About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, January 26, 2011

memories#1 kid.

How I miss those days when I don't have to study at all and I score the highest mark in exam. Be the king. Snatched the top places of the class from the girls who always think they are smarter than boys. That was history. It happened  back to primary school ages. I wish I could be the same as myself during the past. Damn it stupid.

Monday, January 24, 2011

free it is.

kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni sangat beruntung. fakta yang tak kita sedar sebab kita tamak. kita dapat sikit, nak lebih. pepatah melayu, bagi betis nak paha. tak salah kalau nak maju tapi kalau nampak sangat tak bersyukur, baik ko tak payah idup kan? kalau nak dapat semua yang ditagih nafsu kau, memang tak akan dapat sebab bukan ko sorang je nak senang. Allah MAHA ADIL. Dia sayangkan hamba-Nya. Dia akan bagi semua umat manusia masa untuk merasa kesenangan. walaupun orang itu kaya, ada kapal, gudang, istana, tak semestinya dia gembira. dia ada banyak lagi benda nak dipikiaq. nak fikir pasal anak-anak dia lagi. mana tau anak dia kena culik sebab orang nak mintak wang tebusan. 

aku taknak kaya sangat janji bahgia. :)

Friday, January 21, 2011

aku jatuh cinta.

baru semalam aku tengok kau. terus aku jatuh cinta. tanpa berlengah, aku terus cari kau. aku jumpa kau. aku bawak kau balik. dalam masa sehari je kan. aku akan jaga kau baik-baik. commensalism love between you and me, adidas predator-x. :)

Tuesday, January 18, 2011

mengaji

hari ni dah lapanbelas haribulan satu 2011. serius. aku rasa semester 2 ni macam pendek gila lah.  believe it or not, duapulohlima april ni aku final exam. perghh. cuak sumpah! dahla aku kena dapat result yang betol-betol horsepower untuk semester ni baru la aku layak masuk fakulti kejuruteraan. tapi, 

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, 
demi membalas jasa mak ngan ayah, 
demi merealisasikan harapan kakak-kakak dan abang-abang aku serta abang ipar baru aku, 
aku akan berusaha sunggoh-sunggoh dan fokus gila-gila. 
4 bulan je pon. 4 bulan yang keras. 
lepas tu cuti puas-puas kat rumah!

duapulohtujoh januari ni mathematics test1.

Sunday, January 16, 2011

.aku yang asing.

"wangi kau lalu. wangi bagaikan bunga. kau tak kenali aku yang selalu perhatikanmu.berseri bagaikan bintang, ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang. biarpun aku yang asing, selalu memikirkanmu ku percaya cinta itu memang buta. harap kau sudi mendengar deruan hujan jiwaku melalui lagu ini untukmu."-NOH HUJAN.

baju hujan yang menyerap air? WOW!


aku tak rasa baju ni sesuai untuk dipakai sebagai pelindung waktu kehujanan. sebab kalau pakai kompem basah kuyup. ke kuyop? aku rasa kuyup kot. haha. tapi baju ni tetap baju hujan.. perghh! HUJAN. band yang paling masyuk seumur hidup aku. banyak lagu dia aku dah ada dalam kepala. ni bukan sebarang band. band ni lagi berfaedah dari band omputeh yang ko selalu denga. ini band Malaysia. yang tak kosong. kenapa? akan diutarakan pada post yang akan datang.


okay. balik kepada topik asal. lawa tak baju diorang pakai? sumpah stylo! gila lahh.. arghhh!! *sambill kipas-kipas leher pakai tangan+mata juling ke atas. haha. overr sekali. baju ni la yang aku nak beli. tapi ada jual kat keyel (kl) sahaja. huhu. sapa-sapa yang nak tolong aku beli cakap la kat aku. aku dah ready duit ni. hoho.. please3..


jacket yang merah tu sangat la rare fesyennya. paling penting sekali ia membawa mode KLMJ kat aku. huh? klmj? apa tu? hahaha. ngek. klmj pun sik tauk. klmj ya short form for kenangan lalu mengusik jiwa. haha gai ouh? mena sik? xdalah gai ne. haha. jaket tu sejibik sejibon dengan jaket aku masa kecik dulu. warna taklah. fesyen nya aja yang sama. bayangkan gamba aku kat atas sekali tu pakai jaket merah tu.. perghhh!! masyuk beb! aku nak! aku nak! aku nak!

gua mahu yang merah itu.
merah!

Saturday, January 15, 2011

LONELY soldier boy.


kepuasan kadakngkala perlu dibeli dengan duit!

pagi tadi panas lepas tu hujan 5 minit. lepas tu panas balik tapi aku masih nampak portion awan yang gelap dan berat. bila-bila masa saja boleh meletuskan air dari atas sana. aku kurang gembira dengan cuaca begini. aku tahu ini bukan kehendak kita tapi aku tetap tak happy. aku dah lebih seminggu tak turun padang. aku nak main kat padang. kat padang tu ada hati aku. kat situ kepuasan aku. macam-macam perasaan aku boleh rasa kat sana. rasa gembira, puas, semangat, bersaing, kejantanan, di situlah adrenalin aku akan memuncak. 

aku tak boleh terus duduk diam macam ni menghadap buku dan komputer tanpa bergerak kecuali tangan yang asyik menekan mouse dan keyboard ini. kepasifan ini buat aku rindu kat dia. aku bukan tak nak rindu dia tapi melayan perasaan macam tu memang tak boleh blah der. nanti aku asyik nak pegi melawat dia je. aku tak nak kacau dia lah tahun ni. dah azam aku dah dan aku dah janji kat dia dengan parents dia sekali. aku kena faham dia spm tahun ni.


rm26.90-@speedy, the spring. disember tahun lepas aku beli.. hehe

wahai matahari, kembalilah untuk aku. kau berundinglah baik-baik dengan sang hujan. aku nak kau keringkan padang unimas tu.kalau terus-terusan padang tu basah, macamana aku nak main? satu je caranya. main sorang-sorang. sebab takda orang yang nak main kalau padang becak dan berlumpur. tapi bosan la main sorang-sorang. macam orang gila.

kenapa aku sangat nak main bola?

entah. aku pun tak tahu.

aku dah cuba macam-macam cara nak release stress. semalam aku dah pegi jamming dengan kawan-kawan aku. aku sangat lega. tapi lepas tu aku rasa stress balik. cara lain apatah lagi. main game pun aku dah jelak dah. mungkin sebab aktiviti- tu tak keluaq peloh kot. haisshh

kalau korang masih membaca sampai di sini, sila jawab soalan survey aku , tulis je kat komen.

soalan: mana lagi best? adidas or nike? 

salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...