About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, May 25, 2011

kasut bola

kalau perempuan mungkin obses dengan pakaian seperti baju, shawl dan sebagainya. lelaki pun ada obsesi jugak. aku tak pasti benda ni majoriti obses benda yang sama atau tak tapi ni obsesi aku. sebab kalau aku pegi shopping complex memang aku akan usha benda ni walaupun takda duit. muka bajet nak beli, siap pegang, dan try saiz lagi habaq hang. bagaikan senjata yang perlu dimiliki oleh setiap orang macam aku, sangat penting dan mencerminkan personaliti seseorang di atas padang. huh, kalau dah sembang pasal padang, apa lagi kalau bukan kasut bola.


jom usha!

ADIDAS ni pengeluar paling otai kasut bola. aku memang minat giler do dengan adidas. dia tak lawa sangat macam nike tapi dia ada identiti dia sendiri seperti keselesaan yang maksimum. kalau kau lari atas rumput pakai kasut ni kan, kau akan rasa kaki atas kusyen tau. agak2 macam tu la. haha. lepas tu, kalau waktu sepak bola pulak, dapat rasa permukaan kasut ni macam spring tau. dia bagi support kat kaki kau untuk sepak dengan kuat. itu apa yang aku rasa. lepas tu yang paling aku suka pasal adidas punya kasut adalah kualiti dia. terbaik do. aku punya kasut boleh tahan lebih dari setahun. 

okay. gambar kat atas ni adidas predator. latest. adidas ada 3 jenis iaitu 
  • adidas predator
  • adidas f50
  • adidas adipure.
adidas predator ni banyak legend yang pakai macam Zinedine Zidane ( my idol), David Beckham, Steven Gerrard, Xavi, Raul Gonzales, Frank Lampard, micheal Ballack.. perghh.. semua legend bola sepak moden ni. tak perlu aku nak tambah kot. kalau nak tahu sapa lagi yang pakai predator, boleh search kat google ngan pesbuk..
biasanya harga kasut bola yang ori rm 700 ke atas. tapi aku tak pernah beli kot yang harga macam ni. belum mampu lagi. tunggu aku jadi pemain MU nanti boleh la kot. kalau setakat main wakil sekolah, wakil universiti, tak payah kot. haha. takdelah. ekot la. puas siot kalau pakai kasut mahal.

jom gunting

semalam aku pergi kedai gunting rambut. bukan nak beli gunting. tapi nak suruh tukang gunting tu potong rambut ni ha.

rimas siot. rambut aku, membengkok kat hujong. koras pulak tu. dah mak kata potong, potong jo la.


hensemm.. ha.. puji diri sendiri bukan riak okay. ni tanda aku bersyukur dengan rupa yang tuhan dah bagi kat aku ni. weeee.. 


 sebelum



taraaaaaaaaa

so okay tak? bagi aku okay je la. aku suka rambut yang simple2 macam ni. barulah awek suka. mak pun selalu pesan, jangan selekeh sangat nanti awek lariiikkk.. ish.. sik kamek mok camya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...