About Me

simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Monday, June 20, 2011

superb7

asalamualaikum.

tadi tengah bosan2 yang agak over, overhauled, aku pegi la bukak gamba yang ada dalam laptop aku. bila bukak folder yang aku bagi nama "gambar2 klmj", memang senyum gak la aku. gambar2 kenangan dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, mrsm, sampailah asasi.

tapi post ni aku nak cerita sikit pasal satu gambar. gambar group aku masa Minggu Aluan Pelajar 2010 Asasi UNIMAS. hehe. memang goosebumps jugak la tengok gambar ni. rasa macam tak percaya lak aku dah abis asasi. lagi2 minggu lepas aku baru habis jadi Liaison Officer (LO) untuk 2nd batch. aku dulu 1st batch. memang cepat gila masa berlalu kan? sumpah laju!


superb7
haha. ni lah group aku dulu. paling best sebab group aku menang cheers/yell terbaik masa tu. lepas tu group kitorang dapat kumpulan terbaik keseluruhan. tepuk2!

clap3! hahaha

okay. ketua goup ni dulu adalah Haris Sharim. memang layak jadi ketualah sebab lepastu dia jadi presiden Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (JPPPU) Unimas yang pertama. perhh.. terbaaaa la ko haris.

tapi kan, bila aku tengok gambar ni, aku rasa bersalah pulak sebab ahli perempuan dalam ni aku tak ingat nama. haha. mungkin sebab seminggu tu tak cukup untuk kenal. lagipun aku tak bercakap sangat dengan perempuan. I pemalu kan. :p tapi taklah semua aku tak ingat. sorang dua je. hee..

member paling best, kelakar dan gila dalam group tak ada dalam gambar ni. nama dia azuan roslan. entah la dia pi mana. cari awek kot. dia hotsetap. hahahaha.

tapi banyak kan cerita kat dalam dunia ni yang boleh kita ceritakan. dari satu gambar, macam2 kita boleh ingat. :)

"ikan kekek mak iloi iloi.. ikan gelama mak ilai ilai.. superb seven lagaknya amboi.. kumpulan lain terkulai-kulai..
CUAK CUAK CUAK! 
SIK CUAK! SIK CUAK!
TAKUT TAKUT TAKUT!
SIK TAKUT! SIK TAKUT!
SEMPEK SEMPEK SEMPEK!
SIK SEMPEK! SIK SEMPEK!
SUPEEEEEEERRRRRRRRRBBBBB SEVENNNNN!!" -SUPERB SEVEN.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...