About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, June 17, 2011

keldai dadah

kenapa kau bodoh sangat nak jadi keldai dadah? setakat dapat duit yang beribu tu, sanggup kau nak kasi negara rugi berjuta-juta? aku tak sokong sangat kerajaan tapi tak juga pembangkang. aku bebas. hmm, bukan juga parti bebas. tapi demi maruah negara, aku akan tampil bersuara. cukup la kan? kuasa aku setakat bersuara. itupun di atas keyboard.

hoi. jadi keldai dadah, ko boleh mati bila-bila masa. dan apa faedah nya mati buat benda yang sial dan berdosa? cukup lah brader n sister. kau nak mati sia-sia? mesti kau tak nak kan? tolonglah fikir pasal benda lain. banyak lagi benda yang boleh kau buat atas dunia ni seperti  memberi lembu makan lalu dihadiahkan seekor lembu betina, seekor jantan. dari situ kau boleh jadi penternak lembu yang berjaya di mata dunia. kannn??

hmm, kalau dah pemalas sangat, hidup je dengan mak ayah sampai mati, lepas tu mintak duit tiap2 malam beli burger lmbu tambah cheese. perhhh ( tak la mak ayah pening sangat pikiaq pasal anak jadi keldai dadah.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...