About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Monday, February 14, 2011

Kepada setahun-jagung-pun-belum

pertama sekali aku tetap seorang islam. tapi kenapa aku nampak semua orang islam nak post pasal jangan sambut valentine? kalau cakap secara privasi dengan sesama saudara islam tak apalah. boleh dijadikan sebagai suatu peringatan sesama saudara. tapi kalau cakap depan public, depan orang ramai, orang bukan Islam, dalam fb, twitter dan sebagainya, macam mana kita nak tarik mereka ke dalam agama kita? kita kena tarik mereka kamu tahu? kalau tak, nanti mereka akan tarik kita kat akhirat sebab waktu kat dunia kita tak tarik mereka.

Hakikatnya, dengan cara ini, kita bukan berdakwah, tetapi akan buat orang bukan Islam pandang negatif kat kita. tolonglah, ini bukan cara yang Rasulullah ajar. lagipun, lebih baik kita pesan kat semua orang Isalam pegi sembahyang lima waktu lagi baik. contohnya, post la pasal sembahyang. sebab apa aku pick solat as the point is because it is the most crucial thing that Allah want us as a muslim to do. tak apalah cakap pasal solat hari-hari. dah tu benda PALING PENTING  atas dunia.

bagi aku, kalau tak nak orang kita sambut valentine, ada cara lain yang lebih intelegensia. Allah dah bagi otak, cetuskanlah idea yang lebih halus. contohnya, lebih baik kita war-warkan dan semarakkan sambutan Maulidur Rasul. kita tenggelamkan secara halus sambutan lain. dah, aku nak buat assignment.

5 comments:

Anonymous said...

"macam mana kita nak tarik mereka ke dalam agama kita?"

INi BukAn PrsOalan Yg seBenaRnYE.
CUbe BetulKN duLu SAuDAre2 SeIslam kite, Bru ApproacH Non MusliM.

YG iSlaM hnYE Skadr NaMe Ramei,
kNape Xnk BtulKn Diorg DUlu?

JgN MAlu nk SaMpaIkn Islam dkT puBlic.

Al Farabie Ropa said...

tak ada sapa yang malu nak sampaikan islam depan public. tapi ada BANYAK lagi ilmu agama islam lain yang boleh disampaikan. bukan benda macam tu.

Anonymous said...

AS SALAM,

Sebelum kita mengatakan soal IBADAH spt solat dan sbgnya, the first and foremost adalah IMAN & TAQWA kita kpd Allah (AKIDAH KITA la). Valentine adalah sesuatu yang merosakkan AKIDAH umat Islam dan boleh menjerumuskan kita kepada kemaksiatan dan kemungkaran serta lebih teruk lagi meruntuhkan AKIDAH kita.. Sebab itulah byk org memperingatkan ttg Valentine Day ni. Dan ada jugak org Islam yang mengaitkan hari ini dengan Rasululah SAW dan ini amat2 lari drpd syariat Allah SWT.. Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu berguna bagi org2 beriman... Surah az-Zariyat ayat 56.
Wassalam.

ahmad said...

Jika kau Islam, dan yakin Islam, tidak susah bagi kau jaga iman. Jangan cuma sebab satu perkara sebegini menyebabkan iman kau goyah lalu membuat maksiat. Mengingatkan memang penting, tapi jika kau mengingatkan dengan cara yang salah sehingga orang bukan Islam pun terkena, maka mereka akan pandang hina pada agama kita. Kita cuma perlu saling mengingatkan antara kita sesama Islam, dan bukannya secara public. Contoh begini, jika orang kafir menyampaikan dakyahnya secara terang2 pada engkau, adakah engkau berasa senang? Begitu juga mereka, jika kita berdakwah pada mereka dengan cara yang terlalu straight forward, mereka mustahil untuk tertarik dengan agama kita.

Anonymous said...

ahmad:
surah an-bahl ayat 125
dituntut utk berdakwah dgn tegas
umat islam harus ada pendirian yg teguh
banyak contoh lain yg boleh ditunjuk seperti perangai dan adab dalam perkara seharian, itu sudah cukup utk menarik mereka andai umat islam ikut apa yg nabi ajar, kita berdakwah ikut manual alquran dan sunnah, bukan pndpt sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...