About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, July 21, 2023

Tips menjadi midfielder

 Ada suatu teknik yang rasanya sorang pun coach aku kat sekolah atau universiti tak pernah ajar atau tekankan. Teknik ni lah yang membezakan pemain pro dan amateur kalau hanya mengambil kira teknik sebagai skop perbandingan. 

Agak terkilan sebab bila umur dah senja dalam bolasepak baru aku discover dan praktikkan teknik ni dan betul2 bagi perbezaan bila diaplikasikan dalam liga jabatan ataupun Sunday league. Kalau aku tahu teknik ni masa umur belasan mungkin dah jadi Toni Kroos sekarang. Realitinya cukupla sekadar menjadi 1st eleven di midfield dalam liga2 tempatan  walaupun dah 30an  


Teknik tersebut tak lain tak bukan adalah scanning atau checking. Benda ni kena sentiasa buat terutamanya sewaktu off ball dan receiving. Saat2 akhir sebelum terima bola adalah genting untuk scan kat mana marker kita, arah mana yang dia lari dan kita quickly respon dengan menahan bola ke suatu arah yang sukar untuk marker rampas bola, atau one touch pass kepada rakan. Kalau yang set2 iniesta zidane tu bolehla terus tolak dan dribble sampai abang jamil menang world cup. Paling menarik pada pandangan aku adalah menonton video Sergio Bosquet menyerap tekanan di tengah padang waima pressing bertubi2 ke arah beliau.  

Monday, June 27, 2022

The Beat Goes On

 Life has been different since the last time I wrote something original here. Major changes. But as usual, I'm still grateful to Allah as I force myself into looking from the bigger perspective.

Some destiny most anticipated has been written in the timeline. Nothing can be done except for accepting. Life goes on, the beat goes on.

 Farabi Ropa

 



Sunday, April 5, 2020

Goodbye Don't Cry

Makin lama usia makin tua
Terserah yang maha Esa
Jika ku tak sempat ucapkan Goodbye
Don't you cry

Aku sedar ku bukanlah sempurna
Cuma manusia yang gagal
Segala salah laku ku dan lisan
Maafkan

Apakah hanya aku 
Melihat sinar makin malap di ufuk
Ku berharap agar ada waktu sisa
Untuk bersama kamu

Akan tiba satu masa
Di antara kita semua
Harus lepaskan genggaman ini
dan ucap selamat tinggal

Pilu malam berpanjangan
Yang kau pendam
Dan tangisan 
Waktu kau takkan bisa hentikan
Biar saja waktu melewati kita semua



Friday, September 29, 2017

Coldplay Bangkok 2017 - Part 1



Tujuan utama ke Bangkok hanya satu iaitu menghadiri konsert Coldplay. Sebelum tahu pasal Coldplay nak buat tour kat Singapore/Bangkok, saya kurang berminat untuk melancong ke mana-mana kerana saya merasakan belum masanya untuk saya ke luar negara apatah lagi ke Bangkok. Selepas tahu mengenai A Head Full of Dreams Tour (AHFOD Tour), saya tidak perlu berfikir langsung kerana konsert Coldplay adalah impian saya sejak remaja lagi. Konsert di Singapore pula sold out sekelip mata walaupun konsert mereka berlangsung pada 2 malam. Maka Bangkok sahajalah yang paling dekat.

Ketika keputusan dibuat, kawan saya Adzfar yang telah grad setahun awal dan bekerja setahun lebih awal dari saya membuat pembelian tiket konsert melalui laman web livenation.com. Mula-mula agak risau laman web tersebut tidak sah dan kami bakal ditipu. Tapi jiwa muda gamble sahaja demi Coldplay. Syukur lah livenation adalah valid.

Ketika itu, kewangan saya belum stabil kerana perlu memulakan kehidupan baru di Sibu tempat saya bekerja dan membayar tunggakan PTPTN. Hutang wajib diutamakan. Maka pada bulan-bulan berikutnya saya membayar balik tiket Coldplay standing zon B kepada cepa. Kami beli tiket standing zon B kerana menurut Amy Search yang turut hadir ke konsert yang sama, 

" ek eleeeh kalau tempat duduk baik tengok wayang kahkahkah"

Great minds think alike. ceh.

Setelah melalui bulan-bulan yang panjang, akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Pada 6 April 2017, flight saya dari Sibu ke KL pada 9 malam selamat mendarat di KL pada 11 malam.


Displaying IMG_6763.JPG
Pre-booked meal: Nasi Briyani Bukhari + soft drink (Rm1o+-). Berbaloi.



Saya dan Cepa diambil oleh Jawad, teman sekuliah dan sebilik saya di Uni dulu. Cepa mendarat setengah jam selepas saya dari JB. Beliau kedahan yang keluar dari comfort zone beliau dengan bekerja di JB, negeri JDT 

Displaying IMG_6768.PNG
Bersama Adzfar (cepa)

Kami terus ke kedai Nasik Lemak yang bernama Kedai Warisan Sambal Opah di Subang kalau tidak silap. Jauh nau.

Displaying IMG_6769.PNG
Jawad mencekik

Kemudian kami melepak dan catch up session di sekitar tasik Putrajaya sebelum pulang ke rumah sewa Jawad di Salak Tinggi pada jam 4 pagi lebih kurang. Terimakasih Jawad kerana menumpangkan rumah beliau dan overnight bersama-sama walaupun beliau kerja keesokannya.

Pada 7 April 2017 (Jumaat), saya dan Cepa menaiki Uber dari Salak Tinggi ke KLIA2 dengan tambang lebih kurang RM13. Setelah cepa check in kami lunch bersama-sama di Texas chicken KLIA2. Menjadi kebiasaan orang Sarawak seperti saya mencuba makan di tempat yang tidak terdapat di Sarawak. Cepa berangkat pada 230 petang ke Bangkok dan saya terus ke KLIA menaiki KLIA transit dengan tambang RM2. 


Displaying IMG_6776.JPG
Tak sah tak ambik gambar macam ni


Saya ke KLIA kerana saya telah membeli tiket Malaysia Airlines (MAS) yang lebih murah dari airasia ketika pembelian dibuat. Total fare untuk return ticket MAS untuk KUL-BKK adalah lebih murah dari return ticket airasia. Sebanyak RM100 telah saya jimat dengan pembelian tersebut. Saya menggunakan laman web www.skyscanner.com.my untuk menyemak harga tiket murah. Ini bermaksud tidak semestinya tiket yang dijual oleh Syarikat penerbangan tambang murah akan sentiasa murah dari yang bukan tambang murah.

Agak lama saya di KLIA untuk terbang ke Bangkok. Penerbangan saya adalah pada pukul 430 petang. Saya melepak di Kedai kopi Starbucks sambil membaca buku Leading by Sir Alex Ferguson, mengecas handphone untuk konsert malam nanti dan sesekali melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. Saya juga teruja kerana ini kali pertama saya akan keluar negara.  

Displaying IMG_6778.JPG
Semasa mengecas telefon


Namun, pembelian tiket saya tersebut merugikan saya dan akan diceritakan kemudian. Saya sampai di bangkok jam 530 petang waktu Bangkok. Walaupun penerbangan mengambil masa 2 jam, perbezaan zon waktu menampakkan seolah-olah saya hanya terbang sejam. Sepanjang perjalanan saya mendengar album A Head Full of Dreams yang terdapat dalam in-flight entertainment. Perasaan saya meronta-ronta dan tidak sabar untuk ke Stadium Rajamangala. Apatah lagi setelah melihat tweet dari twitter coldplay sebaik sahaja mendarat

Displaying IMG_6787.JPG
Gambar semasa penerbangan turun

Gambar di twitter @coldplay Source: @coldplay twitter

Jadual perjalanan saya tidak menjangkakan saya akan beratur panjang di kaunter imigresen. Hampir sejam saya beratur sebelum melepasinya. Saya ambil iktibar dari pengalaman ini. Sebaik sahaja keluar saya terkial-kial mencari cepa. Setelah akhirnya berjumpa saya meninggalkan beg di Baggage deposit dengan bayaran 100 baht. Saya juga membeli simkad dtac yang berharga lebih kurang 300-400 baht dengan kuota unlimited. Saya tidak sempat untuk ke Hostel yang telah dibooking di booking.com kerana waktu penerbangan yang saya tempah terlalu dekat dengan waktu konsert bermula.

Displaying IMG_6791.JPG
Semasa di kaunter imigresen
Perjalanan dari Suvarnabhumi Airport ke Rajamangala Airport kami tempuhi dengan Uber. Tambang adalah lebih kurang 300 baht. Konsert bermula pada pukul 9 malam dan mujurlah kami sampai di stadium pada jam 830 malam setelah meninggalkan airport pada jam 730malam. Kesesakan trafik di Bangkok tidak pernah saya lihat sebelum ini di mana-mana. Tidak hairanlah Bangkok berada di tangga kedua worst traffic in the world. Kami memilih uber kerana tiada train yang melalui kawasan Rajamangala stadium.

Resit uber dari emel 
Seorang lagi rakan kami iaitu Hanani telah menolong kami untuk collect tiket di stadium. Beliau telah berada di stadium sejak pagi belemoih-lemoih katanya. Beliau telah tiba di Bangkok pada hari khamis (6 April 2017). Setelah memberitahu lokasi beliau dengan jelas, tiada masalah untuk kami berjumpa di perkarangan stadium lantas masuk ke dalam stadium. Dan sehingga kini saya tidak percaya saya telah hadir ke sebuah konsert yang tak akan dapat saya lupakan selamanya dan akan diceritakan di entri seterusnya. 








Thursday, June 8, 2017

Freaking out.

These few days I was so afraid of losing you. You were different. You were not being you. But I think both of us know things happened for some reasons. We are all freaking out.

You are not expecting the job offer at the federal government to land in your mailbox. Which will force you to move to West Malaysia (most probably). You never really expecting to serve outside Sarawak or even Kuching. You will be away from your mamak and bapak for the first time. 

Working is different from studying. No two weeks break, no one month break, no two months break. You do not know when will you be home like when we were student when everything was pre-arranged.

You don't like to speak in Malay language. Not because you hate it or them. But you just a pure Sarawak Malay who loves to speak your own mother tongue. You will miss kelaka sarawak. 

Non of your relatives is in West Malaysia. Most of your friends are also Sarawakian. If this fact is worrying me enough, I know it does more to you. 

I am not so worry and insecure about you when you live in Kuching because your parents are amazing parents who take care of you very well. But you will be away from them and not even me is there to look after you. This lead me to overthinking in which I'm not so good in controlling it.  

I hope time goes fast and everything goes well. I just want to fast forward to the time where I'll be there to take care of you because I adore you so much. Life is short and I don't think we should take it slow anymore.

Last night we started to calm down. And I got you back. That smile of yours is back.  I know you were just freaking out just like I do. 

Farabi.

Thursday, March 2, 2017

Tips travel oversea untuk Beginner


Assaamualaikum and hello, world!

Pertamanya saya belum pernah ke luar negara. Jadi saya menulis adalah untuk berkongsi dengan masyarakat beginner yang lain perkara paling penting untuk ke luar negara iaitu buat passport dulu! Gaji saya baru masuk pagi ini dan rancangan untuk ke luar negara adalah pada bulan depan. Tapi bila nak beli tiket tadi (MAS), perlu diisi nama penumpang etc dan saya stuck pada no passport dan tarikh luput passport! Makanya jika anda noob seperti saya silalah buat passport dulu. kah kah kah


Ke manakah saya akan travel untuk kali pertamanya? Rahsia. Tapi ini adalah 'Adventure of a lifetime'.

Sekian

Farabi


Wednesday, September 7, 2016

Kereta kenak curi konok

pagi

I am well-dressed today. Wearing  HnM light-blue shirt (jawad berik) and black trousers that I bought for rm20 yesterday at Brand's Outlet Viva City. I'm so lucky because it's the only pair with the price. I really need to buy it because I dont have any trousers for an interview. Going to work and do the non-engineering stuff: photocopying, drove my boss to bank and he treat me with Marrybrown for breakfast. What a bliss.

noon

resuming my photocopying works as we returned from the bank and met En to borrow his necktie during lunchour. Campus life was easier. Just walk from room to room to borrow a tie. Now have to drive a few KM at least. Arrived the venue for interview just on time. Alhamdulillah I think I did well. I leave the rest to Allah

Here's the highlight. I thought my car was stolen and it feels like the world is collapsing, my head was spinning, I can't feel my legs, I don't know who should I call first, either the police or my dad who is now at his hometown in Teganu boh. It turned out to be that I parked my car on the other side of the block. 

phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!

 That was the most relieving feeling I've ever felt. Everything looks the same (parking area) which made me sure my car was stolen. The same spot at the first area was the only spot that has no car. damn it. maybe I was too nervous for the interview before that I didnt take note my actual car park.

 I straight away went to have a slice of Brownies at Bing! after I've found my 'stolen' car. And I went home an hour later

Night

Dinner with my MRSM closest friend, Yazid. catch-up session bla3 and went back home.

Farabi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...