About Me

My photo
simply ebi. be yourself but don't be selfish.

Saturday, July 31, 2010

hari ini.

bangun kul 6.
solat.
tido.
bangun 8.30.
timbalan dekan attack dorm! (mental kene hentam dow, terus pergi sukaneka)
~sukaneka~
balik!
tido!
zzzz..smpai kol 4 ptg..

bes kan cerite aku.. sume kawan aku dah cerite.. rajin2 la mengusya blog mereka kat tepi tuh.. haha

chemistry mode.

Monday, July 26, 2010

dan saya makin bodoh kot.

aku buka pintu dewan kuliah asasi itu untuk kelas Mr phang dan mendapati dia sedang sibuk mengembalikan kertas test mathematics minggu lepas. waktu aku lalu sebelah dia aku perasan markah kertas yang dia bagi semuanya tinggi-tinggi. aku duduk terus kat tempat duduk aku menunggu nama aku disebut.

aku duduk..

duduk..

tunggu..

aku intai markah kawan aku.. perghh.. semua macam terer gila.. tapi aku masih tak dipanggil lagi..
paling aku kecewa bila sahabat aku yang tak belajar kebanyakannya dipanggil lebih awal dari aku..
kecewa yang pertama telah tiba..

makin banyak nama disebut dan aku lihat kertas yang dipegang mr p semakin menipis. dan tidak semena-mena mr p menyebut;
"starting from here...''
kami semua faham bahawa nama yang akan disebut selepas itu adalah pelajar yang gagal dalam ujian itu.
kecewa yang kedua telah tiba..

beberapa nama mula disebut sehinggalah nama aku menjadi giliran. mr p mencari2 tuan empunya nama itu dan aku perasan mukanya terkejut dan dia menggeleng kepala. mungkin tidak percaya. mungkin sudah mengagak. aku tidak tahu.. markah aku memang teruk habis.. aku terdiam uuntuk beberapa minit sambil tangan menyalin laju jawapan2 soalan yang diberikan....

-sigh-

si dia ni.. adoai..

dah masuk 3 kali aku membaca salah satu example yang tertulis kat dalam buku physics aku tapi tak dapat gak. bukan aku tak faham cuma aku rasa macam otak aku nak tak nak je belajar. niat dan semangat dah ada. banyak ni. tapi memang tak boleh. tak tahu kenapa.
mungkin mind set tak betul kot. sepatutnya aku nak study sambil mesej dengan si dia malam nih. tapi tak boleh sebab hp si dia tu masuk air petang tadi. hujan kan. terus rosak! adoh2.. si dia memang macam budak kecik. hari tu mak dia bagi hp mahal gila kat si dia tapi belum hilang lagi bau kedai hp kat hp tu, dah kena rampas ngan warden cikgu aisyah yang comel dari segi saiz nya. cikgu tu baik sebenarnya tapi dah tanggungjawab dia kena gak ambik hp si dia. warghh.. si dia2..
lepas tu, si di keluar dengan kwan2 sambut birthday sweet 16 nya yang jatuh pada 6 jun. dekat riverside. entah kenapa instinct aku nak pegi ambush dia kuat sangat. bukan la ambush tak diundang, aku cakap la kat dia aku nak pegi jumpa dia. tak pasal2, aku paksa nas keluar masa tu. niat asal nas nak study tapi aku nak gak pegi. hahah. tapi cik adik kepada nas pun ada jugak masa tu. kena sangat la. masa tengah bawak moto nas tu dengan kelajuan yang tak layak dipanggil kelajuan, sebab moto nas baru lagi, tengah running. tak boleh bawak laju tau.. aku pun tak tahu kenapa. haha.. panjang giler repekan.. datang satu meses.. meses itu berbunyi begini.. tit2, tit2.. hahaha
hp si dia hilang dalam hall cinema.. adoai! dahla waktu birthday. aku belum puas lagi menikmati call free bersama si dia2 tiap2 malam.. baru 3 malam yang indah dinikmati.. haa.. tu lah, sembang sampai x ingat subuh.. huhu.. hilang macam tu je. aku siap bawak nizam (si giant) yang ak terjumpa kat depan mcd tu pegi tanya pekerja kat wayang tu tapi tak berhasil.. adoh2.. si dia ni memang buat aku nak jentik je telinga dia. jadi aku pun bagi la pinjam hp aku kat dia..
tapi sekarang, hp aku lak rosak dibuatnya.. hahaha... hp afif ashia menjadi mangsa aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...