About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, January 15, 2011

aku pun nak bermuscle.

dulu aku pernah kena reject coach aku untuk wakil sekolah SMK  Datuk Patinggi Udin, Betong, Sarawak, Malaysia kerna menurutnya aku tendang bola tak kuat dan aku pendek sangat. jadi dengan tidak sedar mereka telah membakar panas hati seorang budak ini. maka dengan itu, mulai saat itu ( taklah masa tu jugak, keesokkan harinya lah kot), aku mula meningkatkan kekuatan sepakan aku. dan tinggi. bagaimana? aku tak ingat aku tambah tinggi macamana tapi aku dengan poyonya training sepak bola tak henti-henti sebab tak puas hati coach kata sepakan aku tak cukup kuat. kalau orang dah balik, mesti aku tinggal sorang-orang kat padang sebab aku nak sepak bola kuat-kuat. kesian aku.

dan sekarang orang yang pernah tengok aku sepak bola akan hairan sebab kalau tengok kaki aku, bukan main lagi macam kaki victoria beckham, bukan david beckham okay. kaki aku kurus+puteh melepak sayang tapi aku mengaku aku sepak lebih kuat dari orang-orang yang berkaki macam kuda, muscle berkilat-kilat. moralnya di sini, 
  • coach tu bukan nak kutuk kau, tapi nak bagi motivasi sikit. lagipun masa tu aku kira muda lagi. percaturan mereka berhasil sebab tahun berikutnya aku jadi key-player sekolah; kaki yang macam perempuan tapi sepak power. bluwek! HAHA aset tu. 
  • kekuatan sebenar bukan pada otot-otot yang berketul-ketul tapi dalam hati kau lah sayang!

1 comment:

mohamad afif ashfia said...

sedih.. hahaha. kuat na ktk eh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...