About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Thursday, November 11, 2010

pemain bola sepak MU yang tersesat kat ipta.

MUET. aku sangat la tak ready(wah, english word!) nak amik muet. Aku bukan nak bagi alasan tapi takdak semangat weh. mana entah pegi semangat aku. aku rasa sekarang ni aku semangat nak push up ngan sit up je tiap2 hari kot. wakakaka. serius do. aku sangat desperate nak ada badan yang tough macam cristiano ronaldo. tv punya pasal la. aku saja2 nak tengok tv kan sebelum lunch sambil tunggu ayah aku balik dari sekolah. boleh pulak tv tu tunjuk cristiano ronaldo ni menggelecek ke kotak penalti lalu meledakkan rembatan kai kanan nya dan goll!! wuyoo.. dengan gampangnya TV itu telah memotivate aku untuk workout badan aku ni. aku pernah dapat banyak gelaran la macam... ehh, asal aku cita lain lak ni. aiyoo.. tengok. nampak sangat aku tak fokus kat MUET. takpa. nanti aku nak post jugak pasal perjalanan hidupku menjadi tough. wakakaka.

masalah pulak buku muet aku tinggal kat kolej seroja tercinta. macam mana aku nak blaja? ha? balaja kat internet. cis. banyak la. aku tengok yang kat internet ni tak sama pun macam penceramah hari tu ajar. tu yang aku takut aku muet bawak mazhab lain. nanti dapat result band 100. haa. macam mana tu. tak salah aku ada band 1-6 je kot. aku tak tahu dan aku malas nak tahu. nah. amik ko. typical malay betol la aku ni. pemalas. kakaka. tapi aku nak berubah jadi rajin. hmm. semester 2 nanti lah. (satu lagi tipikal melayu). haisshh. kenapa la banyak sangat setan menghasut aku ni. mungkin sebab aku suka sangat pakai baju MU kot. ada lambang red devil. haa. terpaksa la aku bakar semua jersi MU ku nanti. cis. nak kasi orang pinjam pun aku lokek. nak bakar? gigit lidah aku dulu sampai putus. adeh! adeh! sakit nye!. tapi kan, aku ada bagi kat manusia tercinta dua bilah baju MU. ha. dua bilah. sapa aja ko simpulan bahasa 2 bilah? eh, simpulan bahasa ke penjodoh bilangan? haha. bes lak lagu shahir ni (now playing) . mentang-mentang masuk ajl. nak menyemak lak kat playlist aku. haha. eh, aku bagi kat si dia 2 helai baju MU. satu biru dan satu merah. baik tak aku? abang aku lagi kelaka. hadiah birthday ex dia dulu kan, dia bagi jersi MU. hahaha. aku tak. aku bagi kat si dia untuk penghargaan sahaja. kerana telah sabar dengan aku yang tak layan sms dia setiap kali match MU. boo. tipikal lelaki malaysia. tengok bola je terus mengabaikan awek. tapi aku tak. tadi aku acah je kot. haha.

okay. esok aku gerak ke kuching. kalau sempat, nak jugak jumpa kawan. paling penting, mestila nak tengok si dia tercinta. wahh. rindunya nak tengok muka comel budak tu. tapi paling penting aku nak singgah unimas dulu ambik slip MUET  dan buku ACE muet yang sengaja ditinggal di asrama. haha. malam aku nak tibai satu buku tu. insha Allah. beberapa hari ni aku asyik doa je nak mintak dapat jawab exam muet dengan mudah tapi usaha takda, tak boleh jalan kan. tapi, usaha last minute pun kira usaha jugak. (typical malaysian student). semua benda nak buat last minute. tapi antara usaha dengan doa, aku lebih percaya kepada doa. kenapa? cuba sendiri. wallahu alam.



                                       

Tuesday, November 9, 2010

mencari konklusi

Bes doh semifinal ajl semalam.

oh yeah!!

salah ke aku nak tengok?
aku bukan ade bende sangat nak buat kat kampung ni. o9, tv, men bola. tu je la.
daripada aku bersepah melepak, menyumpah mak orang, isap rokok, minum arak. bodoh la wei!

aku lepak kat rumah dengan mak aku lagi bes lahhh. sejuk sikit hati mak tengok aku. lepas tu, mak aku boleh buatkan aku air milo, roti bakar, mi goreng.. haa... hahahaha.. bes doe..


results semester 1:

8HARI LAGI.

8 DAYS TO GO.



Monday, November 8, 2010

hantu kesurupan!


results asasi unimas semester 1 (1st batch)

9 hari lagi.

9 days to go.

aku dah cuak!
dah cuak!
dah cuak!


Sunday, November 7, 2010

MALAYSIA: Guangzhou 2010. bawalah tuah wahai jersi baru.


jersi baru pasukan Malaysia.

jersi baru! style lah. nampak simple. orang kata simplicity is the best. so harap pasukan Malaysia boleh kasi gegar itu China. kasi pecah la itu tembok besar China. ho yeah. baju baru ni. jangan la kasi Malu orang kat Malaysia kayh. Thailand pun pakai cap ayam tapi boleh menang 6-0. orang Malaysia mesti boleh buat lagi gempak la!

Malaysia akan main esok lawan kyrgystan. lepas tu, akan jumpa Jepun dan tuan rumah, China. jadi, aku rasa tak boleh nak mengharap sangat sebab ni kira kumpulan maut. tapi tak pa, kita tetap bagi sokongan kat negara kita. jangan kutuk lah kalau kalah. biasalah tu. adat bertanding. kan??

ni aku nak bagi prediction sikit:

MALAYSIA vs kyrgyzstan(tepakse aku google nak tengok spelling die.. haha)

ni boleh menang kot. sebab negara ni tak femes dan aku rasa tak kuat kot. boleh la menang. tapi bak kata k.rajagobal. eh, rajagobal ke rajagopal??? dia kata kita tak tahu corak lawan so kita akan main ikut rentak kita.haa.. tu dia. aku pun tak tau macam mana tuh. tapi tengok la esok. tv 820++. ade la tu.


MALAYSIA vs Japan

alah. korang sendiri tau Jepun ni kuasa besar kat asia. faham-faham lahhhh

MALAYSIA vs China

yang ni lagilah. tuan rumah. apa aku nak cakap???
berdoa je lah! AMIN.

ilham dari sungai.





pejamkan matamu untukku
dengarlah dunia berkata-kata
usah kau ragu di sini tempatmu
walau berubah di mata kita tetap indah
selagi kau masih percaya.

ketawa kecewa terpisah
jalan yang lurus kian berhala
adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
ku harap ku masih percaya

adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
ku harap kau masih percaya

buka matamu biar aku memelukmu
kita bersama masih muda masih mentah
ku harap kau masih percaya

selama ini.. selama ini.. selama ini.. selama ini..
selama ini.. selama ini.. selama ini..

aizat-sungai lui



selain hujan, aizat adalah penyanyi yang sangat aku respek. lagu kat atas ni dah membuktikan idea beliau yang segar dan kreatif! apa yang paling aku kagum adalah aplikasi angklung, alat muzik traidisional ke dalam lagu ni. bukan senang nak masukkan alat muzik tradisional ke dalam lagu moden. tapi beliau mampu. sedap.

lagu ni selalu buat aku berfikir serius. tentang hidup. tentang masa depan. tentang akhirat juga. dari tafsiran yang aku cari sendiri, lagu ini banyak berkisar tentang konflik dalaman remaja. umur kita lah. tatkala pada fasa ini kita didatangi dengan pelbagai cabaran. kita dirunsingkan dengan macam-macam dilema. terlalu banyak keputusan yang penting harus diputuskan. sedangkan kita belum cukup matang dalam membuat keputusan. jadi ini adalah satu proses pembelajaran yang kita belajar dari diri sendiri.

tapi kadang-kadang kita terlalu mengutamakan cita-cita kita di dunia. sampai lupa janji kita pada tuhan. kerana kita ada di atas bumi ini adalah kerana-Nya. Mengapa kita terlalu hampa jika gagal di dunia sedangkan Allah telah berjanji bahawa kita tidak akan kecewa jika kita mengejar akhirat. kerapkali aku rasa hina sebab terlalu mengejar dunia.

mahukan kejayaan akademik. mahukan pekerjaan dan pangkat. mahukan rumah besar. mahukan kekayaan. tapi semua itu tak guna jika kita lupa pada Pencipta.
tetapi tidak dilarang mengejar dunia asalkan besederhana.

lirik lagu ini juga seperti ditujukan kepada seseorang yang sangat disayangi. banyak berlaku dalam fasa hidup kita sekarang apabila kita terpaksa meninggalkan dan 'mengabaikan' orang yang kita sayang demi untuk mengejar cita-cita. dia seolah-olah meminta kekasihnya akur terhadap pemergiannya mengejar cita-cita.

"kita bersama masih muda masih mentah
ku harap kau masih percaya.."

aku sangat yakin bahawa apa yang penting adalah kepercayaan.trustworthy. kebanyakan perhubungan retak kerana tiada kepercayaan yang kuat. rasa sangsi pula yang berlebih-lebih. tapi sebagai remaja aku tak rasa kita tak perlu sampai terlalu serius dalam perhubungan. "ilek2 jak la.." kalau ada jodoh itu, tak akan ke mana. tapi kalau takut jodoh tu lari, ustazah aku cakap, doa la banyak-banyak kalau betul-betul nak kat seseorang tu. bila kita terlebih fikir, nanti akan menggangu emosi sampai hasilnya nanti tak elok. kita kena jadi orang yang tenang. jalan hidup kita dah tertulis dah pun kat luh mahfuz jadi tanggungjawab kita buat apa yang patut. kita sendiri tahu apa yang baik. apa yang buruk. semoga kita tak hanyut!




"the only way to make a man trustworthy is to trust him."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...