 21, 2010

kamu semua saya teringat.


roomate: zai


teammate: Asri Casillas,
Asrol Messi,
Apeng Casablanca,
Acad ashikin

classmate:
enn
doman
kuri

same root:apip

bff:
epul
nas

sehari x jumpa x sah:
sam
toyol
aiman
muiz
azuan
qamarul boy2
peruz
afee

bandmate:
din
wanwan
am
haris


ct grup:
faris
irfan
jijan nabil
redzuan

bank:
apek
luq
(2 org yg paling bait abis)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...