About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Sunday, January 22, 2012

anggapan orang di sekeliling

bila kita dah lama tak muncul di mata orang, orang akan sedikit demi sedikit melupakan kita. jadi bila kita muncul balik, orang akan ada first impression semula dekat kita. dia kenal kita. dalam pemkiran dia mungkin kita dah berubah. sebab itu bila kita jumpa balik orang yang dah lama kita tak jumpa, kita akan rasa malu-malu taik kucing. orang pun sama.

itu pengajaran yang aku dapat sebab jarang balik kampung. kawan-kawan yang dulu selalu main tarik2 seluar samapai bogel dah jadi kawan yang awkward. tak tahu nak cakap apa sesama sendiri. mungkin jugak semua dah besar.

tapi aku rindu kawan-kawan aku tu yang dulu. lepak sama-sama, main bola sama-sama. ya, terutamanya kawan main bola. dulu sebelum masuk padang gelak sampai puas semuanya. sekarang diam je masing-masing. terutama dekat aku. haha. mungkin salah aku jugak. sebab aku sekarang pendiam. aku takut terlepas cakap. terutama sekali cakap besar. 

 ni kanak2 kampung aku. credit to azrul sharkawi


kawan-kawan aku kat kampung tak semua pandai-pandai macam korang. tak semua bernasib baik dapat masuk menara gading. aku ni tak menunjuk tapi aku dapat rasa diorang ada rasa rendah diri bila jumpa aku. aku taknak tapi realiti ekarang macam tu.

tapi yang masih kekal adalah chemistry atas padang bola tak jauh berubah. aku harap benda ni lah yang menyatukan kita. komunikasi tak semestinya melalui perkataan dan dialog bukan? :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...