About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, February 24, 2010

muda jangan hanya tahu seronok

bismilahirrahmanirrahim..
asalamualaikum dan salam sejahtera..

semalam aku tengok episod terakhir WARKAH TERAKHIR kat astro prima.. memang layan la tengok sebab dialog drama tu menuturkan bahasa sarawak.. bagi yang tak tau, drama ni mengisahkan perjuangan Rosli Dhobi dan ahli-ahli Rukun 13 bagi menentangan penyerahan Sarawak kpd British serta memaparkan rencah kehidupan masyarakat tempatan pada masa itu..

aku agak tersentap dengan drama tersebut kerana jarang sekali drama tempatan mempunyai kualiti macam tu.. kita boleh nampak sekali usaha krew produksi untuk menghasilkan produk yang betul2 'hidup' dan boleh dihayati oleh semua orang macam.. keikhlasan mereka unt
uk cuba membawa penonton masuk ke dalam dunia perjuangan itu sangat berjaya dan sukses..

mana taknya, pertama kali dalam hidup aku boleh nangis depan tv tengok drama.. wow!! tapi memang betul aku cakap ni.. kalau korang tengok drama ni dari awal sampai habis, aku rase, korang pun akan nangis macam aku.. giler! xpenah aku terfikir aku akan nangis depan tv.. ya Allah..

drama tu buat aku sedar.. anak muda sekarang ni tak macam dulu.. anak-anak muda sekarang memang tahu nak seronok je.. nak menghargai kemerdekaan yang orang zaman dulu dapat pun susah.. aku ade tanye kat kwn2 aku mlm tadi.. ade x sape2 yg tengok.. hampa aku.. dia orang lebih suka layan citer mat saleh.. superanatural la.. merlin la.. hmm...

yang tu kira ok lagi.. dudok rumah je tengok tv.. ntah berapa byk yg melepak kat luar buat keje2 x berfaedah.. melepak berjam-jam, isap rokok, merempit, layan 'nospen jahanam'!.. isy3..

rosli dhobi yang umur baru 16, 17 tahun dah tahu nak berjuang.. aku paling sedih bila dia nekad nak menyimpan rahsia rukun 13 kerana dah mangangkat sumpah bai'ah.. walaupun didesak untuk cakap benda yang sebenar, dia tetap berahsia sehinggalah Awang Ramlee(presiden Rukun 13) yang suruh bagitahu hal sebenar..

mungkin kisah sebenar tak macam kat dalam tv tu.. tapi macamana kalau kisah sebenar nya lebih tragis dari yang diolah dalam tv tu? masya Allah..

aku sendiri taklah patriotik sangat kot.. tapi sekurang2nya kita menghargai jasa2 pejuang terdahulu.. jangan la waktu bulan kemerdekaan je baru nak pasang bendera, nak nyanyi2 lagu patriotik.. jasa2 mereka harus dihargai setiap masa.. terima kasih kepada astro prima yang menyiarkan drama tersebut pada waktu aku tengah kosong ni.. yelah.. aku masih tunggu spm ni.. dok umah je..

paling penting, UTAMAKAN KELUARGA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...