About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Wednesday, June 22, 2011

fixie

  
sekarang ramai budak-budak main fixie. tapi kat tempat aku takdak lagi kot. tak pernah nampak lagi.


bagi yang tak tau apa itu fixie, fixie tu basikal lah. ada ke aku tunjuk gamba lain? semua gamba basikal la kan? haha. fixie ni berasal dari perkataan "fixed-gear bicycle". kalau aku kecik2 dulu main basikal, kitorang panggil 'basikal gear mati.' 



apa yang unik pasal fixie ni, kalau basikal ni jalan, pedal dia akan terus rotate mengikut pergerakan tayar. maknanya, kita tak boleh kayuh pedal ke belakang dengan free. kalau kita mengayuh ke belakang, ia akan menyebabkan basikal menjadi perlahan. dan mengayuh ke belakang merupakan salah satu cara untuk membrek fixie. jarang orang pakai fixie ada brek tangan. aku pun tak faham kenapa tapi mungkin sebab nak stail kot. tapi memang bahaya la kan kalau tak ada brek. sebab tu orang perempuan main fixie selalu jatuh. sebab tak ada brek dan depa tak reti nak brek. lalala~



gamba kat atas ni merupakan cara kedua membrek fixie. entah, aku pun tak reti kot. sebab aku tak pernah cuba lagi. :p tapi basically, kaki yang kat belakang tu akan bagi resistance la kat tayar belakang tu. manual dan mekanikal bukan?




 sebenarnya, apa2 basikal pun boleh dipanggil fixie as long as asalkan dia pakai fixed-gear. cuma trend sekarang la pakai fixie dengan body basikal yang lawa dan berwarna-warni macam ni.






kalau kat Malaysia ni, kat main cities ada la fixie lawa macam dalam gambar kat atas tu. lagi-lagi anak orang kaya. sebab hari tu aku pegi mekdi kat kuching waktu malam, aku nampak la beberapa helai fixie yang lawa park depan mekdi tu. owners die pulak dudok lepak2 kat meja kat lua tuh tunjuk muka bangga. huh! belagak. sebenanya aku jeles. okay. loser kan aku. kawan aku cakap tu member dia. anak orang berada jugak la. takpa2. rezeki depa. alhamdulillah.. hehe

nanti kalau aku ada duit, nak angkat satu la fixie warna ungu. boleh pegi kuliah naik basikal. kan bagus. selain dapat menyihatkan badan, boleh jugak menjayakan prinsip mesra alam. kan? okay, kalau entri ni tak betul, tak cukup, ataupun korang tak puas hati ke ape jom la gaduh. haha. takdela. komen kat bawah, terimekaseh. :)


*mekdi=Mc Donalds

3 comments:

luctensity said...

k basikal pun nya mok show off ka? :0

Al Farabie Ropa said...

entahla.. maybe sebab benda tok a bit rare..

luctensity said...

bukan basikal biasa jak ka? rare? :s
tapi aku akui nok gamba2 atas ya nang kacak la :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...