About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, December 29, 2012

tak suka ustaz don...

tak suka ustaz don bagi ceramah sekejap sangat kat DeTAR Putra UNIMAS tadi. 10am-12pm. rasa macam terlalu singkat. Mungkin sebab apa yang dia kata tadi tu memang betul pun, mana-mana majlis ilmu malaikat akan turut datang dan memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang datang. Sebab itu manusia senang tidur kalau majlis ilmu. Sebab ketenangan suasananya. Tapi kalau penyampainya bijak dan mencuri tumpuan macam ustaz don, takdak la orang kalut nak pi tidoq! haha

kadang-kadang kita kata kita tak perlu pergi ke ceramah-ceramah macam ni. diri sendiri dah tahu. tapi bagi aku benda ni sama la dengan pergi mandi. walaupun kita tak kotor, tapi kita kena gak mandi hari-hari. macam tu jugak dengan majlis ilmu. kita kena pergi sekerap yang mungkin sebab hati kita ni sikit-sikit akan kotor jugak dengan surrounding kita..

Friday, December 28, 2012

tak faham: rebate smartphone

Ramai yang tak faham bila aku kata rebate smartphone dari gomen tu stupid. Ada yang suruh aku bersyukur macamlah aku ni tak bersyukur, ada yang macam nak bela sangat kerajaan. haha.

tak, ini bukan pasal aku tak bersyukur. tapi ini sebab gagal mencari sebab KENAPA HANYA SMARTPHONE YANG BERHARGA RM500 KE BAWAH SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENEBUS REBATE TU? korang boleh tolong jawab?

ok, aku cakap based on apa yang aku dengar masa ucapan PM masa pembentangan bajet haritu: kita mahu rakyat malaysia terutamanya golongan belia tidak ketinggalan dengan menggunakan smartphone. maka kerajaan akan memberi rebate rm200 untuk membantu rakyat membeli smartphone.

ok. itu rephrase. aku tak ingat susunan ayat yang sebenar tapi aku tak ubah pun maksud ucapan dia masa tu.

kita semua tahu sekarang ni smartphone mana ada yang bawah rm500. ya, memang ada tapi mana ada kualiti. smartphone aku yang atas sikit dari rm500 ni pun dah barai gila dengan lagging dan battery tak tahannya lagi. hardware component cepat rosak lah, dan macam2 lagi masalah. inikan pula yang harga bawah rm500. entah2 tak sampai setahun pakai dah rosak. k siapa yang rugi sekarang? mestilah rakyat yang malang!

apa salahnya beli smartphone yang harganya kita sendiri yang pilih. tiada batasan. lagipun, duit yang selebihnya tu kita sendiri yang tambah. bukan kita mintak rebate itu dinaikkan pun. 

dia samalah macam aku nak belanja korang makan nasi. ok, nasi aku belanja, lauk korang bayar sendiri. tapi lauk yang korang beli tu tak boleh lebih dari 50 sen.

dan korang mesti akan kata. "eh, lauk kami sendiri bayar, suka hatilah nak pilih lauk apa!"

 

Thursday, December 27, 2012

Dekan

Sejak aku masuk form 4 ke MRSM kuching, aku baru tahu sistem pointer di mana aku agak pelik kenapa maksimum pointer adalah 4.0!

kenapa tak 10?
kenapa tak 84?
kenapa mesti 4.0?

Jadi secara jujurnya aku konfess di sini aku sangat-sangatlah mengimpikan pointer 4.0 tersebut tapi tak pernah dapat sampai sekarang. hahaha mimpi jelah. 3 pun susah nak dapat, berangan pulak mamat yang sedang tulis blog masa tengah  solve soalan engineering maths 3 ni nak dapat 4.

aku pun tak faham kenapa aku ni lebih kepada berjuang untuk 'stay fokus buat revision' daripada 'stay focus solve soalan'. senang gila nak distracted. banyak sangat setan kot daam bilik ni! (aku duduk bilik single)

tapi di sebalik semua ini aku berharap sem ni aku dapat dean's list lepas dah drop gila sem lepas. semuanya sebab main bola. bukan aku salahkan bola. aku salahkan masa yang tak betul untuk kami pergi bermain bola nun jauh di utara, Universiti Utara malaysiaq baq hang! 2minggu lagi nak study week boleh pulak melencong ke sana. berapa banyak lecture miss awak pikir sendirilah ok? malu saya nak cakap.

doakan kejayaan kita bersama!

@farabiie

Tuesday, December 25, 2012

blog > twitter?

Kadang-kadang aku rasa menyesal sebab dari awal lagi tak protect account twitter tu. Tapi susah jugak, semua yang kita buat orang kata salah. Protect tweet nanti dikata artis lah, baik tak payah buat twitter lah. Hasilnya sekarang ramai sangat orang follow aku (sila muntah) sampai nak tweet jujur pun semua orang nak terasa. oh come on!

Tapi takpela. sekarang apa-apa aku nak komplen aku akan blog balik. At least ada la orang baca  dan tak terasa kan? Orang yang kat blog ni aku yakin semuanya berfikiran matang dan cool mungkin. haha.

sekarang tengah study week so memang banyak masa termenung daripada study sampai aku pun boleh terfikir nak blogging balik. perghh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...