About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, July 25, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

aku sengaja tak post kat blog ni dalam jangka masa yang agak lama. mungkin aku busy dan tak ada masa.tapi sebenarnya aku nak cari tempat yang aku boleh cakap agar tak ada sapa boleh butthurt. twitter? dah ramai sangat orang dan ramai gila nak butthurt. so, sekarang mungkin ramai dah tak bukak blog dan aku boleh post sesuka hati lah kot! haha

nak kasi private tak best la. aku bukannya taknak orang baca terus. aku nak tulis kat alam maya ni pun sebab nak express and share kat orang. kalau boleh aku nak strangers dan orang yang betul-betul rapat dengan aku je yang baca. haha

sekarang macam budak2 degree yang lain aku tengah cuti sem. puas gila duduk kat rumah. tapi sapa2 yang dah di alam menara gading ni mesti suka gila duduk kat rumah sebab dapat makan free. kalau duduk kat U mau gilo asyik pikir nak bajet makan. kadang2 tak tahu nak makan apa. kat rumah ni pegi je dapo semuanya terhidang. tak payah aku nak pikir panjang. epp! jangan tak puasa pulak! kahkahkah..

aku pulak dah jadi uncle. haritu kakak sulung aku baru je beranak. baby tu dah masuk 5 bulan dah sekarang. tiap hari nak kena cium budak tu. hahaha. oh ya! nama diberi, Abang Aisy Miqhael b Abg ahmad Salimin. comel gila! :)

OK lah. post ni mungkin mukadimah je kot untuk aku mula memlog kembali. harap2 aku tak malas. haha. aku kena kikis sifat malas ni. teruk gila. asalamualaikum!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...