About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Tuesday, May 31, 2011

gadiss


adapun dua orang gadis cantik. duduk bersama. seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju bunga bunga. kita lihat rambut mereka sama. warna merah mungkin. nampak sangat rapat.

pepatah melayu berbunyi,
rambut sama hitam, hati siapa yang tahu?
daripada dua orang gadis yang kononnya rapat itu, lihat saja kenapa mereka tidak memakai baju yang sama? kenapa lain? kerana masing-masing punyai minat masing-masing. tidak mungkin kita yang tak sama background, akan melihat kehidupan ini dari sudut yang sama. dalam sesuatu hal, biasanya seseorang akan menilai dulu, adakah perkara itu menjadi faedah kepada mereka. memang ada yang ikhlas. tapi, jarang. sukar nak jumpa. seperti mencari jarum di dalam jerami padi agaknya.

mempercayai itu harus! tapi biar berwaspada. 
"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"
kenapa perlu berpada-pada? kerana kita tak diberi kelebihan untuk membaca hati manusia lain. tak semua orang itu layak mendapat layanan baik dari kita.  lebih baik kita cari kebenaran. semua orang wajib mencari kebenaran. hobi manusia zaman lampau yang sangat berbeza dengan spesies manusia hari ini. manusia hari ini, mencari kesalahan orang lain itu lebih seronok dari mencari kebenaran.
 
  

tak semua orang dapat faham cerita kita. tak semua yang mahu ambil berat. mereka cuma ingin tahu. mana tahu ada lubang yang boleh dimasuki. kalau kita sendiri dah tahu kita benar, betul dan jujur. cukup sudah. pekakkan sahaja telinga. berjalan pandang ke depan. bukan ke belakang.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...