About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Friday, July 27, 2012

the dark knight rises

Asalamualaikum

menonton filem yang epic is my thing. dalam erti kata penceritaan, tak semestinya action. and I usually read the review of the movie first if i am going to watch them.

The dark knight rises. tak payah nak google sangat review dia. dah banyak sangat following kat twitter menyatakan keterujaan mereka untuk menonton filem itu untuk kali ke-2 bahkan ke-3. sebagai kaki twitter hal itu mempengaruhi aku untuk bersemangat turun kuching dari betong (perjalanan 4 jam + bulan puasa). kalau tak malas aku nak ikut family aku pergi sana. penat lah siot!

http://collider.com/wp-content/uploads/the-dark-knight-rises-christian-bale-poster11.jpg 
 
dah plan dengan member2 aku, jap lagi kitorang akan bersungke sama2 tak tau lagi kat mana. lepas tu pegi taraweh 8 rakaat, terus moreh makan popcorn dalam MBO spring. harap2 takda penyerang panggung wayang ala-ala joker macam kat colorado tu lah. 

Thursday, July 26, 2012

jangan henti berusaha!

Hajat nak menaikkan berat badan aku sebanyak 10 kg mungkin tak kesampaian lagi kali ni sebab cuti semester yang bertembung dengan bulan puasa. Tapi aku gembira sebab aku berjaya naik 3kg. Aku ada impian. Aku masih ada cita-cita nak jadi pemain bola sepak profesional. Umur yang masih belum mencapai angka 20 menyebabkan aku yakin.

tahun pertama dan berjaya mewakili universiti adalah not bad lagsung bagi aku. Walaupun tak dipilih pada pemilihan pertama sebab tangan terseliuh yang mmbataskan pergerakan aku di padang, dek kerana rezeki, aku berjaya di pemilihan kedua. Alhamdulillah.

tapi banyak yang tak memuaskan hati aku.

pertama, aku dipilih sebagai pemain pertahanan. come on! sepanjang aku main bola dari kecik tak pernah langsung aku defend-minded. rasa macam orang baru nak belajar main bola bila aku jadi defend. macamana aku terpilih pun aku tak tahu?

secondly, aku tak main 1st eleven. siapa2 yang main bola official akan tahu betapa sakit hatinya dan geram yang tidak dapat diatasinyepun bila tengok kawan-kawan yang lain main dan kita duduk diam tepi padang. damn!

Dan aku belajar sesuatu daripada tu. mungkin memang kerana kekurangan fizikal aku sendiri. orang lain tegap macam balotelli, aku pulak keding. bayangkan dengan tinggi hampir 6 kaki, aku hanya seberat 53 kg. keding tak keding?


jadi itulah penyebabnya kenapa aku beriya sangat ak naik berat badan, at least 65 kg. tapi kalau duduk jauh dari rumah susah la sebab nak kena berjimat.tengoklah betapa kedingnya aku.


sumber: google

Wednesday, July 25, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

aku sengaja tak post kat blog ni dalam jangka masa yang agak lama. mungkin aku busy dan tak ada masa.tapi sebenarnya aku nak cari tempat yang aku boleh cakap agar tak ada sapa boleh butthurt. twitter? dah ramai sangat orang dan ramai gila nak butthurt. so, sekarang mungkin ramai dah tak bukak blog dan aku boleh post sesuka hati lah kot! haha

nak kasi private tak best la. aku bukannya taknak orang baca terus. aku nak tulis kat alam maya ni pun sebab nak express and share kat orang. kalau boleh aku nak strangers dan orang yang betul-betul rapat dengan aku je yang baca. haha

sekarang macam budak2 degree yang lain aku tengah cuti sem. puas gila duduk kat rumah. tapi sapa2 yang dah di alam menara gading ni mesti suka gila duduk kat rumah sebab dapat makan free. kalau duduk kat U mau gilo asyik pikir nak bajet makan. kadang2 tak tahu nak makan apa. kat rumah ni pegi je dapo semuanya terhidang. tak payah aku nak pikir panjang. epp! jangan tak puasa pulak! kahkahkah..

aku pulak dah jadi uncle. haritu kakak sulung aku baru je beranak. baby tu dah masuk 5 bulan dah sekarang. tiap hari nak kena cium budak tu. hahaha. oh ya! nama diberi, Abang Aisy Miqhael b Abg ahmad Salimin. comel gila! :)

OK lah. post ni mungkin mukadimah je kot untuk aku mula memlog kembali. harap2 aku tak malas. haha. aku kena kikis sifat malas ni. teruk gila. asalamualaikum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...