About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Tuesday, September 14, 2010

SAYA PERLU BERJAGA-JAGA!!!





Menjadi seorang manusia yang berumur 18 tahun di Malaysia sekarang sangatlah susah! kami merasakan kami sedang bergelut dengan macam-macam perkara dan agenda. Masa depan, keluarga, kawan, kekasih dan banyak lagi ahh. Jangan ingat budak muda macam kita orang otak kosong tau. owh, please-lah! Mungkin orang itu lebih kosong dari kami semua. Yang kosong mungkin hanya poket kami lah. hehe.. tapi kadang-kadang tu kami loaded jugak, ada duit elaun. Duit elaun kami memang banyak. Seminggu saja sudah habis loh. hahaha.

Tapi post ini aku nak tulis pasal 4 skop yang aku sebut kat atas tu lah okay. iaitu;

  • masa depan
  • keluarga
  • sahabat
  • kekasih, awek, marka, gerek etc.
okay jika kamu sudah bersedia menyelami hati budi kami ini, sila buka dada anda seluas padang pasir . haha.

MASA DEPAN

Ini sudah kes besar ni! haa. kami sangatlah gusar dengan masa depan kami. Terutama soal kerjaya. Bagi aku, aku masih kurang yakin dengan benda ini. Orang kata, kalau nak kerja, buat apa yang kau minat. Barulah syok dan masyuk. Tapi masalah aku adalah aku minat study tapi aku tak tahu aku minat apa. serius peeps. kalau nak kata minat aku yang betul-betul, aku minat main bola sepak ngan jamming. Masa aku kat sekolah dulu pun aku akan cakap kat cikgu, "I want to be like zinedine Zidane, thank you". haaa. macam tu lah. Tapi bila dah masuk sekolah asrama, aku mula belajar main gitar dengan kawan-kawan aku. Dari situ timbul pulak angan-angan nak jadi macam Noh Hujan, Faizal Tahir etc. Sungguh tak matang kan? Tapi ni benda betul la kan. Benda yang aku minat. Besfren aku minggu lepas dapat satu anugerah ni. Ni besfren baru aku tau. Aku dengan dia memang satu kepala. Apa yang kitorang minat memang sama sejibon lahh. macam apa yang aku cakap tadi la. Tapi dia ada lebih sikit dari aku. Waktu dia dapat anugerah tu, ada reporter interview dia. Ape lagi, masuk suratkhabar la. Bila aku baca keratan akhbar tu, besfren aku tu cakap dah besar nanti dia nak jadi engineer. okay, aku pun nak jadi engineer tapi tak ada matlamat tau. Kawan aku ni dia kata dia minat nak buat jambatan. pergh! gerek sey. Aku tak pernah terfikir pun matlamat macam tu. Dalam kepala aku ni cuma tahu nak graduate, dapat kerja, dapat gaji hujung bulan. ceh. cetek betol. Tapi sampai sekarang aku masih menyimpan semangat yang kuat nak jadi pemain bola tau. Cuma kalau nak main dengan Sarawak payah sikit. POLITIK! siai... Negeri ni punya lah kaya. tapi duit rakyat entah ke mana. corrupt nya.

Tapi kalau kat negeri lain, apa yang aku dengar la kan, gaji player ada yang belasan ribu MYR sebulan bai. Kalau yang star ade yang MYR 20k++ la. Best kan? bagi aku ok sangat la tu. Jadi cikgu pun 3-5k Ringgit Malaysia je sebulan. Masalahnya, kalau aku nak jadi pemain bola, buat apa aku masuk U?? baik aku masuk menyelit kat mana-mana akademi bola. betul tak? Tapi aku tak boleh nak cakap sangat. Hidup kat negara kita yang sedang membangun ni memang kita kena pandai-pandai Survive. Aku pening lah. Nak tak nak, benda ni mesti difikir jugak. Tapi kadang-kadang buat kepala lagi serabut.sigh. Pasal 3 lagi benda yang aku belum tulis tu, next time la kayh. Aku jadi serabut sebab aku sendiri pulak dah.


To my future wife, nanti kita naik kereta yang macam ni kayh. Saya belanja. : )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...