About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, October 5, 2011

rasa yang lain


semakin umur meningkat, makin aku rasa lain.

sudut yang aku nak cakap adalah rasa tanggungjawab lagi-lagi kat diri sendiri.

kalau beberapa ketika dulu aku pernah rasa nak enjoy setiap kali jarum saat dekat jam tu bergerak dan aku rasa sebagai orang muda aku perlu enjoy selagi mak bapak bagi duit.

tapi sekarang rasa tu semakin hilang dan semangat enjoy tu entah lesap ke mana. kalau dulu aku nak mintak ayah bank-in duit bukan main senang hati tapi sekarang setiap kali nak mintak tu aku rasa ada sesuatu yang tak merelakan aku tulis sms kat ayah cakap; "duit dah habis."



tapi sampai sekarang, aku mengaku yang tak pernah lagi aku tunggu sampai ayah aku sendiri yang bank-in kan duit untuk aku. memang duit aku akan habis sebelum tiba masanya. aku harap korang faham.

mungkin aku boleh buang rasa serba salah tu dengan buat pinjaman dekat ptptn etc. tapi ayah aku kata tak payah. mungkin sebab aku satu-satunya zuriatnya yang masih belajar jadi tak jadi masalah baginya. mungkin.

aku tak tahu. kita tak pernah masuk dalam dunia seorang bapa. tak pernah rasa apa yang dia orang rasa. mungkin ada empati dalam diri ni tapi takkan sama apa yang kita rasa dengan rasa yang mereka rasa. 

dalam dunia ada banyak misteri yang kita sendiri susah nak solve. kadang-kadang kita cuma boleh luahkan kat orang kat sekeliling kita. mana tahu, disebabkan oleh background yang dari pelbagai dimensi, akan ada someone yang dapat lihat masalah kita dari angle yang tepat dan kemudian akan bagi step yang kita sendiri susah nak fikir.

*definisi enjoy bagi aku adalah habiskan duit makan sedap-sedap. pegi tengok wayang. shopping baju baru, pegi sewa court futsal. benda yang simple.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...