About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Sunday, November 7, 2010

ilham dari sungai.





pejamkan matamu untukku
dengarlah dunia berkata-kata
usah kau ragu di sini tempatmu
walau berubah di mata kita tetap indah
selagi kau masih percaya.

ketawa kecewa terpisah
jalan yang lurus kian berhala
adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
ku harap ku masih percaya

adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
ku harap kau masih percaya

buka matamu biar aku memelukmu
kita bersama masih muda masih mentah
ku harap kau masih percaya

selama ini.. selama ini.. selama ini.. selama ini..
selama ini.. selama ini.. selama ini..

aizat-sungai lui



selain hujan, aizat adalah penyanyi yang sangat aku respek. lagu kat atas ni dah membuktikan idea beliau yang segar dan kreatif! apa yang paling aku kagum adalah aplikasi angklung, alat muzik traidisional ke dalam lagu ni. bukan senang nak masukkan alat muzik tradisional ke dalam lagu moden. tapi beliau mampu. sedap.

lagu ni selalu buat aku berfikir serius. tentang hidup. tentang masa depan. tentang akhirat juga. dari tafsiran yang aku cari sendiri, lagu ini banyak berkisar tentang konflik dalaman remaja. umur kita lah. tatkala pada fasa ini kita didatangi dengan pelbagai cabaran. kita dirunsingkan dengan macam-macam dilema. terlalu banyak keputusan yang penting harus diputuskan. sedangkan kita belum cukup matang dalam membuat keputusan. jadi ini adalah satu proses pembelajaran yang kita belajar dari diri sendiri.

tapi kadang-kadang kita terlalu mengutamakan cita-cita kita di dunia. sampai lupa janji kita pada tuhan. kerana kita ada di atas bumi ini adalah kerana-Nya. Mengapa kita terlalu hampa jika gagal di dunia sedangkan Allah telah berjanji bahawa kita tidak akan kecewa jika kita mengejar akhirat. kerapkali aku rasa hina sebab terlalu mengejar dunia.

mahukan kejayaan akademik. mahukan pekerjaan dan pangkat. mahukan rumah besar. mahukan kekayaan. tapi semua itu tak guna jika kita lupa pada Pencipta.
tetapi tidak dilarang mengejar dunia asalkan besederhana.

lirik lagu ini juga seperti ditujukan kepada seseorang yang sangat disayangi. banyak berlaku dalam fasa hidup kita sekarang apabila kita terpaksa meninggalkan dan 'mengabaikan' orang yang kita sayang demi untuk mengejar cita-cita. dia seolah-olah meminta kekasihnya akur terhadap pemergiannya mengejar cita-cita.

"kita bersama masih muda masih mentah
ku harap kau masih percaya.."

aku sangat yakin bahawa apa yang penting adalah kepercayaan.trustworthy. kebanyakan perhubungan retak kerana tiada kepercayaan yang kuat. rasa sangsi pula yang berlebih-lebih. tapi sebagai remaja aku tak rasa kita tak perlu sampai terlalu serius dalam perhubungan. "ilek2 jak la.." kalau ada jodoh itu, tak akan ke mana. tapi kalau takut jodoh tu lari, ustazah aku cakap, doa la banyak-banyak kalau betul-betul nak kat seseorang tu. bila kita terlebih fikir, nanti akan menggangu emosi sampai hasilnya nanti tak elok. kita kena jadi orang yang tenang. jalan hidup kita dah tertulis dah pun kat luh mahfuz jadi tanggungjawab kita buat apa yang patut. kita sendiri tahu apa yang baik. apa yang buruk. semoga kita tak hanyut!




"the only way to make a man trustworthy is to trust him."





3 comments:

ain hazirah said...

ilek2 jak bahhh . i like ! :)

aku cam rasa baca karangan ko dolok2 . HAHA

Emilia Emira said...

suke lagu nie!!

Farabi Ropa said...

@ain: yeah. tq. bnda ya xpat ilang. ahahah

@emilia emira: kann?? heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...