About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, December 28, 2012

tak faham: rebate smartphone

Ramai yang tak faham bila aku kata rebate smartphone dari gomen tu stupid. Ada yang suruh aku bersyukur macamlah aku ni tak bersyukur, ada yang macam nak bela sangat kerajaan. haha.

tak, ini bukan pasal aku tak bersyukur. tapi ini sebab gagal mencari sebab KENAPA HANYA SMARTPHONE YANG BERHARGA RM500 KE BAWAH SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENEBUS REBATE TU? korang boleh tolong jawab?

ok, aku cakap based on apa yang aku dengar masa ucapan PM masa pembentangan bajet haritu: kita mahu rakyat malaysia terutamanya golongan belia tidak ketinggalan dengan menggunakan smartphone. maka kerajaan akan memberi rebate rm200 untuk membantu rakyat membeli smartphone.

ok. itu rephrase. aku tak ingat susunan ayat yang sebenar tapi aku tak ubah pun maksud ucapan dia masa tu.

kita semua tahu sekarang ni smartphone mana ada yang bawah rm500. ya, memang ada tapi mana ada kualiti. smartphone aku yang atas sikit dari rm500 ni pun dah barai gila dengan lagging dan battery tak tahannya lagi. hardware component cepat rosak lah, dan macam2 lagi masalah. inikan pula yang harga bawah rm500. entah2 tak sampai setahun pakai dah rosak. k siapa yang rugi sekarang? mestilah rakyat yang malang!

apa salahnya beli smartphone yang harganya kita sendiri yang pilih. tiada batasan. lagipun, duit yang selebihnya tu kita sendiri yang tambah. bukan kita mintak rebate itu dinaikkan pun. 

dia samalah macam aku nak belanja korang makan nasi. ok, nasi aku belanja, lauk korang bayar sendiri. tapi lauk yang korang beli tu tak boleh lebih dari 50 sen.

dan korang mesti akan kata. "eh, lauk kami sendiri bayar, suka hatilah nak pilih lauk apa!"

 

1 comment:

Anonymous said...

Unquestionably belіеvе thаt ωhіch you saiԁ.

Your favorite justіficatіon seemed to bе оn the intеrnet the еasіest thing to be aωare οf.

Ӏ say to you, I certainly get annoyеd while pеople consіder wοrries that they plаіnly don't know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal. Will likely be back to get more. Thanks

Look at my page payday loans online
My webpage :: payday loans online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...