About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Sunday, June 19, 2011

hidup ini dipalat

kadang-kadang aku memang rasa disabotaj kat sini. DUA KALI SUDAH! okay, dulu aku diajak oleh seorang budak ni untuk masuk team futsal dia. aku terima je lah. bila ada team lain ajak aku. aku tolak la tawaran team lain tu. 

lepas tu, team yang awal-awal ambik aku tu cakap team dah penuh dan aku tak boleh main. ok, sekarang aku takda team nak main. team yang  tadi pulak dah cukup orang dan tak memerlukan aku dah. jadi, aku tak ada team dan tak dapat main tournament. 


kecewa.

itu kali pertama dan aku take it positive. lagipun aku jarang ada kat kampung jadi aku faham kedudukan aku. siapalah aku kan?

unf*cktunately, benda tu jadi sekali lagi. keadaan yang sama. situasi yang sama. aku tak expect dia akan cakap sekali lagi kat aku macam tu. 

"sori, cikgu **** kata team dah cukup. kau takleh main, sorry. " 

cop cop! cikgu?

baiklah. 2 tahun lepas masa aku belom sambong study, aku ada lawan team under cikgu tu. masa match tu, dipendekkan cerita, diorang main kasar gila sampai kaki aku patah! cikgu tu pulak, boleh senyum sinis tengok aku jalan terhincut-hincut depan dia. tak ada pulak dia nak tunjuk muka kesian kat aku. at least la kan?

rupa-rupanya cikgu tu antara orang yang tak suka ayah aku pegang jawatan kat kampung ni. Astaghfirullahalazim. tipikal jenis manusia ni. sebijik macam dalam drama. sampai aku kena tempias dia.

aku tak ambik port sangat hal orang tua ni. sebab tu tahun ni aku tak kisah nak main dengan team dia. tapi bila tengok nama aku, terus dia reject. budak lain yang tak terer nak pulak dia ambik(jujur).

aku bukan nak puji diri sendiri. tapi aku nak show so korang boleh nampak. kalau main kat kampung ni, memang aku lah yang selalu sumbat gol. hari-hari muka aku je la. tapi, aku ada instinct yang tinggi bahwa budak2 tak nak aku menonjol dari diorang. what a life!
 salam dari kpg.

1 comment:

~nashrulez~ said...

ku jemput kau g c-aman.. da tournament bulan 7..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...