About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Thursday, July 26, 2012

jangan henti berusaha!

Hajat nak menaikkan berat badan aku sebanyak 10 kg mungkin tak kesampaian lagi kali ni sebab cuti semester yang bertembung dengan bulan puasa. Tapi aku gembira sebab aku berjaya naik 3kg. Aku ada impian. Aku masih ada cita-cita nak jadi pemain bola sepak profesional. Umur yang masih belum mencapai angka 20 menyebabkan aku yakin.

tahun pertama dan berjaya mewakili universiti adalah not bad lagsung bagi aku. Walaupun tak dipilih pada pemilihan pertama sebab tangan terseliuh yang mmbataskan pergerakan aku di padang, dek kerana rezeki, aku berjaya di pemilihan kedua. Alhamdulillah.

tapi banyak yang tak memuaskan hati aku.

pertama, aku dipilih sebagai pemain pertahanan. come on! sepanjang aku main bola dari kecik tak pernah langsung aku defend-minded. rasa macam orang baru nak belajar main bola bila aku jadi defend. macamana aku terpilih pun aku tak tahu?

secondly, aku tak main 1st eleven. siapa2 yang main bola official akan tahu betapa sakit hatinya dan geram yang tidak dapat diatasinyepun bila tengok kawan-kawan yang lain main dan kita duduk diam tepi padang. damn!

Dan aku belajar sesuatu daripada tu. mungkin memang kerana kekurangan fizikal aku sendiri. orang lain tegap macam balotelli, aku pulak keding. bayangkan dengan tinggi hampir 6 kaki, aku hanya seberat 53 kg. keding tak keding?


jadi itulah penyebabnya kenapa aku beriya sangat ak naik berat badan, at least 65 kg. tapi kalau duduk jauh dari rumah susah la sebab nak kena berjimat.tengoklah betapa kedingnya aku.


sumber: google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...