About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Thursday, October 6, 2011

I Love My Mom

Mak adalah orang yang paling sayang dekat aku, kaklong, kak ida, bang an and bangri. 

Mak dah bawak aku dalam perut dia plus minus 9 bulan; 19 tahun yang dulu. Mak adalah orang pertama yang memberi sentuhan fizikal dan mental kat aku. 

melalui rahimnya.

Rahim itu.

Rahim itu akan dibuang terus dari badan mak hari ni. Yang pada pemikiran aku adalah sesuatu yang kejam. Tapi benda tu harus dibedah dan dibuang sebelum ia terus memudaratkan mak. 

secara biologikal, bagi aku aku berasal dari tempat tu.

aku rasa sebak. bila teringat balik waktu SPM dulu mak pernah masuk wad tapi satu family taknak bagitau aku sebab takut aku tak boleh fokus. Aku rasa sedih tapi diaorang buat semua tu untuk aku. aku faham. tapi aku tetap sedih. aku hanya tahu bila tahun ni masa cuti penyakit mak(ketumbuhan rahim) tu datang balik masa aku cuti panjang tu dulu.. 

kalau mak korang masih sihat, Alhamdulillah. jaga mak korang betul-betul. jangan abaikan mak. jangan sakitkan hati mak. jangan tinggikan suara dekat mak.

“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.” (an-Nisaa: 36)

doakan Mak akan sihat, bahgia dan panjang umur. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...