About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, November 16, 2013

1st time main laser tag!

Asalamualaikum. 

Umur aku dah 21. tapi baru nak sentuh laser tag. haha. pengalaman yang awesome gila lah. game counter strike tu pun orang maen dari 10 tahun dulu sampai sekarang, inikan pulak benda yang sama tapi real! bayangkan kau sembunyi belakang dinding lepas tu ada musuh kat dinidng lagi satu cuba nak bunuh kau haha.

laser tag ni benda baru lah rasanya kat kuching/sarawak ni. dia orang bukak dekat city one sama aras dengan gsc. tapi baru2 pun budak semenanjung bukan semua dah pernah main. tu pun mugkin kl je ada benda ni setahu aku. kalau tempat lain ada syukurlah. tak perlu main tembak2 pistol hidup.

cara main laser tag ni simple je. kita tembak je berapa kali kita nak. kalau kita kena, kita mati 7 saat. suit tu akan padam dan reactivated dalam 7 saat. dalam 7 saat tu kau lari la dulu dari musuh. haha

best!

aku rasa paling maximum boleh maen dalam tu 20 orang kot. and maybe boleh divide 4 team maximum. 1 game 10 minit. rate biasa rm15. rate special rm10. tu pun 930pm-10pm isnin-khamis sahaja. waktu lain rate biasa.

awesome do.

dahla tempat tu letak quote Barney Stinson. Rasa nak maen 10 game sehari sebab laser tag ni memang best haha.



Wednesday, January 23, 2013

bawa tangis bawa resah

Semalam aku tak cek result sendiri sebab aku tido rumah pakcik aku. Laptop tinggal kat rumah mak teh. then kenapa aku sanggup suruh sorang kawan yang aku percaya ni pegi check. dia classmate, teammate dan kawan baik aku. since asasi.

aku sms no matric and password epelajar aku kat dia dan aku rasa itu antara kerja paling bijak aku pernah buat. sebab aku tak perlu nak tension pegi check. just tension tunggu reply dia. lepas dah send password tu, 1st sms kawan aku hantar:

"nak aku bagitau ke?"

aku reply.
"bagitau je la.."

the next sms dari dia mula2 buat aku upset dan down sungguh. tapi tak lama.

Mungkin sebab aku rasa ada orang yang boleh bagitau cara yang bagus. cara dia nak bagitau tu pun macam dia tak percaya aku dapat result macam tu.

aku try relaks dan cool dan bersyukur sebab aku sentiasa ready yang kalau ditakdirkan kita gagal, walaupun dah berusaha, itu namanya ujian. 

dan aku sentiasa ingat benda yang jatuh macam n bukan bermakna hidup gagal secara total.  

dan aku percaya ramai lagi yang kurang bernasib baik dari aku

dan aku bersyukur sebab sebelum ni banyak nikmat dah Allah bagi kat aku..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...