About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Tuesday, January 24, 2012

mana pergi kekuatan bujang senang?

Dulu pasukan bolasepak sarawak cukup digeruni dan ditakuti sekuruh Malaysia. Sehinggakan rata-rata pemain yang mewakili Malaysia adalah dari Sarawak seperti Bobby Pian, kembar Ramos Sari dan Ramles Sari, Gilbert Cassidy Gawing dan ramai lagi. tapi sekarang makin tenggelam dan mundur. apakah puncanya?

Sarawak adalah negeri yang sangat luas dan bakatnya sebenarnya banyak. tapi masalahnya sekarang adalah pembangunan peringkat akar umbi. kalau akar dah tak kuat macam mana pokok nak berdiri kan?

untuk pengetahuan anda, aku dah tengok sendiri kat depan mata aku. budak-budak yang ada potensi selalu dipinggirkan. sebaliknya, coach yang kononnya hebat akan pilih pemain dari kalangan saudara-mara, adik-beradik, kawan-kawan dan itisi. paham kan apa aku nak sampaikan?

bola ni permainan berpasukan. kita takkan dapat biar seorang bakat tu berkembang dengan sendirinya. ia perlu diasah, dilatih dan dibentuk. tapi kalau kita tak ambik dia masuk team, macam mana dia nak dapat peluang? sia-sia.

aku agak menyampah dengan team kampung aku. perasan hebat.
baiklah. saja-saja nak menulis. bosan kot.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...