About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, November 16, 2013

1st time main laser tag!

Asalamualaikum. 

Umur aku dah 21. tapi baru nak sentuh laser tag. haha. pengalaman yang awesome gila lah. game counter strike tu pun orang maen dari 10 tahun dulu sampai sekarang, inikan pulak benda yang sama tapi real! bayangkan kau sembunyi belakang dinding lepas tu ada musuh kat dinidng lagi satu cuba nak bunuh kau haha.

laser tag ni benda baru lah rasanya kat kuching/sarawak ni. dia orang bukak dekat city one sama aras dengan gsc. tapi baru2 pun budak semenanjung bukan semua dah pernah main. tu pun mugkin kl je ada benda ni setahu aku. kalau tempat lain ada syukurlah. tak perlu main tembak2 pistol hidup.

cara main laser tag ni simple je. kita tembak je berapa kali kita nak. kalau kita kena, kita mati 7 saat. suit tu akan padam dan reactivated dalam 7 saat. dalam 7 saat tu kau lari la dulu dari musuh. haha

best!

aku rasa paling maximum boleh maen dalam tu 20 orang kot. and maybe boleh divide 4 team maximum. 1 game 10 minit. rate biasa rm15. rate special rm10. tu pun 930pm-10pm isnin-khamis sahaja. waktu lain rate biasa.

awesome do.

dahla tempat tu letak quote Barney Stinson. Rasa nak maen 10 game sehari sebab laser tag ni memang best haha.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...