About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Tuesday, May 31, 2011

gadiss


adapun dua orang gadis cantik. duduk bersama. seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju bunga bunga. kita lihat rambut mereka sama. warna merah mungkin. nampak sangat rapat.

pepatah melayu berbunyi,
rambut sama hitam, hati siapa yang tahu?
daripada dua orang gadis yang kononnya rapat itu, lihat saja kenapa mereka tidak memakai baju yang sama? kenapa lain? kerana masing-masing punyai minat masing-masing. tidak mungkin kita yang tak sama background, akan melihat kehidupan ini dari sudut yang sama. dalam sesuatu hal, biasanya seseorang akan menilai dulu, adakah perkara itu menjadi faedah kepada mereka. memang ada yang ikhlas. tapi, jarang. sukar nak jumpa. seperti mencari jarum di dalam jerami padi agaknya.

mempercayai itu harus! tapi biar berwaspada. 
"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"
kenapa perlu berpada-pada? kerana kita tak diberi kelebihan untuk membaca hati manusia lain. tak semua orang itu layak mendapat layanan baik dari kita.  lebih baik kita cari kebenaran. semua orang wajib mencari kebenaran. hobi manusia zaman lampau yang sangat berbeza dengan spesies manusia hari ini. manusia hari ini, mencari kesalahan orang lain itu lebih seronok dari mencari kebenaran.
 
  

tak semua orang dapat faham cerita kita. tak semua yang mahu ambil berat. mereka cuma ingin tahu. mana tahu ada lubang yang boleh dimasuki. kalau kita sendiri dah tahu kita benar, betul dan jujur. cukup sudah. pekakkan sahaja telinga. berjalan pandang ke depan. bukan ke belakang.

 

Monday, May 30, 2011

saya dan parit

di sebelah rumah saya ada orang buat parit. saya sangat angol sebab mereka bawak mesin pembancuh simen itu untuk membuat parit itu. sangat bising. parit itu salah satu lagi projek kerajaan barisan nasional kot. antara sebab saya tak suka adalah


  • bising. saya nak dengar lagu pun tak dapat. adoi.. macam mana ini.
  • bau. parit itu bau sebab ada kereta lipan(kobelco) yang gali gali parit itu. bau sangat tanah itu.
  • sempit. kalau ada lori hantar batu sama pasir itu, sempit la kawasan rumah saya. tu saya suruh mereka angkat cepat-cepat. 
  • berdebu.mana tak berdebu kalau ada pasir dengan batu. ada simen lagi haiyya.
  • takda lubang. kalau dah dia buat parit simen, mana ada lubang ikan keli lagi dekat situ. dulu saya kecik-kecik selalu memancing dekat situ dapat ikan besar besar. sekarang memang tidak dapat lagi itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...