pagi tadi panas lepas tu hujan 5 minit. lepas tu panas balik tapi aku masih nampak portion awan yang gelap dan berat. bila-bila masa saja boleh meletuskan air dari atas sana. aku kurang gembira dengan cuaca begini. aku tahu ini bukan kehendak kita tapi aku tetap tak happy. aku dah lebih seminggu tak turun padang. aku nak main kat padang. kat padang tu ada hati aku. kat situ kepuasan aku. macam-macam perasaan aku boleh rasa kat sana. rasa gembira, puas, semangat, bersaing, kejantanan, di situlah adrenalin aku akan memuncak.
aku tak boleh terus duduk diam macam ni menghadap buku dan komputer tanpa bergerak kecuali tangan yang asyik menekan mouse dan keyboard ini. kepasifan ini buat aku rindu kat dia. aku bukan tak nak rindu dia tapi melayan perasaan macam tu memang tak boleh blah der. nanti aku asyik nak pegi melawat dia je. aku tak nak kacau dia lah tahun ni. dah azam aku dah dan aku dah janji kat dia dengan parents dia sekali. aku kena faham dia spm tahun ni.
rm26.90-@speedy, the spring. disember tahun lepas aku beli.. hehe
wahai matahari, kembalilah untuk aku. kau berundinglah baik-baik dengan sang hujan. aku nak kau keringkan padang unimas tu.kalau terus-terusan padang tu basah, macamana aku nak main? satu je caranya. main sorang-sorang. sebab takda orang yang nak main kalau padang becak dan berlumpur. tapi bosan la main sorang-sorang. macam orang gila.
kenapa aku sangat nak main bola?
entah. aku pun tak tahu.
aku dah cuba macam-macam cara nak release stress. semalam aku dah pegi jamming dengan kawan-kawan aku. aku sangat lega. tapi lepas tu aku rasa stress balik. cara lain apatah lagi. main game pun aku dah jelak dah. mungkin sebab aktiviti- tu tak keluaq peloh kot. haisshh
kalau korang masih membaca sampai di sini, sila jawab soalan survey aku , tulis je kat komen.
soalan: mana lagi best? adidas or nike?
salam.
No comments:
Post a Comment