About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, January 1, 2016

2016. page 1 of 366.

Asalamualaikum and hello, world.

It's 2016 and I found it necessary to write again daily. perhaps. I don't know. Let's try it. Maybe.

My resolution for this year is to discipline myself more and do what I should be doing at this age. Writing this is hopefully one of the way of nurturing the attitude. Entering 2016 means I am 24 yeas old even though my birthday is in September. Please, give me a present on my birthday that I've told you this early. 

I'm currently facing my final exams. Yeap. I haven't finish my study yet. A year extension is the answer to that question in your mind. I'll talk about it more later, darlings. oh, I also get a new haircut for the new year, yesterday (that was last year). ;)

Today I watched Dilwale with bae and it was such a good bollywood film. I'm just that typical malay who sits in front of the tv on a saturday afternoon watching bollywood and every typical malay will love a bollywood film starred by Shah Rukh Khan or Kajol let alone if both of them are the hero and heroin, respectively. It was also my first bollywood film at cinema because they rarely show bollywood in Sarawak and this film is only started to showing in Sarawak today while they already started showing it at Peninsular a week ago or two.

Life is a journey and I want to read this later when I'm old enough. And if I'm still alive.

Let's be a better person and write blog. Goodnight.

Farabi. 

Monday, March 16, 2015

Back to blogger

Hello blog.

It has been a while. Twitter conquers every social media since 5 years ago. Aku suka menulis dan meluahkan perasaan dan fikiran di sini sebelum era twitter. Di twitter rasanya lebih puas barangkali kerana kita dapat menekan post(tweet) selepas setiap ayat. Atau perenggan.

Tapi semakin lama kebebasan untuk bersuara semakin kurang privasi. Rasa seperti terlalu mencapub. Di sini mungkin tiada yang akan membaca. Jika ada, mungkin hanya mereka yang layak iaitu orang yang ambik kisah pasal apa kita tulis. That is for sure.

aku masih mengharapkan seorang kawan yang betul2 sekepala. Yang sama2 suka main bola, suka manchester united, suka pergi gig/ konsert, tak isap rokok, yang akan on kalau aku ajak pergi travel mana2 contohnya ke old trafford, yang jaga solat, yang suka makan benda yang sama ngan aku.

I only have friends that posses only some of those requirements. they have it all but none of them have all of the properties in a body. I am looking for you bro and I hope you exist.

Wednesday, December 10, 2014

lirik lagu Kembali - bunkface

aku yang bersalah
aku memang gila
tapi pada yang Esa ku berserah
kau sama sahaja seperti mereka
hanya gilakan nama
tiada lagi cinta

peluklah rasalah 

melodiku di udara untukmu

biarlah
ku melepaskannya pergi
selamanya nanti
dia kembali dia kembali padaku

dengarlah kataku aku bukan begitu
walau aku berdosa aku masih percaya
kuakan doakan kau temui jalan
ku harap kita jumpa suatu hari di sana

selagi aku berpijak d atas bumi yang gila ini
akan ku sampaikan
ada hidup selepas kau mati...


Saturday, November 16, 2013

1st time main laser tag!

Asalamualaikum. 

Umur aku dah 21. tapi baru nak sentuh laser tag. haha. pengalaman yang awesome gila lah. game counter strike tu pun orang maen dari 10 tahun dulu sampai sekarang, inikan pulak benda yang sama tapi real! bayangkan kau sembunyi belakang dinding lepas tu ada musuh kat dinidng lagi satu cuba nak bunuh kau haha.

laser tag ni benda baru lah rasanya kat kuching/sarawak ni. dia orang bukak dekat city one sama aras dengan gsc. tapi baru2 pun budak semenanjung bukan semua dah pernah main. tu pun mugkin kl je ada benda ni setahu aku. kalau tempat lain ada syukurlah. tak perlu main tembak2 pistol hidup.

cara main laser tag ni simple je. kita tembak je berapa kali kita nak. kalau kita kena, kita mati 7 saat. suit tu akan padam dan reactivated dalam 7 saat. dalam 7 saat tu kau lari la dulu dari musuh. haha

best!

aku rasa paling maximum boleh maen dalam tu 20 orang kot. and maybe boleh divide 4 team maximum. 1 game 10 minit. rate biasa rm15. rate special rm10. tu pun 930pm-10pm isnin-khamis sahaja. waktu lain rate biasa.

awesome do.

dahla tempat tu letak quote Barney Stinson. Rasa nak maen 10 game sehari sebab laser tag ni memang best haha.



Wednesday, January 23, 2013

bawa tangis bawa resah

Semalam aku tak cek result sendiri sebab aku tido rumah pakcik aku. Laptop tinggal kat rumah mak teh. then kenapa aku sanggup suruh sorang kawan yang aku percaya ni pegi check. dia classmate, teammate dan kawan baik aku. since asasi.

aku sms no matric and password epelajar aku kat dia dan aku rasa itu antara kerja paling bijak aku pernah buat. sebab aku tak perlu nak tension pegi check. just tension tunggu reply dia. lepas dah send password tu, 1st sms kawan aku hantar:

"nak aku bagitau ke?"

aku reply.
"bagitau je la.."

the next sms dari dia mula2 buat aku upset dan down sungguh. tapi tak lama.

Mungkin sebab aku rasa ada orang yang boleh bagitau cara yang bagus. cara dia nak bagitau tu pun macam dia tak percaya aku dapat result macam tu.

aku try relaks dan cool dan bersyukur sebab aku sentiasa ready yang kalau ditakdirkan kita gagal, walaupun dah berusaha, itu namanya ujian. 

dan aku sentiasa ingat benda yang jatuh macam n bukan bermakna hidup gagal secara total.  

dan aku percaya ramai lagi yang kurang bernasib baik dari aku

dan aku bersyukur sebab sebelum ni banyak nikmat dah Allah bagi kat aku..
 

Saturday, December 29, 2012

tak suka ustaz don...

tak suka ustaz don bagi ceramah sekejap sangat kat DeTAR Putra UNIMAS tadi. 10am-12pm. rasa macam terlalu singkat. Mungkin sebab apa yang dia kata tadi tu memang betul pun, mana-mana majlis ilmu malaikat akan turut datang dan memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang datang. Sebab itu manusia senang tidur kalau majlis ilmu. Sebab ketenangan suasananya. Tapi kalau penyampainya bijak dan mencuri tumpuan macam ustaz don, takdak la orang kalut nak pi tidoq! haha

kadang-kadang kita kata kita tak perlu pergi ke ceramah-ceramah macam ni. diri sendiri dah tahu. tapi bagi aku benda ni sama la dengan pergi mandi. walaupun kita tak kotor, tapi kita kena gak mandi hari-hari. macam tu jugak dengan majlis ilmu. kita kena pergi sekerap yang mungkin sebab hati kita ni sikit-sikit akan kotor jugak dengan surrounding kita..

Friday, December 28, 2012

tak faham: rebate smartphone

Ramai yang tak faham bila aku kata rebate smartphone dari gomen tu stupid. Ada yang suruh aku bersyukur macamlah aku ni tak bersyukur, ada yang macam nak bela sangat kerajaan. haha.

tak, ini bukan pasal aku tak bersyukur. tapi ini sebab gagal mencari sebab KENAPA HANYA SMARTPHONE YANG BERHARGA RM500 KE BAWAH SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENEBUS REBATE TU? korang boleh tolong jawab?

ok, aku cakap based on apa yang aku dengar masa ucapan PM masa pembentangan bajet haritu: kita mahu rakyat malaysia terutamanya golongan belia tidak ketinggalan dengan menggunakan smartphone. maka kerajaan akan memberi rebate rm200 untuk membantu rakyat membeli smartphone.

ok. itu rephrase. aku tak ingat susunan ayat yang sebenar tapi aku tak ubah pun maksud ucapan dia masa tu.

kita semua tahu sekarang ni smartphone mana ada yang bawah rm500. ya, memang ada tapi mana ada kualiti. smartphone aku yang atas sikit dari rm500 ni pun dah barai gila dengan lagging dan battery tak tahannya lagi. hardware component cepat rosak lah, dan macam2 lagi masalah. inikan pula yang harga bawah rm500. entah2 tak sampai setahun pakai dah rosak. k siapa yang rugi sekarang? mestilah rakyat yang malang!

apa salahnya beli smartphone yang harganya kita sendiri yang pilih. tiada batasan. lagipun, duit yang selebihnya tu kita sendiri yang tambah. bukan kita mintak rebate itu dinaikkan pun. 

dia samalah macam aku nak belanja korang makan nasi. ok, nasi aku belanja, lauk korang bayar sendiri. tapi lauk yang korang beli tu tak boleh lebih dari 50 sen.

dan korang mesti akan kata. "eh, lauk kami sendiri bayar, suka hatilah nak pilih lauk apa!"

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...