Sunday, December 5, 2010
kenapa girls post pasal spongebob, squidward ngan patrick?
can anyone tell me about this thing? huhu.. curios do.
Friday, November 19, 2010
Monday, November 15, 2010
sekali imbas macam muka aku kan?
ini adalah post perasan yang ditulis ketika berkipas mengeringkan peluh selepas bermain bola. haha. petang tadi lepas tengok Malaysia vs Iran, aku bersemangat to dash to the field to burst the ball. berkobar-kobar dan kobar. huh. memang melampau.
semangat yang aku dapat waktu tengok cristiano ronaldo dalam tv hari tu pun masih lagi jadi catalyst aku. haha.. tak habis-habis. jadi waktu aku sampai ke padang tu tanpa buang masa, kitaorang terus main. sangat enjoy. sampai lah satu moment tu aku dapat bola kat tengah padang dan ilham untuk merembat seperti mesut ozil( dalam gambar) tiba-tiba datang. perh, main bola pun ada ilham. melihat ke pintu gol lalu melepaskan rembatan! burssssttt!!! rembatan kaki kanan aku kembali bisa dan menerjah tinggi ke dalam pintu gol.! wuhoooooo!! hahaha. macam bodo je post ni.
itu saja lah saat-saat kemilangan yang aku ingat untuk hari ni. nak maghrib. ciao.

ada macam aku tak? macam ni la ilham aku dapat tadi. haha
sila klik mesut ozil.(20 saat je)
Thursday, November 11, 2010
pemain bola sepak MU yang tersesat kat ipta.
MUET. aku sangat la tak ready(wah, english word!) nak amik muet. Aku bukan nak bagi alasan tapi takdak semangat weh. mana entah pegi semangat aku. aku rasa sekarang ni aku semangat nak push up ngan sit up je tiap2 hari kot. wakakaka. serius do. aku sangat desperate nak ada badan yang tough macam cristiano ronaldo. tv punya pasal la. aku saja2 nak tengok tv kan sebelum lunch sambil tunggu ayah aku balik dari sekolah. boleh pulak tv tu tunjuk cristiano ronaldo ni menggelecek ke kotak penalti lalu meledakkan rembatan kai kanan nya dan goll!! wuyoo.. dengan gampangnya TV itu telah memotivate aku untuk workout badan aku ni. aku pernah dapat banyak gelaran la macam... ehh, asal aku cita lain lak ni. aiyoo.. tengok. nampak sangat aku tak fokus kat MUET. takpa. nanti aku nak post jugak pasal perjalanan hidupku menjadi tough. wakakaka.
masalah pulak buku muet aku tinggal kat kolej seroja tercinta. macam mana aku nak blaja? ha? balaja kat internet. cis. banyak la. aku tengok yang kat internet ni tak sama pun macam penceramah hari tu ajar. tu yang aku takut aku muet bawak mazhab lain. nanti dapat result band 100. haa. macam mana tu. tak salah aku ada band 1-6 je kot. aku tak tahu dan aku malas nak tahu. nah. amik ko. typical malay betol la aku ni. pemalas. kakaka. tapi aku nak berubah jadi rajin. hmm. semester 2 nanti lah. (satu lagi tipikal melayu). haisshh. kenapa la banyak sangat setan menghasut aku ni. mungkin sebab aku suka sangat pakai baju MU kot. ada lambang red devil. haa. terpaksa la aku bakar semua jersi MU ku nanti. cis. nak kasi orang pinjam pun aku lokek. nak bakar? gigit lidah aku dulu sampai putus. adeh! adeh! sakit nye!. tapi kan, aku ada bagi kat manusia tercinta dua bilah baju MU. ha. dua bilah. sapa aja ko simpulan bahasa 2 bilah? eh, simpulan bahasa ke penjodoh bilangan? haha. bes lak lagu shahir ni (now playing) . mentang-mentang masuk ajl. nak menyemak lak kat playlist aku. haha. eh, aku bagi kat si dia 2 helai baju MU. satu biru dan satu merah. baik tak aku? abang aku lagi kelaka. hadiah birthday ex dia dulu kan, dia bagi jersi MU. hahaha. aku tak. aku bagi kat si dia untuk penghargaan sahaja. kerana telah sabar dengan aku yang tak layan sms dia setiap kali match MU. boo. tipikal lelaki malaysia. tengok bola je terus mengabaikan awek. tapi aku tak. tadi aku acah je kot. haha.
okay. esok aku gerak ke kuching. kalau sempat, nak jugak jumpa kawan. paling penting, mestila nak tengok si dia tercinta. wahh. rindunya nak tengok muka comel budak tu. tapi paling penting aku nak singgah unimas dulu ambik slip MUET dan buku ACE muet yang sengaja ditinggal di asrama. haha. malam aku nak tibai satu buku tu. insha Allah. beberapa hari ni aku asyik doa je nak mintak dapat jawab exam muet dengan mudah tapi usaha takda, tak boleh jalan kan. tapi, usaha last minute pun kira usaha jugak. (typical malaysian student). semua benda nak buat last minute. tapi antara usaha dengan doa, aku lebih percaya kepada doa. kenapa? cuba sendiri. wallahu alam.
Tuesday, November 9, 2010
mencari konklusi
Bes doh semifinal ajl semalam.
oh yeah!!
salah ke aku nak tengok?
aku bukan ade bende sangat nak buat kat kampung ni. o9, tv, men bola. tu je la.
daripada aku bersepah melepak, menyumpah mak orang, isap rokok, minum arak. bodoh la wei!
aku lepak kat rumah dengan mak aku lagi bes lahhh. sejuk sikit hati mak tengok aku. lepas tu, mak aku boleh buatkan aku air milo, roti bakar, mi goreng.. haa... hahahaha.. bes doe..
oh yeah!!
salah ke aku nak tengok?
aku bukan ade bende sangat nak buat kat kampung ni. o9, tv, men bola. tu je la.
daripada aku bersepah melepak, menyumpah mak orang, isap rokok, minum arak. bodoh la wei!
aku lepak kat rumah dengan mak aku lagi bes lahhh. sejuk sikit hati mak tengok aku. lepas tu, mak aku boleh buatkan aku air milo, roti bakar, mi goreng.. haa... hahahaha.. bes doe..
Monday, November 8, 2010
Sunday, November 7, 2010
MALAYSIA: Guangzhou 2010. bawalah tuah wahai jersi baru.

jersi baru pasukan Malaysia.
jersi baru! style lah. nampak simple. orang kata simplicity is the best. so harap pasukan Malaysia boleh kasi gegar itu China. kasi pecah la itu tembok besar China. ho yeah. baju baru ni. jangan la kasi Malu orang kat Malaysia kayh. Thailand pun pakai cap ayam tapi boleh menang 6-0. orang Malaysia mesti boleh buat lagi gempak la!
Malaysia akan main esok lawan kyrgystan. lepas tu, akan jumpa Jepun dan tuan rumah, China. jadi, aku rasa tak boleh nak mengharap sangat sebab ni kira kumpulan maut. tapi tak pa, kita tetap bagi sokongan kat negara kita. jangan kutuk lah kalau kalah. biasalah tu. adat bertanding. kan??
ni aku nak bagi prediction sikit:
MALAYSIA vs kyrgyzstan(tepakse aku google nak tengok spelling die.. haha)
ni boleh menang kot. sebab negara ni tak femes dan aku rasa tak kuat kot. boleh la menang. tapi bak kata k.rajagobal. eh, rajagobal ke rajagopal??? dia kata kita tak tahu corak lawan so kita akan main ikut rentak kita.haa.. tu dia. aku pun tak tau macam mana tuh. tapi tengok la esok. tv 820++. ade la tu.
MALAYSIA vs Japan
alah. korang sendiri tau Jepun ni kuasa besar kat asia. faham-faham lahhhh
MALAYSIA vs China
yang ni lagilah. tuan rumah. apa aku nak cakap??? berdoa je lah! AMIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)



