About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Monday, February 14, 2011

Kepada setahun-jagung-pun-belum

pertama sekali aku tetap seorang islam. tapi kenapa aku nampak semua orang islam nak post pasal jangan sambut valentine? kalau cakap secara privasi dengan sesama saudara islam tak apalah. boleh dijadikan sebagai suatu peringatan sesama saudara. tapi kalau cakap depan public, depan orang ramai, orang bukan Islam, dalam fb, twitter dan sebagainya, macam mana kita nak tarik mereka ke dalam agama kita? kita kena tarik mereka kamu tahu? kalau tak, nanti mereka akan tarik kita kat akhirat sebab waktu kat dunia kita tak tarik mereka.

Hakikatnya, dengan cara ini, kita bukan berdakwah, tetapi akan buat orang bukan Islam pandang negatif kat kita. tolonglah, ini bukan cara yang Rasulullah ajar. lagipun, lebih baik kita pesan kat semua orang Isalam pegi sembahyang lima waktu lagi baik. contohnya, post la pasal sembahyang. sebab apa aku pick solat as the point is because it is the most crucial thing that Allah want us as a muslim to do. tak apalah cakap pasal solat hari-hari. dah tu benda PALING PENTING  atas dunia.

bagi aku, kalau tak nak orang kita sambut valentine, ada cara lain yang lebih intelegensia. Allah dah bagi otak, cetuskanlah idea yang lebih halus. contohnya, lebih baik kita war-warkan dan semarakkan sambutan Maulidur Rasul. kita tenggelamkan secara halus sambutan lain. dah, aku nak buat assignment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...